Wednesday, November 7, 2012

BlogBuster 83: Airport & Me

Salam everyone!

How are you? Moga sejahtera dibawah rahmat Yang Esa.

Well, arini ari last kat Penang. Rasa cam tak caye sebab biar betul nak abes belajar dah? Masa terbang, benarlah kata orang putih. Sepanjang dok kat Penang ni, macam2 benda jadik. Kali ini cikgu Al nak spesifik sikit, pasal AIRPORT!




Haaaaa, kalau airport je mesti dikaitkan dengan orang kaya, loaded, anak datoks ,naik flightssss uolsss..
pada mereka yang duk usik saya loaded la kaya la,meh nak gitau sikit xde maknanya semua itu, saya beli tiket promo je laahhhhh 8D
Personally, saya rasa airport sekarang okla. Ada tambang murah dan promo yang sangat berpatutan. Ala, bak kata air asia tu, now everyone can  delay fly!



Kisah 1 # Air Asia & me.



 Ok, kalau sesiapa yang ada follow twitter saya, dorg mesti tahu kisah tragis saya dengan air asia. Air asia ni bagus sebenarnya sebab murah. TAPI yang xbest pasal air asia ni ialahh customer service dia dan policyy dia yang xstandardised. Sepanjang naik flight ni xde pengalaman yang pelik2 HINGGALAH pada bulan ramadhan lepas, waktu zaman praktikum tu, ditakdirkan Allah saya berpengalaman buruk dengan syarikat penerbangan ni *tudiaaaa skema*.

Well, masa tu busy sgt praktikum sampai beli tiket pun time kalut2. Aritu sepatutnya satu flight dengan Meen Dimple Kapadia, dari Penang ke KL kul bape tak ingt tapi petang la. Pastu nak dijadikan cerita, cik Meen dah pun check in , saya pulak tabah and yakin je tak check in . Pegi airport tu dgn taxi yang memandu secara berhemah.*BAYANGKANLAH* Sampai2 je airport, terus gi kaunter udara asia.Sampai je kat sana, tup2 gate da tutup, talak boleh check in lagi maaaa..Hati wa sungguh sayu sebab wa mau balik buka puasa sama family wa ditamabah dgn dah sebulan xbalik umah maaaa. Masa tu hanya Tuhan je tahu betapa hancur hati bila dpt tau kena beli tiket baru.*Yela policy dorg kan best 8D* Jadi tinggalllah saya di airport menunggu penerbangan seterusnya manakala teman saya da flying without wings.

Sedangkan kes yang sama berlaku pd akak saya sewaktu di KB, dia hnya dikenakan bayaran RM10 utk buka semula gate tu. Yang saya ni kena beli lain trus! Harga tu takyah cakap la memang pejam mata je bayar sbb nak balik sgt2. Jadi dgn perasaan yng xdpt digambarkan, saya meluahkan perasaan di twitter dan baru2 ini kwn saya juga mengalami pengalaman yang sama. *xmo mention sape* haha.

 moral of the story: Check in lah sebelum anda di chekidout.

 KISAH SATU TAMAT!


 Kisah 2# MAS & me.


MAS memang terbaik! so far mmg xde masalah dgn MAS sbb masa itu eMAS.*hek?* Cuma ditakdirkan hari ini, ye hari ini, saya tidak bernasib baik dgn MAS atas kecuaian saya sendiri. Arini saya nak balik KL for goood daaa sbb da habis mengaji kat penang  walaupun sebenarnya skip taklimat kssr. Jadi naiklah taxi dengan pakcik aziz, pemandu favourite saya *Tudiaaaa sejak bila hang ada drebar?!* Pakcik aziz belanja! dia xamik pun bayaran tadi, moga Allah membalas jasamu Pakcik! Alhamdulillah permulaan yang baik untuk tiba dia airport sehinggalah saya nak check in bag di kaunter.......



Staff: Flight cik pukul berapa?

Me: Pukul 10.55am *muka yakin*

Staff: Tapi flight Pen-KL jam 10.45am.

Me: Oh yang tu kot.

Staff: *taip2 kat komputer* Maaf cik, boleh saya tahu booking ref number?

Me: *muka kalut* eerrrrr,jap eh. WRNMD

Staff: Oh itu flight KL-Penang. Bukan Penang-KL.

Me; HUH!! *facepalm* errr apa patut saya buat skrg?

Staff: Cik boleh ke kaunter tiket di belakang sana.


Me: *Lari dalam keadaan hodoh ke kaunter tiket*

 ENDINGNYA: Saya kena beli tiket baru *Applause*

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

YA KAWAN2, saya salah beli tiket flight! Say what????? hahahahahahahahaha *gelak stress*

inilah penangan orang mengantuk beli tiket disorongkan bantal. Saya xperasan langsung yg saya beli tu KL-PENANG. amma,appa, pls forgive me.......wuwuwuwuwuw..

Dengan itu, sukadukacita dimaklumkan duit saya melayang dgn membeli tiket baru. T_______T tapi nasib baik tiket tu xburn camtu je, saya still boleh guna dalam tempoh sebulan. Ini yang coolnya MAS kan kan?



Flight saya kul 1220pm ni, sat gi nak naik da... xdpt tahan rasa nak share dgn seluruh DOONIAA 8D

ye, pengakhiran yang lucu di Penang :D nak sedih pun ada, nak gelak pun ada.


Moral of the story: KALAU NAK BELI TIKET SILA SEMAK BANYAK KALI OR ELSEEEEE ;D

Dengan ini, saya akhiri kisah saya di Penang dengan Airport & ME ;'D




Sunday, October 28, 2012

BlogBuster 82: #IAdmitThat I miss them :')

salam ;D

It has been 2 weeks since I left them. Lots of memories are forever carved in my heart. The most memorable moment for me when the two classes( 5 Jaya & 5 Maju) that I taught during my practicum organised a farewell party for my practicum partner, Teacher Zahida and I :)

It's not about the events that matter , but their genuine efforts stunned me. They come from different backgrounds, different stories but hey, they never fail to smile and spread their love.

Lots of "untold stories"were involved during this event but all I can say is THANK YOU students :')

These videos were recorded by them. Happy watching!

p.s: Sorry 5 Jaya, I cant find the lengthy video of your class.>,<

Menu-of-the-day for 5 Jaya: HELLO KITTY CAKE YEAY!

Menu-of-the-day for 5 Maju: Fried Meehoon & Agar2 sirap <3 p="p">*they kids sponsored everything! I eavesdropped one of the girls asked her classmate (a boy) whether he had paid RM 1 for that event. haha


Psst, teacher misses YOU, take care ;')


Sunday, September 23, 2012

BlogBuster 81: The Chosen One.

"Teacher, Rasulullah bunuh orang eh?"

Terkedu saya seketika dengan soalan yang dilontarkan oleh seorang murid Tahun 6 ekoran video penghinaan yang mendapat liputan luas media massa.

Lantas saya menjawab,

"Rasulullah  menentang orang-orang kafir demi mempertahankan Islam, Rasulullah tidak membunuh orang tanpa sebab dan orang kafir akan sentiasa memberi gambaran buruk tentang rasul junjungan kita."

Sependek itu sahaja penjelasan yang dapat saya berikan kepada murid tersebut. (atas izinNya juga).Difikirkan kembali, mahu sahaja saya memanjangkan lagi penjelasan tersebut tetapi loceng sudah berbunyi menandakan waktu sekolah sudah tamat.

Fikiran saya pada ketika itu, terkejut dan pilu.MasyaAllah..umat Islam dalam bahaya, jika kanak-kanak sebaya itu sudah boleh mempersoalkan soalan sedemikian rupa, apatah lagi anak-anak muda yang lain? Anak-anak muda yang masih goyah kefahaman aqidah dan sirah tentang Junjungan Mulia, Nabi Muhammad S.A.W.


Hati saya sayu, pilu, sedih, hiba. Begitu tebal kebencian musuh-musuh Islam terhadap Baginda S.A.W.
Kalau diperhatikan, mana pernah orang Islam menghina agama-agama lain dengan lukisan mahupun video murahan seperti mereka? Kebencian yang tiada penghujungnya.

Provokasi yang menjengkelkan.


Objektif mereka tercapai untuk melihat umat Islam merusuh ganas seperti "Terrorist" dan anak-anak muda mula sangsi dengan apa yang mereka percayai selama ini. Jujurnya, saya belum pernah menonton video itu dan saya enggan menontonnya.  Dari penceritaan rakan-rakan saya yang sudah menonton video itu, jelas sekali mereka menghina tanpa menghiraukan perasaan umat Islam atas lesen hak kebebasan bersuara.

Seandainya mereka tahu bahawa tiada manusia lain yang dapat memberi syafaat selain Baginda di akhirat kelak, nescaya mereka tidak akan bertindak sedemikian rupa. Moga Allah memberi petunjuk & hidayah kepada mereka.

Sebagai umat Islam, apa yang harus kita lakukan apabila orang yang kita kasihi dihina sebegitu rupa?
Apa buktinya yang kita sayang dan kasihkan Baginda:?
 Sekadar memerhati &; berpeluk tubuh? Sekecil-kecil usaha yang dapat kita lakukan ialah dengan memberikan gambaran yang benar kepada anak-anak kecil yang ada disekeliling kita.

Kalau dalam konteks saya, kepada anak didik saya. Saya bertekad mahu membuat slot khas dimana saya akan berkongsi dengan mereka tentang sirah yang Rasulullah SAW untuk menguatkan kefahaman mereka dan lantas menepis anasir-anasir luar yang sentiasa menunggu peluang untuk meracuni minda anak-anak muda.


Daripada anda membaca kan "Fairytales" kepada mereka, tukarlah kepada "Seerah Stories from the holy Quran" kepada si manja anda. Ia bukan kisah dogeng tetapi kisah yang benar-benar terjadi.


Pada pendapat saya , Malaysia sebagai  negara Islam yang diiktiraf harus mengambil langkah proaktif dengan menyediakan medium/ liputan yang meluas tentang Sirah Rasulullah yang sebenar2nya melalui media massa. Masyarakat kita sangat dahagakan ilmu pengetahuan tentang Islam. Syabas saya ucapkan kepada TV AL-Hijrah yang menyiarkan rancangan "Law Kana Bainana"







THE CHOSEN ONE  :')






Kenalilah Baginda, tak kenal maka tak cinta. :')


"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi orang-orang kafir. Dan ampunilah kami, ya Tuhan kami. Sesunggunhnya Engkau Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana." (Surah Al-Mumtahanah:ayat 5)


Monday, September 17, 2012

BlogBuster 80: Oh-My-Practicum #2

Teacher Aliah.






Salam everyone! Tudiaaaaaa,lama kan Cikgu AL tak hapdet? Nak je hapdet tapi disebabkan kekangan masa yang super duper dahsyat, saya hanya mampu simpan dalam kepala je segala perkara2 menarik yang nak dikongsikan bersama pembaca.(BAJET RETIS). Nampak tak gambar gelang kat atas nun? Gelang tu student yang bagi, Danial namanya. Masa mula2 dapat tu terkejut jugak sebab dia datang bagi kat bilik guru. Ingatkan dia nak mintak couple ke hutang ke (NI NAMANYA CIKGU SENGAL), rupanya saja2 nak bagi hadiah. Terima kasih ye Danial, anda telah berjaya membuatkan cikgu anda terharu walaupun cikgu tak tahu awak paham ke idok bila cikgu membebel kat depan kelas tu. =_='




Banyak perkara yang saya dapat sepanjang 8 minggu berpraktikum. Telatah budak2 la yang paling tak tahan sekali. Dialog dorang tu kadang2 boleh angau dibuatnya #Eh. 
Praktikum ni bukan sekadar mengajar kelas sendiri, tapi kadang2 perlu juga ganti kelas2 yang cikgunya tak dapat hadir. 

Alkisahnya satu hari tu kena ganti kelas Darjah 2 Jaya ni haaa, *budak2 Darjah 1-3 ni lah yang paling mencabar sekali nak kawal kelas depa*


Hasil kreativiti 3 sahabat dibawah

Ammar, Anas & Fahimi.
Situasi 1

Depa: "Cikgu, kami nak wat orang snow ada bentuk 'love' kat cikgu.

Cikgu AL: "Haaa, buatlah, cikgu nak tengok." *nada menduga*


****Tup2, ada depan meja****


Situasi 2

Cikgu AL: "Ok, semua bangun."

Students: "Assalamualaikum Cikgu".

Budak random: "Cikgu,dia kata muka cikgu macam orang putih".

Cikgu AL: "Okay kamu duduk". *Straightface*

*Tetiba ada 3 budak perempuan berkumpul tepi meja guru*

Cikgu AL: " Ye, ada apa2 yang kamu nak tanya?"

3 girls: " Cikgu nak AUTOGRAF" *sambil pegang kertas & pen*

Cikgu AL: *FACEPALM!* Kenapa awak nak autograf saya?

3 girls: "Nak simpan, kalau boleh nak no telefon sekali & Facebook".

 * Berfikir sejenak......Hmm,layankan aje lah budak2 ni.*

Cikgu AL:" Eh, tak payahla no telefon & fb tu.Cikgu sign je ye, okay apa nama kamu?" *sambil wat gaya retis kat fan meeting*

ITU ADALAH MOMENT YANG PALING LUCU SEPANJANG PRAKTIKUM. Adehla budak2.




                                         5 Jaya selepas sehari cuti untuk UPSR.


Girl : "Teacher teacher, look at my hand".
Me: "Let me see".
Girl: "Ta-daaaa!" *showing her left hand*
Me:" Subhanallah, H__sa! Are you serious?! Mak awak tak marah ke ni?"
Girl: "Hehehehehe"


*seriously terkejut sangat2, abihla kalau mak budak ni datang sekolah cari cikgu aliah* =_='

Makcik, sesungguhnya saya tak bersalah o_O'



Inai paling scary





Yang ni pulak students 5 Jaya ni tulis lepas saya kembali semula ke sekolah. Masa tu selepas interim seminggu kat maktab, saje tak nak gitau dorg pasal kursus seminggu tu, bajet konon2 da pindah. Tup2 muncul balik kat sekolah. Lepas dorg jumpa balik tu,terus dorg meluahkan perasaan macam hape ntah =_='
Antaranya "Why did you leave us like that?" "Teacher, you dont like us?" etc etc... sampai ke sudah xsempat nak jawab.



Memandangkan saya cikgu ENGGERISH, saya melatih mereka dgn cuba bertutur dalam bahasa Inggeris didalam kelas, kalau depa betul2 memerlukan bantuan BM, saya akan suruh mereka "Pls turn on the Malay button" *konon2 remote ASTRO* Suara ala2 dubbing. haha mesti korang menyampahkan? Saya pun menyampah jugak. 8D

Tapi depa ni memang suka menyakat, bila saya cakap BM je dorg akan gelak sbb pelik katanya. Pelik pun sbb saya ckp KL dorg ckp Penang =_='. Ada ke patut dorg gelak bila saya cakap maksud "INTERNATIONAL- AntarEbangsE" Sebutan E dibelakang. HAhAha *satu kelas bantai gelak*
Org utara kan sebutannya baku, mana ade E.E kat hujung cam orang Kay ELL. Everytime terserempak je dorg akan nyakat dgn sebut kuat2, "AntarEbangsE" siap dgn muka2 sekali. Takpelah, nasib baik Teacher ni penyayang #Eh?

That's all for now, till next time. Salam & Tata! :)

Mai pekena nasi kandaq!
                                                             
                                                                          -END-


Sunday, July 22, 2012

BlogBuster 79: Oh-My-Practicum: Introduction.



Salam everyone, the most anticipated moment in my study years have shown it's "taring".Yeah PRACTICUM. The last thing in my mind or the first thing that I wish I can skip. HUH.


So what is practicum?

Yeah, so know you know what is practicum. Lucky for other courses that they had their practicum experiences more than TESL course. Hokhok, well, none of their faults, ask KPM for the 'standard chartered' system.

Big thanks to them & my seniors for sharing their practicum experiences with 'freshies' like us. My friends and I need to wake up at approximately 5.45am every morning and prepare lesson plans earlier or the night before for 12 weeks. YES, 12 WEEKS.Starting from 9th July-12 October 2012.

That's only for the teacher's part, not to mention the students' part

which is


CLASSROOM MANAGEMENT!


Credit to Miss Soleh Ismail for sharing this :)


I must say that it is not an easy task to handle kids in the classroom. You will have your inner self battle either to be friendly teacher or a fierce teacher. Well, I applied both. HAHA. That is the main reason why I lost my voice. Hukhuk.

SK Dato Kramat is where I will do mural with my partner Miss Zahida. Yes, clap2. :D
 I'm teaching Year 5 Students, 5 Jaya & 5 Maju . While my partner teach Year 4 students.
By just looking at them, my school memories strike me. How innocent Year 5 students can be?
 Those puppy eyes, happy giggles, hakuna matata faces, how time flies. 


Ice breaking activity with 5 Jaya.  :) They made me smile for the whole day.

My hope for this practicum is not only to teach them English but also to touch their hearts, InsyaAllah,
 May Allah ease everything.^~^



A TEACHING TESTAMENT

I am here to turn teenagers into professionals
Not just to lecture and conduct tutorials

I am here to influence lives
Not just to transmit facts and figures

I am here to ask and encourage questions
Not just to give the answers

I am here to stimulate thinking
Not just to share what I have prepared

I am here to motivate students' interest in the subject
Not just to cover the syllabus

I am here to understand the students' learning problems
Not just to evaluate their performance

I am here to encourage students to take personal responsibility for their own learning
Not just to call for active participation and doing of tutorials

I am here to facilitate group discussions and synergy
Not just to share my knowledge, skills and experiences

I am here to provide opportunities for personal reflections. deep learning and applications
Not just to give out handout notes and project assignments

 I am here to invite students to discover new learning experiences
Not just to call out names and take their attendances

I am here to be a mentor, friend and guide, a role model, a coach, and their cheerleader

I am here because I want to touch young lives. expand their horizons, 
lift their spirits and deepen their values

I do this so as to build a better society, a better world for all of us

I am here because the opportunity is NOW


Henry Tio
 Ngee An Polythechnic



You can find this testement in your RPH book (the brown book).=)

Get inspired!

Miss Loke's advise: Be the teacher that you want to have when you are a student.

-end-


Monday, June 25, 2012

BlogBuster 78: Cerpen spontan @twitter

 Salam alayk everybodyyy! Hehe ter'over' excited pulak, sebenarnya nak share sesuatu yang diluar topik kebiasaan *apa ntah topik kebiasaan pun tak taww* iaitu Topik Burung Berkicau Membawa Ceritera (Sila baca dengan nada Doraemon bagitau tajuk cerita). Hari Jumaat lepas, atas kuasa Allah, saya secara tidak sengaja ter'hasil'kan cerpen spontan di laman sosial Twitter.*tudiaaa-skema-habis*. Masa tu tengah trending hashtag(#TandaTandaJatuhCinta) kt twitter, so tangan ni pun mula la gatal2 nak tulis dialog aweks2 yang sepertinya kecewa gitu. Semuanya bertitik tolak dari tweet "Jangan cari saya selagi anda tidak serius"- quoted itu. (Sila rujuk gambar rajah dibawah).



Sila baca dari bawah ke atas. :)



Lepas tweet tu je,saya pun jadi syok la pulak nak memanjangkan "story' tu dengan menambah tweet seterusnya..


Okay, sekali lagi,sila baca dari bawah ke atas. *maaf sekiranya ia memeningkan*=_='  tweet ke-3 tu saya sembang dgn cik Ben10 a.k.a Riang ria raya.



Pastu bila rasa cam da mula syok sendiri tu, rasa nak berhenti merepek tu muncul. Yelah, tweet kul 1 pagi, pehal minah ni  mood jiweengg karat habis  kan. Tak disangka2 dapat reply dari kengkawan yang rupanya baca jugak tweet tu. Terus malu ala2 Najwa Latiff iolss. :p


Y UOLSS NO SLEEP YET?

Lepastu, saya pun sambung la merapu haha....Untunglaa ada orang nak baca, kuang kuang..Tetiba perasaan bestseller muncul  baq hangg*banyaklah cantik hang* eh ingat tau baca dari bawah keatas.Lolololo Please ignore the gaps between the pictures, I've tried to fix it but mission failed.



Box 3

Box 2

Sambungan yang atas tadi hokhok (box 1)




So inilah feedback yang saya dapat. MEMANG MAKCIK JIWANG PUN HAHA.

 So semalam rasa cam seronok pulak kalau sambung citer tu, tapi memang idea kering kot haha. Perenggan bawah ni sambungan citer Irfan & Kausar :)



Irfan: jejaka yang ramah, mudah mesra, kelakar. Siapa sangka pada usia 27 tahun, beliau masih lagi dianggap "awal 20an" oleh org2 awam.Karakter Irfan & Kausar ibarat langit dan bumi. Setiap usikan Irfan akan dibalas dengan pandangan penuh tnda tnya dari Kausar. Tetapi...Perbezaan itulah yang menjadi titik mula perkenalan mereka di IPT.Sedang Kausar beratur membeli makanan,tnpa disedari I.C nya jatuh ke tanah.Irfan yg sedang santai di meja kafe, trlihat kejadian itu."Eh,budak ni xprasan ke brg dia jatuh? Cik, brg awk jatuh". Suara Irfan makin kuat.Kausar yg sinonim dgn sifat "blur"nya itu berlalu pergi tnpa bersalah, hampir satu kafeteria itu gelakkan Irfan yg terpaku dgn tndkn Kausar."Oh nama dia Kausar, siap la kau, malukan aku",desis hati Irfan. "Alamak,hbsla aku,da lmbt da ni".Kausar brlari2 anak ke dwn ppriksaan"Cik, sila tnjuk kn I.C"kata pgws peperiksaan. "Baik,encik" balas Kausar. Peluh mula mbasahi pipi pabila I.C yg digenggamnya lesap dr pndgn.."Budak Kausar ni mst dtg sini blk cr I.C dia".Irfan setia mnunggu disitu hingga kelibat Kausar muncul. Kausar yg panik spt mau melompat...melihat I.Cnya betul2 ditengah laluan utama kafeteria itu, Kausar cuba mengambil ttp gagal, seakan ada sesuatu yg mghalang,..Ditarik sehabis tenaganya tp msih gagal,Kausar yg bingung mula hilg sabar"Sape yg gam I.C sy ni?! Kenapa xleh tanggal?"Ketawa Irfan pecah."Awak pernah dgr gam gajah x?"tnya Irfan pd Kausar, mata Kausar bulat,terkejut. "Awak ni sape?Nak apa haa?"balasnya kasar."Saya Irfan, super senior kt sini, sy nk awak mintak maaf".Kausar yg dr td bingung berlari mningglknnya mnuju ke dwn peperiksaan.


 Itu je tweet semalam. Pardon the short-form-ness and the messiness. Boleh type 140 characters je kot. Me'limit'kan ilham2 ManBai dalam kepala. Btw,one of my seniors join the club yo!.Dia pun tau Kausar tu merujuk kepada wanita hehe.


Itulah sebabnya saya pilih Kausar sebagai nama heroin :)





  So korang rasa perlu sambung ke tak citer ni sebab rasa macam semakin ke arah klise je plot dia =_=' What do you think Kausar? Kausar rasa perlu ke?


" Sorry, are you talking to me?"

Saturday, June 23, 2012

BlogBuster 77: Maher Zain vs Media Malaysia

Salam Syaaban everyone! Alhamdulillah kita masih lagi berpeluang bertemu  dengan bulan Syaaban, semoga kita juga sempat bertemu dengan Ramadhan Al-Mubarak :) So, mari 'warm up' untuk Ramadhan, jom banyakkan ibadah2 sunat seperti berpuasa, bersedekah dan etc. :)
Maher Zain World Tour
 Okay pada mereka yang sedia maklum, khamis lepas (21 Jun) saya ada post di FB tentang ke-tidakpuashati-an terhadap media Malaysia yang seolah-olah tidak sensitif langsung dengan apa yang mereka sebarkan. Dari 3 artikel yang saya baca tentang Konsert Maher Zain, hanya 1 artikel je yang "tak kutuk" sangat Maher Zain iaitu artikel Kosmo.-->sila klik LINK untuk baca. Memang niat di hati nak update terus lepas tengok konsert tu, tapi disebabkan keadaan badan yang kurang sihat dan sibuk buka sem baru, dibiarkan dahulu niat untuk berkongsi pengalaman konsert tu. Hinggalah semalam, adik kesayangan mesej,


 "U shud read what they wrote bout maher's concert on mega hits.Check out Mzm fb. (Maher Zain Malaysia Fan Club)."



Lepas baca mesej tu, terus cari paper Utusan sebab nak tau apa yang mereka da tulis. Izinkan saya mengambil beberapa point yang saya kurang setuju dalam artikel ni.


  1. Tidak ada bezanya menonton persembahan Maher dahulu dan sekarang. Apa yang membezakan persembahannya di Stadium Merdeka dengan di Stadium Malawati  hanyalah himpunan lagu yang lebih banyak berbanding dulu.
  2. Menonton persembahan Maher yang menyajikan 23 buah lagu tanpa henti itu, umpama memasang cakera padat (CD) sambil melakukan kerja-kerja rumah. Bezanya, apabila berada di stadium, penonton sanggup membayar harga tiket bernilai RM298,RM238,RM 138 & RM78 perlu mendengar dan tidak boleh berganjak dari tempat duduk masing-masing.
  3. Maher Zain tidak mempunyai masalah vokal, cuma yang membuatkan persembahannya tampak sedikit cacat apabila dia kerap sangat menghulur mikrofon ke arah penonton apabila tiba bahagian korus. Mungkin niatnya ingin mengajak penonton menyanyi bersama tetapi dari segi lain dapat dilihat bahawa dia ingin mencari 'nafas' kerana penat.
  4. Bagi peminat setia Maher, mereka mungkin tidak nampak kekurangan pada persembahan penyanyi tersebut, namun secara dasarnya dia hanyalah seorang penyanyi biasa. Tiada apa yang boleh dibanggakan kerana persembahannya yang diiringi oleh pemuzik dari pelbagai negara itu tu tidak ada kemuncak.
  5. Biarpun namanya dikenali di banyak negara namun dia hanya layak dilabel sebagai seorang penyampai vokal atau  penyanyi sahaja. Dia bukanlah seorang penyanyi serba boleh kerana ketika di pentas, Maher dilihat tidak mampu berkomunikasi baik dengan penonton.
  6. Melihat pada corak persembahan sebegitu, tidak dinafikan bukan semua penyanyi boleh menjadi penghibur, sebaliknya penyanyi begitu beruntung kerana lagu-lagu mereka popular.  
 Hmm, ni bukan beberapa point, sebenarnya anda semua dah baca 2/3 dari artikel sebenar. See? Dimana unsur pujian disitu? Boleh dikatakan point diatas tu semua kritikan berlapik.Berlapik ke?



Maher Zain

Sejurus membaca artikel itu, persoalan yang muncul di fikiran saya ialah sebenarnya wartawan ni rela atau tidak untuk memberi liputan di konsert Maher Zain? Bunyi cam berdendam jek, pelik pulak membacanya. Seorang sahabat saya yang tidak hadir di konsert ini pun boleh nampak gambaran yang kurang profesional dari wartawan ini sedangkan tugasnya adalah menyampaikan maklumat yang BENAR.


Kepada wartawan tersebut, maaf saya tidak dapat bersetuju dengan hasil tulisan anda di akhbar diatas beberapa sebab:

  1. Walaupun saya tiada di konsert pertama Maher Zain, saya yakin yang beliau telah memberikan persembahan yang sehabis baik untuk konsert kali ini, dan tidak berbanggakah anda beliau memilih Malaysia sebagai destinasi pertamanya untuk "World Tour"?.
  2. Apa maksud anda disini? Lagu Maher Zain dimainkan sewaktu membuat kerja2 rumah sahaja ke?Bukankah lagu beliau sudah menembusi carta2 radio di Malaysia? Semestinya lagu yang dinyanyikan adalah dari album beliau sendiri.Lagu Michael Jackson (Man In The Mirror) yang didendangkannya juga membawa tema "CHANGE".
  3. Untuk makluman anda, lagu beliau banyak berunsurkan selawat. Jadi dari pemahaman saya, beliau menghulurkan mikrofon itu tidak lain dan tidak bukan untuk mengajak penonton berselawat bersama. Itulah cara beliau berdakwah melalui bait2 lirik dan melodi indah lagunya,.Bukankah itu amalan yang mulia berbanding menyanyi korus lagu yang tidak memberi apa2 pahala kepada penonton? Anda sendiri sudah memuji mutu vokalnya tapi dipertikaikan pula tentang "tak cukup nafas"? IRONI.
  4. Saya rumuskan point ke-4,5 &6 di ruangan ini. Dari kata2 itu, secara tidak langsung memberi gambaran yang peminat Maher Zain ini seolah2 mengagung-agung kan beliau hingga tidak nampak langsung secebis kelemahannya. Jujurnya, Maher Zain insan biasa. Tidak ada manusia yang sempurna. Cuma ingin saya tekankan disini, setiap kali beliau dan rakan2nya ingin memulakan persembahan, lafaz 'Bismillahirrahmaninrahim" tidak lekang dibibir mereka. Hati mana yang tidak tersentuh mendengar lafaz kalimah suci itu disebut lantas mencerminkan yang hiburan disajikan adalah halal, menepati syariah. Tidak perlu sorakan yang keterlaluan atau tarian yang tidak semena-mena.
  5. Artikel akhbar anda pasti akan dibaca oleh Maher Zain untuk mengetahui "Feedback" konsert beliau disini. Tidak terlalu kejamkah anda dengan kenyataan2 tersebut? Bayangkan perasaan jika artis tempatan  kita membuat persembahan di negara orang tapi lantang dikiritik di media massa disana?Pasti terluka bukan?

Saya rasa cukuplah sampai disini saya membidas kenyataan wartawan tersebut. Mungkin dia masih kurang faham muzik islami dengan erti kata yang sebenar.Hiburan yang digariskan Islam adalah hiburan yang mendidik jiwa dan memandu hati mengingati Allah.Bagi saya, konsert beliau dihadiri oleh pelbagai peringkat umur, dari anak2 kecil hinggalah warga emas.Konsert apa yang boleh membuatkan pakcik ini hadir? Justin Bieber? Hmm~ Sepanjang konsert, saya dapat melihat pakcik ini terhibur dengan senyuman yang tidak pernah hilang di wajahnya :)

Pakcik berkopiah yang mencuri perhatian saya.


Konsert ini juga berjaya menemukan saya dengan sahabat lama sewaktu menuntut di Sydney, iaitu cik Aisyah. "Twitter" menjadi medium kami berjanji temu. Turun2 je dari kereta, terdengar suara memanggil. "AL!". Alhamdulillah dapat bertemu disini, apa lagi memang terus snap gambar lah jawapnya.

Lighting merah pasar malam hokhok


Oh teman-teman saya sepanjang di konsert, cik Adilah dan cik Ilani :)
thanks sudi layan kerenah cikgu yang xbrape nak cikgu. hokhok



Antara penonton yang hadir. *ya, saudara baju hijau itu tahu kamera dimana*

kopiah at konsert! cool huh?

Irfan Makki the Mabruk Guy :|D
Tahukah anda dia menyanyikan lagu "Mabruk" dalam Bahasa Malaysia? Lagu ini juga digunakan untuk wedding abang saya :)



Raef  the Jumaah Guy mendendangkan lagu untuk bakal isterinya.
Rugi sgt tak rekod time tu =_='



"We calling for freedom" Mesej kedamaian dari Maher Zain.





"All praises to Allah, All praises to Allah" sambil diringi melodi piano.
Tepat jam 11.30 malam, konsert pun tamat. Boleh dikatakan saya amat berpuas hati dengan kualiti persembahan yag ditonjolkan Maher Zain & friends berbanding konsertnya di Sydney pada 2010. Waktu tu beliau masih baru jadi banyak lagi yang perlu diperbaiki dari segi kawalan vokal.
penonton beransur pulang selepas tamat konsert.


TRIVIA RINGKAS.

  • Saya mula mengenali Maher Zain pada tahun 2009 melalui lagunya "Open Your Eyes". 
  • Lagu-lagunya mula mendapat tempat di hati pada tahun 2010 sepanjang saya berada di perantauan, lirik2 lagunya menjadi penguat semangat untuk terus berubah ke arah yang lebih baik.
  • Maher Zain pernah hampir menceburi bidang hiburan hollywood sebelum Allah mengetuk pintu hatinya untuk berubah. 
  • InsyaAllah dengan kehadiran beliau, irama nasyid tidak lagi asing di hati masyarakat.
  • Pesanan saya,hayatilah lirik lagu2 beliau kerana saya percaya lirik2nya mempunyai maksud yang mendalam.

Sebagai penutup,saya sajikan anda dengan persembahan piano dari Maher Zain. Dengar saja dari melodinya, saya pasti lagu menginsafkan bakal menemui kita tak lama lagi ;')

Wednesday, May 30, 2012

BlogBuster 76: Sepagi bersama Ustaz Don



Salam evelibodi! Haha , ye seperti yang anda lihat di gambar rajah atas, saya berpeluang menghadiri sesi ceramah bersama ustaz Don. Bila saya jumpak dia? Temujanji kami berlangsung pada Isnin lepas (28 Mei 2012) *cough2*

Macam mana saya boleh jumpa dia? 

*sila klik gambar untuk paparan lebih jelas*

sila baca hebahan ini haha

Haaa,macam tu la saya jumpa dia, sebenarnya Ustaz Don dijemput beri ceramah di ofis bonda saya, jadi saya pun tumpang dua kaki nak tengok ceramah dia, bukan senang oooohh.. kalau kat tv 30 minit je, yang ni live 120 minit kot.Hakhak.


Walaupun majlis tu mula lambat skit, lebih kurang lewat setengah jam, tapi waktu ustaz Don masuk dewan tu, semua orang cam toleh belakang dan wat sound efek "Woahhhh!!". Nak2, ustaz Don pakai spek hitam cam model, semua orang cam speechless*tak termasuk saya,lalala~*
Yela selalu ustaz Don pakai jubah je. ^_^'

Ustaz Don bagi Opening Speech
setelah di'zoom', cuba tgk akak tu pun snap gambar ustaz don!
Yes,le me is not alone haha



okay enough with all the excitements,=_=' ayuh baca points2 yang saya dapat daripada sesi 120minit bersama ustaz Don  ^_^. Oh by the way, ustaz baru je balik dari umrah jadi dia banyak berkongsi pengalaman.


  • Bacalah Surah Al-Baqarah di rumah mu jika tidak mahu ia menjadi seperti kubur.
  • Amalkan solat jemaah dirumah.
  • Orang ikhlas tidak akan ikut syaitan.
  • Amalkan doa "Ya Allah ya tuhanku, kurniakanlah ilmu yang bermaanfaat, rezeki yang halal dan kesihatan dari semua penyakit"
  • Air zam-zam sangat mujarab untuk jadi penawar, waktu ustaz g umrah, kaki dia melecet, pastu mak dia tolong urut dgn air zam-zam,alhamdulillah ustaz sembuh lepas tu.
  • Selepas solat, amalkan membaca "Subhanallah (33kali), Alhamdulillah (33kali), Allahuakbar (33kali), Lailahaillallah (1 kali) = total 100 kali. Allah ampuunkan dosa walaupun dosa mu banyak seperti buih dilautan.
  • Penjagaan hati: jangan dekati zina, niat perkahwinan masuk syurga sama2, saling ingat-mengingati, banyakkan puasa, duduk bersama orang2 yg beriman. 
  • Benda baik akan hapus benda jahat.


Sebenarnya saya ada rakam video,tapi entah camne xleh nk upload video tu kat sini.
Le me is sad. :'(

Lepas habis majlis tu, ada jamuan makan tengahari, bonda pun da settle down book meja, sekali toleh2 belakang, Ustaz Don makan kat meja sebelah.

Pandangan sisi
Pandangan penuh











Kertas jawapan pelajar MRSM Besut
Sekarang dah faham kenapa cikgu dulu2 pesan suruh tulis cantik2 =_='


ni apasal ada kertas periksa pulak ni? haaa, lepas habis event tu, balik je terus tolong kakak tanda kertas periksa anak2 didiknya. Sesungguhnya ketabahan itu perlu ada dalam setiap jiwa pemeriksa T_T

Seronok jugak cuti2 cmni tanda kertas periksa



*p.s: jangan lupa like gambar maher zain yang diedit oleh adik saya. Sila intai BlogBuster 75 ye.hehe
Sekian.

Have a great holiday friends! :)




Thursday, May 24, 2012

BlogBuster 75: Spread The Love!

Maher Zain "Forgive Me" World Tour- Live in Malaysia.





Salam & hi everyone! Did you know that Maher Zain is coming to Malaysia on this 16th of June? I bet all of you especially nasyid lovers must be so excited! Let's take a look at his promo video :)



click this for the official website

 The best thing is, Maher Zain Malaysian Fan Club  is organizing a competition for the most creative Maher Zain's pictures with the theme:"Spread The Love". The winner will be judged based on the most likes picture on facebook(50%) and also based on the jury preference(50%). The prize for this competition is 2 free tickets to Maher Zain's concert. So, my lil sister, Adilah don't wanna miss this opportunity to get the free tickets for his upcoming concert at Merdeka Stadium. Would you help me in making her dream comes true?




 So here are the 2 simple steps that you can do.

  1. Go to this PAGE and search for these two pictures:


Picture 23.-Nurul Halida-*ignore the spelling*


Picture 25.-*Nurul Halida*


2. Click the "Like" button and there you go. You just helped my lil sis :)


I would like to say thanks in advance guys for helping my sister :) well, this is her first time entering a competition, let's make it a best memory for her ey? oh for your information, I met him once at the Sounds of Light Concert 2010. :D His songs are just superb!


till then, tata!