BlogBuster 76: Sepagi bersama Ustaz Don



Salam evelibodi! Haha , ye seperti yang anda lihat di gambar rajah atas, saya berpeluang menghadiri sesi ceramah bersama ustaz Don. Bila saya jumpak dia? Temujanji kami berlangsung pada Isnin lepas (28 Mei 2012) *cough2*

Macam mana saya boleh jumpa dia? 

*sila klik gambar untuk paparan lebih jelas*

sila baca hebahan ini haha

Haaa,macam tu la saya jumpa dia, sebenarnya Ustaz Don dijemput beri ceramah di ofis bonda saya, jadi saya pun tumpang dua kaki nak tengok ceramah dia, bukan senang oooohh.. kalau kat tv 30 minit je, yang ni live 120 minit kot.Hakhak.


Walaupun majlis tu mula lambat skit, lebih kurang lewat setengah jam, tapi waktu ustaz Don masuk dewan tu, semua orang cam toleh belakang dan wat sound efek "Woahhhh!!". Nak2, ustaz Don pakai spek hitam cam model, semua orang cam speechless*tak termasuk saya,lalala~*
Yela selalu ustaz Don pakai jubah je. ^_^'

Ustaz Don bagi Opening Speech
setelah di'zoom', cuba tgk akak tu pun snap gambar ustaz don!
Yes,le me is not alone haha



okay enough with all the excitements,=_=' ayuh baca points2 yang saya dapat daripada sesi 120minit bersama ustaz Don  ^_^. Oh by the way, ustaz baru je balik dari umrah jadi dia banyak berkongsi pengalaman.


  • Bacalah Surah Al-Baqarah di rumah mu jika tidak mahu ia menjadi seperti kubur.
  • Amalkan solat jemaah dirumah.
  • Orang ikhlas tidak akan ikut syaitan.
  • Amalkan doa "Ya Allah ya tuhanku, kurniakanlah ilmu yang bermaanfaat, rezeki yang halal dan kesihatan dari semua penyakit"
  • Air zam-zam sangat mujarab untuk jadi penawar, waktu ustaz g umrah, kaki dia melecet, pastu mak dia tolong urut dgn air zam-zam,alhamdulillah ustaz sembuh lepas tu.
  • Selepas solat, amalkan membaca "Subhanallah (33kali), Alhamdulillah (33kali), Allahuakbar (33kali), Lailahaillallah (1 kali) = total 100 kali. Allah ampuunkan dosa walaupun dosa mu banyak seperti buih dilautan.
  • Penjagaan hati: jangan dekati zina, niat perkahwinan masuk syurga sama2, saling ingat-mengingati, banyakkan puasa, duduk bersama orang2 yg beriman. 
  • Benda baik akan hapus benda jahat.


Sebenarnya saya ada rakam video,tapi entah camne xleh nk upload video tu kat sini.
Le me is sad. :'(

Lepas habis majlis tu, ada jamuan makan tengahari, bonda pun da settle down book meja, sekali toleh2 belakang, Ustaz Don makan kat meja sebelah.

Pandangan sisi
Pandangan penuh











Kertas jawapan pelajar MRSM Besut
Sekarang dah faham kenapa cikgu dulu2 pesan suruh tulis cantik2 =_='


ni apasal ada kertas periksa pulak ni? haaa, lepas habis event tu, balik je terus tolong kakak tanda kertas periksa anak2 didiknya. Sesungguhnya ketabahan itu perlu ada dalam setiap jiwa pemeriksa T_T

Seronok jugak cuti2 cmni tanda kertas periksa



*p.s: jangan lupa like gambar maher zain yang diedit oleh adik saya. Sila intai BlogBuster 75 ye.hehe
Sekian.

Have a great holiday friends! :)




Comments

Popular Posts