Sunday, July 21, 2013

BlogBuster Special Edition: Kausar

Ramadan Al-Mubarak menjelma kembali.

Masih segar di ingatan Kausar tentang peristiwa di bulan Ramadan tahun lalu.

"Akak, saya serabut la. Saya tak tahu apa yang saya patut buat sekarang." Luah Kausar pada rakan sekuliahnya, Ustazah Hanim.

"Kausar, sekarang ni kan bulan Ramadan, doa mustajab tau,doa banyak-banyak pada Allah semoga ditunjukkan jalan yang terbaik untuk awak."

"InsyaAllah akak, saya cuba." balas Kausar bersama keinsafan yang menerpa.

Setiap kali tiba waktu berbuka, Kausar akan membiasakan dirinya untuk berdoa selama beberapa minit dengan sepenuh hati untuk meluahkan segala perasaan yang tersimpan di dada. Kausar juga membuat nota tentang perkara-perkara yang ingin dipohon agar tidak lupa.


Airmata Kausar deras membasahi pipi. Malam-malam Ramadan dihiasi indah dengan ibadah terawih dan qiamulail. Kausar bersyukur kerana hatinya sudah terikat dengan ibadah terawih sedari umurnya 11 tahun. Dia masih ingat pada suatu ketika, ayahnya tidak dapat pergi ke surau bersama-sama kerana ada urusan yang mendesak. Kausar menangis sepenuh hati mengenangkan yang dia akan ketinggalan satu malam terawih di masjid kegemarannya lantaran tiada siapa yang akan menghantarnya. Kini, setelah dewasa Kausar hanya tertawa mengimbas kembali detik usia kecilnya. Di bulan Ramadan juga, sudah menjadi kebiasaan Kausar untuk merenung langit pada waktu malam.

"Sofia, kau perasan tak langit waktu bulan Ramadan cahaya dia luar biasa?" tanya Kausar pada Sofia.

"Yeke, aku tak perasan la pulak." balas Sofia acuh tak acuh.

"Eh, lain tau sebab banyak malaikat turun ke bumi. Langit jadi bercahaya sangat. Aku rasa tenang je tengok atas." kata Kausar sambil kepalanya didongakkan ke langit.

"Cepat Kausar! Terawih dah nak mula tu!". Maka berlarilah dua sahabat baik itu menuju ke rumah Allah.

Banyak kenangan manis Ramadan yang dilalui oleh dua sahabat ini. Selain Sofia, Kausar juga mempunyai ramai kenalan yang sentiasa menceriakan hari-harinya. Pernah suatu ketika Kausar terlupa untuk bangun sahur, maka ramailah rakan-rakannya mengusik melihat wajahnya yang pucat lesi itu.


Masa berlalu dengan pantas, kini fajar Syawal menjelma.

Syawal: Bulan dimana Kausar mendapat petunjuk daripada Allah tentang segala hajat yang pernah dipohonnya. 

Benarlah firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 54 yang bermaksud: 

“Dan Mereka Merancang,Allah juga merancang,Dan ALLAH sebaik-baik Perancang”


Dan kini, Kausar amat bersyukur dengan segala apa yang terjadi dalam hidupnya yang direncana cantik oleh Yang Maha Esa.

Dalam sayup hening malam itu, Kausar berdoa pada Kekasih Yang Maha Agung.

"Ya Allah yang Maha Mendengar,
Dalam lautan umat manusia, Engkau masih sudi Ya Allah mendengar permohonanku, hambaMu yang hina ini.  Sesungguhnya Engkau mengetahui segala sesuatu dan Engkaulah yang Maha Mengasihani.

Ya Allah, aku bersyukur atas segala nikmat yang telah Kau berikan pada ku. Kau ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapa ku, dosa-dosa ku, seluruh muslimin muslimat,mukminin dan mukminat Ya Allah kerana tanpa maghfirahMu tentulah kami akan menderita. Engkau rahmatilah kami di dunia dan akhirat dan kumpulkanlah kami di syurgaMu, rabbana atina fi dunia hasanah, wa fil akhirati hasanah waqeena azabannar."

    ****************************************************************

Kausar : "Sofia, minggu ni aku balik ya, mak aku kata diorang buat open house weekend ni hehe."

Sofia: "Kau memang, ada je alasan nak balik rumah kan? Haha Safe trip!".


Kausar merenung jam tangannya. "Hmm, ada lagi sejam before depart ni. Layan lagu Maher Zain la kejap".
Lagu "Guide Me All The Way" diputarkan berulang kali. Memang Kausar perlukan bimbingan Allah setiap masa. Selepas puas duduk termenung melihat pesawat datang dan pergi sambil membelek telefon pintarnya, Kausar tergerak hati untuk berjalan sebentar ke kedai roti di lapangan terbang itu.

Syawal menggalas beg pack apabila selamat mendarat di lapangan terbang itu. Perjalanan yang mengambil masa sejam itu sudah menjadi rutin buat dirinya yang merantau jauh demi menimba ilmu.Syawal yang baru sahaja tiba dari Pantai Timur ke utara tanah air itu mula mengorak langkah keluar menuju ke pintu utama. Syawal sangat berhati-hati agar dirinya tidak melanggar orang ramai yang sedang berpusu-pusu keluar. Sedang dia berjalan, matanya tertumpu ke arah sebuah kedai roti lalu terlihat kelibat seseorang yang dikenalinya. "Mungkinkah dia atau mungkin tidak?' bisik hati Syawal.

Bersambung.....



Thursday, May 16, 2013

BlogBuster 88: Seminar Baitul Muslim 2.0 (Part 3)




Cute goodies from One Heart Creative Solutions &Osm Muslims.

Salam everyone! 

Now this is the final part for Seminar Baitul Muslim 2.0 which I will give my opinions, ideas and a little bit of behind the scenes. Overall, I give 10 out of 10 to the organiser who managed to run the event smoothly :) The venue was superb and the environment is so islamic! I like it so much :D Quran recitation and nasheed songs were being played in between slots. Men and women were being seated separately (except for married couples, they were seated in a specific area), the amazing booths selling islamic stuffs, the great speakers and the funny emcee. Oh yes, thank you for the exclusive performance IMAD! My granny is a big fan of yours :)

Amazing Khat-Singing performance by Imad.









Best Part of the Event!

  1. Meet big stars! (and my long-time-no-see friends).

IMG_2030
Itsy bitsy BM :)



Alhamdulillah I had the chance to meet such big names like Wardina, Heliza, Hilal Asyraf, Amin Idris, Dr.Zaharuddin, Ustaz Ubaidillah and the list goes on.....And I met my Uni friends, my schoolmates, my juniors and  also make new friends :) Subhanallah such an amazing event. Mabruk OneHeartCS!


2. The priceless knowledge!

Allah S.W.T created Men and Women in a very special way to complement each other. All my own 'hypothesis' and 'theories' seem to be redirected to the right way after listening to the lectures. I am the type of person who will easily get frustrated when I don't get what I expected to happen. Especially when it comes to dealing with the opposite sex. By attending this event, I get a clearer picture of the do's and don't's in maintaining a happy relationship. You can also read this book to explore more about the myths and mysterious behaviours of men and women that sometimes we tend to overlook. A great book I must say!



Summary of the inputs from the seminar:
 Allow me to write this in Malay. (hehe, I wanted to be more poetic)

 Kelahiran penyambung generasi anak yang soleh/solehah bermula dari proses pemilihan pasangan. Jika permulaan kita dimulakan dengan cara yang salah, berkemungkinan kita makin jauh dari rahmat dan barakahNya. Allah S.W.T jelas sekali telah berfirman di dalam Al-Quran bahawa "Lelaki yang baik untuk wanita yang baik....". Perhubungan berlandaskan syariat Islam tidak akan berlaku jika ia hanya dijayakan oleh satu pihak sahaja. Ia akan berjaya jika kedua belah pihak mempunyai matlamat yang sama iaitu, menggapai keredhaan ilahi. Bantulah pasangan anda untuk mencari cinta Allah lebih daripada cinta duniawi. Sedarilah, kehidupan rumahtangga yang mawaddah dan bahagia adalah 'syurga dunia' yang telah disegerakan. Jadilah mujahid/mujahidah yang tidak pernah jemu menegakkan Islam di muka bumi.

Buat remaja yang bercinta,

Bercintalah setelah engkau bernikah. Laksanakan dahulu tanggungjawabmu sebagai anak,abang,kakak,atau adik di dalam keluargamu. Redha ALLAH terletak pada redha IBU BAPA.Persiapkan diri dengan ilmu rumahtangga andai kau benar-benar mencintai pasanganmu, terutamanya ilmu agama. Fikirlah setiap masa yang kau bazirkan berduaan: kau hanya mengundang murkaNya disaat waktu itu kau boleh peruntukkan masa berkualiti bersama keluarga tersayang dan juga berjuang demi ummah yang di dalam bahaya. Perkukuhkan ukhuwwah bersama mereka yang lebih berhak mendapat perhatianmu. Apabila kukuh hubunganmu dengan Allah, nescaya apa jua rintangan yang mendatang dapat kau hadapi dengan tenang. Dan benar, janji Allah PASTI. Kembalilah padaNYa kerana DIA tidak pernah memungkiri janji.



"Dan jangan pula kerana cinta, tergadai semua maruah agama"



Saturday, May 4, 2013

BlogBuster 87: Seminar Baitul Muslim 2.0 (PART 2)

KLON PLAPI

Salam everyone! How is it going? Firstly I would like to apologize for the delay. My initial plan was to post the second part as soon as possible after my interview (6th March) but hey Allah knows best. I had a tremendous week (last week,3rd-10th March) with my sisters,double A & Double Z,*Amirah-Aza-Zahida-Zawa*  not to forget Miss Penilaian Khas, Yazmin Zulkhiefley and interview mates, Miss Syamim & Mrs. Akma! Wallahi, I really enjoyed their company :) Jazakillahu khairan kathira for the memories girls.

Okay enough for the intro part. As all of you might know that my pet,Fluffy a.k.a Plapi had a bad injury on his body.This is also one of the factors that contribute to the delay-ness. Huhu, alhamdulillah Plapi is getting better day by day. :)

So here goes :) Happy reading!



PART 2: BERCINTA SAMPAI KE SYURGA

SLOT 1: OH MERTUAKU! (Ust. Pahrol Md Juoi)

Niat menuntut ilmu -- untuk amal, sampaikan pada orang lain.
Fitrah alam--- Dapat sesuatu, hilang sesuatu. Pastikan apa yang kita dapat tu lebih bernilai daripada apa yang kita hilang.
Ilmu menjaga kita, harta? Kita yang jaga dia.
Betulkan mindset kita tentang hubungan mertua & menantu.

Bagaimana kita nak harmonikan hubungan menantu & mentua?
"Terasnya HATI yang merelakan segala tindak tanduk kita."
1.Selesaikan dahulu hubungan kita dengan Allah.

Yang menyatukan kayu? Paku.
Yang menyatukan batu-bata? Simen.
Yang menyatukan hati? Iman &Islam.

Kemungkaran besar : Memutuskan silaturrahim!

Kenapa masih membuat maksiat?

1. Percaya Allah tapi tidak yakin dengan Allah.
Tahu tapi tak rasa, rasa lebih penting (aqidah).

2. Percaya pada hari akhirat tetapi tidak yakin dengannya.
Ada pengetahuan tapi tiada KEMAHUAN beragama.

3. Terlalu cinta pada diri sendiri dan meminggirkan orang lain.
Iman & ukhuwwah sangat berkaitan. Jika kita akrab dengan Allah, kita akan jadi paling intim dengan manusia.Ini kerana Allah sahaja yang mampu menyatukan hati-hati orang lain bertepatan dengan firmanNya didalam Surah Al-Anfal, ayat 63:

"Dan (Dia lah) Yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah Engkau belanjakan segala (harta benda) Yang ada di bumi, nescaya Engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Ibu bapa mertua,ibu susuan dan penjaga setaraf dengan ibu bapa kandung kita. Hormati mereka tanpa mengatakan Ah! Awal perkahwinan kena terus buang prejudge kita kerana Allah akan beri apa yang kita sangka.

HAK MENTUA
1.Berhak mendapat ketaatan dari kita selagi tidak bertentangan dengan hukum Allah.
2.Berhak mendapat  layanan baik dari kita setiap masa.

MERTUA YANG BAIK CARA RASULULLAH
Saidina Ali (Kurang berada) : Rasulullah usap kepalanya,lemah lembut dengannya.
Saidina Uthman (Kaya)       : Rasulullah berwangi-wangian, pakai cantik-cantik.

MENANTU YANG BAIK CARA RASULULLAH

Saidina Abu Bakar : Mencintai Abu Bakar (orang yang dicintai isterinya, Aishah)
Saidina Umar:         : Rasulullah sering memuji Umar.


                               Allah tegur hubungan renggang melalui orang-orang sekeliling kita.


Sebagai mertua/menantu,kita hendaklah mencintai orang yang dicintai oleh pasangan kita. Adakah kita selalu memuji mertua/menantu kita?

TIPS UNTUK MERTUA
Jangan anggap menantu kita sebagai perampas, tetapi anggaplah dia sebagai anak& sahabat baru yang membantu kita dalam membentuk peribadi keluarga muslim.
Kasih sayang anda boleh diberi tanpa sempadan, tak perlu diukur. (Sama seperti frekuensi gelombang radio, semua orang dapat mendengar tanpa sedikit pun kurang walau dipasang di beratus-ratus kereta).
Disebalik menyerah kepada menantu, anggaplah kita serah anak kita kepada Allah.
Dengan menyalakan lilin orang, tidak akan mengurangkan cahaya lilin kita bahkan ia akan menambahkan lagi cahaya sekeliling.
Jika ingin meminta pandangan? Rujuk pada syariat.
Jika ingin memiliki Baiti Jannati? Semua ahli keluarg kna faham Islam.

BAGAIMANA INGIN MENYATUKAN 2 KELUARGA?
  • Harus akui perbezaan yang ada (raikan perbezaan).
  • Suami/isteri kena rai cara masing-masing dibesarkan dalam keluarga. (Mungkin isteri suka tempe jadi suami kena faham, sama juga jika suami suka asam pedas, isteri kena faham.)
  • TAAT: Siti Asiah boleh menjadi isteri solehah kepada Firaun, sejahat-jahat manusia. Arahan baik, suruhan baik, WAJIB TAAT.  Suami pula taat ibu bapa for the sake of Allah. Disebalik kita taat pada ibu bapa, sebenarnyan kita taat pada Allah. Mengekalkan adab dan akhlak sangat penting.
  • "Beribadahlah kamu sehingga kamu berasa letih berbuat keburukan"
  • Jika ada hajat, sebelum bertemu ibu ayah, solat hajat minta dilembutkan hati.


Q: Apa pendapat Ustaz jika menantu duduk serumah dengan mertua?

A: Tidak digalakkan tinggal serumah kerana dalam satu kapal tidak boleh ada 2 nakhoda.

TIPS BERTEMU BAKAL IBU MERTUA

  • Be yourself at the same time jaga akhlak islamiyyah.
  • Kenali betul-betul bakal ibu mertua kita, dari situ kita juga dapat mengetahui kesukaan bakal suami kita, pastinya dia berasa gembira dilayan dengan baik.
  • Hak kita adalah bersanga baik.

SLOT 2: RUMAHKU SYURGAKU (PENGURUSAN RUMAHTANGGA, Dr.Zaharuddin Abd.Rahman)

Kunci kebahagiaan manusia:
  • Rumah yang luas.
  • Kenderaan yang soleh.
  • Isteri yang solehah.
  • Jiran yang baik.
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."   
                                                                                                                           (Surah Ar-Rum: ayat 21)


Komponen utama: 
Spiritual: keilmuan & amalan, halal/haram, zikir &apedoman, redha Allah, takdir &ikhtiyar.
Emosi: belaian, belas, ambil berat,penghargaan,redha dan toleransi, cemburu.
Fizikal: Nafkah zahir,tempat tinggal,perhiasan,kebersihan,kesihatan, haruman.

MENGURUS KONFLIK RUMAHTANGGA

Punca Konflik Rumahtangga.
  • Ego - sukar memberi hanya menerima
  • Cemburu buta
  • Komitmen luar yang terlalu berlebihan
  • Harapan yang terlalu tinggi
  • Campur tangan orang tua/mertua atau pihak ketiga lainnya.
  • Tabiat buruk yang masih dilakukan setelah berkahwin.
  • Kewangan
  • Keyakinan diri.

Strategi Tangani Konflik

  • Kembali menyuntik mtlamat kehidupan.
  • Berwudhu & solat sunat.
  • Berinfaq mendapat kekuatan/istighfar.
  • Ambil masa dan tunggu sejuk.
  • Ikhlaslah dalam meluah,elakkan membebel (intonasi tidak puas hati)
  • Jaga nada & kalimah.
  • Berdoa & munajat kepada Allah serta yakinlah.
  • Ambil peluang positif dalam konflik & musibah.
  • "When you want less, you will feel rich and satisfy"
  • Rumahtangga kita adalah aset pelaburan akhirat,kendalikan dengan serius dan ilmu yang jitu. Jangan berhenti berkenalan dalam rumahtangga,nescaya kamu tetap hangat bercinta. Ketidaksempurnaan adalah aspek drama,konflik & rencah perisa dalam rumahtangga. Jangan bandingkan milikmu dengan milik orang lain, yakinlah dia yang terbaik untukmu.Bagi mereka yang berdosa,kalau tak bertaubat lagi, Allah akan tmbah penyakit lagi. (Couple before marriage) kerana taubat akan memadamkan dosa-dosa.

Tips Mata Hati

  • Jika diambil mudah kiraan keberkatan,nescaya dia akan rugi.
  • Waktu yang cukup.
  • Belaian cukup
  • Asmara cukup.
  • Pendapatan & kerja.
  • Anak.







SLOT 3: TARBIYATUL AULAD
 (Dr.Abdul Basit Hj.Abd.Rahman).

"Tarbiyah yang berkualiti dan mithai menjamin keamanan keluarga".
Tarbiyatul Aulad: Pendidikan awal kanak-kanak.
Belajar &mendidik = two different things.

1ST STEP: Bagaimana memilih calon ibu/bapa untuk anak-anak?

2ND STEP: Doa untuk dapat anak yang sempurna

"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan". (Ali-'Imran 3: 38)

 Ciri-Ciri Usrah Bahagia

1.Ibu bapa yang ceria. (Qudwah hasanah: Contoh terbaik)
2.Anak-anak yang taat.
3.Persekitaran yang harmoni.

Waktu Sesuai Untuk Mendidik Anak

1.Di dalam kenderaan.
2.Waktu berkelah/picnic
3.Waktu sakit.

DIDIK ANAK: Pastikan pakaian anak-anak menepati syariat.Jika anak suka berbohong, kenapa? Find the reason why they are lying. Beri hadiah sebagai ganjaran mereka berkata benar.


Diantara Amalan Harian Seorang Muslim
1.Mendirikan solat 5 waktu.
2.Membaca &mengkaji Al-Quran.
3.Mendirikan solat-solat sunat seperti tahajjud,tasbih,hajat,rawatib,sebelum & selepas solat fardhu, dhuha &witir.
4.Mengingati Allah seperti membaca zikir, al-mathurat,istighfar, tahmid &tahlil.
5.Mengingati mati.
6.Mncari rezeki yang halal.





SLOT 4: BERCINTA SAMPAI KE SYURGA 
(Ust.Muhidin Mokhtar, Ustzh. Isfadiah Mohd Dasuki)

Tips Kekalkan Hubungan Kasih Sayang.

1. Tentukan matlamat perkahwinan.
-Jaga kehormatan.
-Rapatkan silaturrahim.
-Redha Allah.

2.Hargai setiap sumbangan yang pasangan berikan.

3.Jaga hubungan dengan orang yang paling dicintai pasangan.

PASANG SURUT DALAM BERCINTA

5 tahun pertama: taaruf --->tafahum -----> takaful

*lovers are to complete, not to compete...

1.Teruskan berkenalan.
2.Keep on consulting with your partner.
3.Complete vs. Compete.

CABARAN RUMAHTANGGA

1.Diri sendiri! Change yourself first.
2.Sensitive part isteri : kasih sayang
3. Sensitive part suami :duit
 Isteri memainkan peranan yang besar untuk mengurus rumahtangga dan anak-anak.
 Apa tujuan kita kahwin? Kita kahwin untuk fulfill Allah's desire, not out desire.






SLOT 5: Melentur Rebung:Tarbiyatul Aulad, Ibu Wirianingsih (Indonesia)

TRIVIA:Ibu Wirianingsih merupakan seorang aktivits dakwah yang sangat aktif di Indonesia. Di sebalik kesibukan aktiviti dakwah beliau, beliau berjaya mendidik kesemua anaknya untuk menjadi penghafaz Al-Quran.
  • Kenalkan anak-anak dengan sahabat Rasul yang dijanjikan syurga.
  • Generasi terbaik ALQuran & Sunnah (QS 46:15-16,31:13-19)
Anak-anak harus dididik untuk menyembah Allah, mnencintai Al-Quran dan berbuat baik kepada orang tua.

3 Pendekatan Berdasarkan Usia  
  • 7 tahun pertama: Bagaikan "raja" (karakter sedang dibentuk).
  • 7 tahun kedua: bagaikan "tawanan perang" (disiplin tegas, boleh/tak boleh).
  • 7 tahun ketiga: bagaikan "teman/sahabat"
(Saidina Ali bin Abi Thalib r,a)

Method
  • Teladan
  • Pembiasaan
  • Nasihat
  • Cerita/kisah2 teladan
  • "Reward & Punishment

That's all for Part 2, stay tuned for Part 3 :)



Sunday, March 3, 2013

BlogBuster 86: Seminar Baitul Muslim 2.0 (PART 1)

Poster Seminar Baitul Muslim

Assalamualaikum semua, apa khabar? Harap-harap sihat hendaknya. Kali ni cikgu al nak kongsi tentang Seminar Baitul Muslim 2.0 yang dianjurkan oleh One Heart Creative Solutions di PICC pada 17 & 18 Februari yang lalu. Memang dah lama nak menulis tapi kali ini barulah berkesempatan. BlogBuster ini akan terbahagi kepada 3 Bahagian iaitu:

  1. Part 1 : Sebelum Aku Bernikah
  2. Part 2: Bercinta Sampai ke Syurga
  3. Part 3: Behind the Scenes of SBM 2.0





Buku nota. Pen. Button Badge yang diberikan kepada semua peserta SBM 2.0.

Jadi BlogBuster kali ini akan kongsi sebanyak mungkin ilmu-ilmu yang telah diperolehi sepanjang hari pertama seminar. Semua yang ditulis disini ialah hasil tulisan nota saya yang tak seberapa sepanjang seminar tu. Jadi kalau ada yang tak berapa jelas silakan bertanya. :)


Slot 1: Cari Jodoh Langkah 1,2,3...(Ustaz Pahrol Md Juoi)

4 perkara yang ditentukan di alam rahim
  1. Rezeki
  2. Ajal
  3. Umur
  4. Jodoh
1)Rezeki kita perlu cari, wajib berusaha & bertawakkal. Effort: Kita (Tadbir), Effect: Allah S.W.T (Takdir)



Konsep rezeki yang kita perlu faham: Rezeki yang Allah beri pada kita, selaras dengan tanggungjawab yang dipikul.
Apa tanggungjawab kita? 
  1. Menjadi hamba Allah yang muslih.
  2. Menjadi khalifah di muka bumi.
Jika kita lebih memikirkan "main mission" iaitu tanggungjawab kita, insyaAllah jodoh akan datang menyusul. Persoalannya, sudahkah kita meletakkan "ISLAM" sebagai misi utama kita?
Rezeki yang kita cari baik, rezeki yang kita dapat lebih baik. 
Bilakah hukum berkahwin itu jatuh kepada wajib,sunat & haram?

  • Wajib: takut mendekati zina (wajib cari jodoh)
  • Sunat : Mampu menahan diri
  • Haram: Tidak mampu dari segi zahir & batin.
Panduan asas mencari jodoh: Harta, keturunan, rupanya & AGAMANYA.

Prinsip tidak berubah, prinsip hanya 1,tetapi kaedah berubah kerana kaedah hadir dalam pelbagai bentuk.

Cara-caranya:

  1. Jadi baik/soleh/solehah :)
Kita tidak mungkin dapat yang soleh kalau diri tak soleh.JADILAH bukan carilah. Janji Allah dalam Surah An-Nur. Ayat 26:
 “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik…..” 


Persoalannya, bila kita boleh confirm kita jadi baik?
Menjadi baik itu adalah proses yang berterusan (On-going process). Katakan pada diri "Saya sedang berusaha untuk menjadi orang yang baik".

Apakah usaha untuk menjadi orang yang baik? Setiap hari fikirkan bagaimana untuk kita lakukan kebaikan. Baiki diri jadi hamba Allah yang baik. Dunia akan jadi milik orang yang baik. Bila hati baik, wajah akan menjadi cantik.APA tidak penting, bagaimana kita PANDANG itu yang penting ; Akhlak :)

2.Ikut pilihan orang yang baik.
 Ibu bapa, ustaz-ustaz kita, sahabat. Bila anda baik,insyaAllah networking anda baik. Pendidikan awal dalam rumahtangga sangat penting kerana kelak sudut pandang anak2 dan ibu bapa selari dengan AlQuran & Sunnah. 

If you are a pioneer in the family, anda harus berani berdepan dengan sesuatu yang sukar/mencabar.
Masalah masyarakat masa kini ialah: Ruangan perkahwinan disempitkan, tetapi ruangan penzinaan diperluaskan.

3.Ikut kaedah yang baik.
  • Aqidah
  • Syariat
  • Akhlak.
i- Guna orang tengah: -Semasa Merisik,menyelidik
                                  -Kumpul maklumat, istikharah
                                  -Setelah tekad, ambil orang tengah dan teruskan niat.

ii-Ayah bertemu dengan bakal yang dijodohkan. *Cara Saidina Umar Al-Khattab*
Stigma masyarakat yang harus dibuang konon ia memalukan.Mengapa begitu?
Buruk nampak baik sebab ramai yang buat.

iii-Offer diri sendiri dengan tujuan mencari kebaikan: darjat mulia.
Zaman Rasulullah, ada seorang wanita menawarkan diri kepada Rasulullah, ada anak sahabat yang mengutuk perbuatan wanita itu tetapi telah dipertahankan oleh sahabat Rasulullah yang mengatakan wanita itu jauh lebih mulia kerana wanita itu bertujuan mencari kebaikan untuk dirinya dan agamanya.

Bagaimana kita nak tahu si dia jodoh kita?
Bila dah ijab qabul, bersangka baik dengan Allah 100%, yakin dia terbaik untuk kita.
Siapa pasangan kita sebelum berkahwin dengan kita penting, siapa pasangan kita selepas berkahwin dengan kita LEBIH PENTING.
3 things we marry:
  1. Expectations
  2. Who he/she really is?
  3. Who he/she becomes after marriage.
Selepas 5 tahun perkahwinan, semua perangai sebenar akan keluar. Metafora suami isteri: Umpama tangan kiri &kanan. Masing2 saling memperbaiki diri.

Bagaimana nak tahu kita dah ready ke tak?
 Lihat bagaimana persediaan kita.
Dalaman: akal,jiwa,minda
Luaran: fizikal & mental.
Emosi: Kawal emosi (on-going process)
Pemikiran: ilmu agama, fardhu ain lulus, fiqh , ketahui 10 sifat mahmudah & 10 sifat mazmumah.
 Belajar ilmu tentang buat keputusan,perbelanjaan,konflik dan kemahiran berkomunikasi.

Ada sumber pendapatan,Set target: by the end of next year,you should have your own income.

Teliti erti sebenar ibadah sunnah dari kaca mata islam : buat ganjarannya pahala, kalau tinggal tak berdosa, jadi elokla buat :)

Bukan dari kaca mata budaya melayu: Tak buat takpe. Fungsi ibadah sunnah :
  • Tampung ibadah wajib
  • dapat kasih sayang &pertolongan Allah S.W.T
Perigi cari timba? BOLEH :) Islam bukan budaya, malah agama Islam ni user friendly :)
Islam agama mudah, tapi bukan untuk dipermudahkan.
Ciri-ciri wanita berkat :
  1. Cepat nikah
  2. Banyak anak/zuriat
  3. Murah maskahwin
  4. Baik akhlaknya.
Jika mas kahwn/hantaran tinggi? Anggaplah anda seperti Saidina Abu Bakar (suami) yang menebus Bilal (isteri) demi mempertahankan agama Islam.


Lelaki berkat:
  1. Bertanggungjawab
  2. Bijaksana dalam membuat keputusan
  3. Kemampuan untuk menjadi murabbi/pemimpin.
Perkahwinan boleh dimulakan dengan percintaan dan kemudian disempurnakan dengan tanggungjawab.
P/s: cara makan seseorang boleh melambangkan peribadinya.



Slot 2: Pengurusan Hati (Ustaz Mohamad Ridhauddin Salleh).

Lelaki pemimpin /pengawal bertanggungjawab terhadap wanita. 

 "Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka..."

(Surah An-Nisa: ayat 34)

Lelaki: 9 Logik, 1 Emosi.  Wanita: 9 Emosi, 1 Logik.

Matlamat sebuah perkahwinan:

Berkahwinlah untuk memberi
Isteri: Beri ketaatan kepada suami sepenuhnya.
Suami: Beri syurga kepada isteri.



"Kalau cinta itu menenangkan, teruskanlah. tapi jika ia tidak, hindarilah."

HATI & FITRAH

Kenapa kita merasa tenang dengan pantai, melihat alam semulajadi yang menghijau,burung yang berkicau?

Kerana Alam Semulahjadi berzikir pada Allah sebab itu kita tenang.

JODOH: Mintalah dengan Allah. Cari TUHAN. Buka hati untuk Allah, Allah akan buka hati untuk manusia.

Cara Urus Hati.

  1. Jadi orang soleh/solehah (diulang 3x)
  2. Jangan guna akal untuk mencari, tapi guna hati untuk berfatwa.
  3. Apabila sudah tekad/bertunang, buat perjanjian "Kesetiaan".
  4. Jangan mulakan dengan langkah syaitan.


"Men by nature are not loyal."
Apa yang membuatkan kita setia? AGAMA. Mulut lelaki dihatinya, hati wanita dimulutnya.
 Dalam rumahtangga, menegur perlu ada "Sense of touch".

Siapa pun pasangan kita pada waktu dahulu, kita harus bersyukur kerana hebatnya seseorang itu kerana dia BERUBAH. Seperti kisah Saidina Umar Al-Khattab, hebatnya Umar kerana dia BERUBAH, bukan kerana masa lampau/silamnya. Kalau tidak, nescaya dia adalagh makhluk paling jahat di atas muka bumi.


SLOT 3: Fulus Oh Fulus (Tuan Suzardi Maulan)


Slot ini membincangkan bagaimana kita boleh mengadakan majlis perkahwinan bawah dari RM10,000.
Perkara utama yang harus diambil kira ialah jumlah undangan dan perbelanjaan kurang penrting yang boleh diminimakan/dihapuskan. Kita harus membetulkan perspektif kita tentang duit. Duit Allah yang beri, kita diamanahkan untuk digunakan dengan bijak. Jangan buat 'benchmark' tapi tak boleh capai.

Raja sehari tapi hamba bank 10 tahun? Jemputan: Pilih kawan-kawan susah senang kita dan mereka yang betul-betul boleh datang.

Catat duit masuk/keluar setiap hari untuk 3 bulan untuk tahu 'pattern' perbelanjaan kita.

Kurangkan belanja yang tidak perlu seperti minum petang/ snek-snek tambahan.
  Prinsip Kewangan Islam yang telah diajar dalam Surah Yusuf.
Prinsip: 7 ekor lembu gemuk yang dimakan oleh 7 ekor lembu kurus. Menyimpan sebanyak mungkin wang pada 7 tahun pertama kita bekerja sebagai pelaburan untuk kita pada 7 tahun kemudian.

Perkara yang harus dibincang untuk 7 tahun pertama kita berkerja:
  1. Kereta &Rumah (elak beli untuk 7 tahun pertama kita bekerja) Kenapa?
ELAK KUMPUL HUTANG. Apabila pendapatan sudah stabil, barulah dua perkara ini boleh dibeli.


"We buy things we don't need with money. We don't have to impress people that we don't like."


Slot 4: Sebelum Aku Bernikah (Hilal Asyraf)

Hilal Asyraf (pic credit to: One Heart Creative Solution)
  • Definisi cinta: Dunia, Akhirat (Surah At-Tahrim: Ayat 6)
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."

Persiapkan diri untuk rumahtangga ----> Bukti Cinta!

Usaha= CINTA!

*Spiritual-->*Mental---->*Material (Kitaran antara ketiga-tiga komponen).

*Spiritual" Bina hubungan dengan Allah. Allah akan jawab doa pada mereka yang berdoa.
Mantapkan solat,bacaan Al-Quran dan kefahaman agama.

Ketahuilah apabila kita berkahwin:

"Kita akan hidup dengan manusia lain. Dia ada keluarga dia. Dia ada minda. Dia ada jiwa yang lain." 
                                                                      -Hilal Asyraf- 

Material: Kekuatan untuk survival. "Bukan bergantung kepada berapa banyak berapa sikit duit."

Kupasan lanjut, sila dapatkan buku "Sebelum Aku Bernikah" di pasaran sekarang! :)


Slot 5: U drive, I baca peta. (Ustaz Ubaidillah Alias, Pn.Wardina Saffiyah)


Slot ini membincangkan perihal perbezaan antara lelaki dan wanita dengan lebih mendalam. Slot ini sangat menarik kerana ia membuatkan saya lebih faham untuk menerima perbezaan yang sememangnya akan wujud antara dua insan.

Perhatian Para Wanita!

  •  Jika kita hendak beritahu/ minta pertolongan dari lelaki, bagitahu mereka satu persatu, jangan bagitahu sekaligus kerana daya fokus lelaki ialah"1 thing at a time,unlike women."
  • Jangan tegur  lelaki "face to face" sebab lelaki ego, gunakan cara yang berhikmah atau 'indirectly'.
  • Lelaki suka bersaing, jadikan tugas mengemas rumah sebagai cabaran. Pasti mereka suka dan bersemangat untuk melakukannnya. Contoh: "Abang, semalam sayang tengok abang jemur kain 3 minit je, harini kita tengok abang boleh jemur berapa minit."


Moderator slot: Tuan Amin Idris (Personaliti TV Al-Hijrah)


Perhatian Para Lelaki
  • Banyakkan tolong ibu/kakak dalam menyelesaikan kerja rumah. InsyaAllah ia akan memudahkan anda apabila berumahtangga kelak. Teman mereka shopping jugak digalakkan. :)
  • Jangan sindir pasangan. Contoh:"Itulah awak ni, saya dah kata jangan buat benda tu awak nak buat jugak.Awak bukannya kuat mana."
  • Wanita suka rasa selamat/dilindungi. Tolong sama-sama buat keputusan.

Fahami perbezaan : Lelaki lebih agresif, perempuan lebih 'empathy'

Cara Melihat Hubungan
  • Wanita mahukan pendamping hidup, lelaki : Hierarchy system. If you have any expectations or assumptions? ASK.
  • Lelaki perlu banyak memberi dari menerima. Fahami ilmu yang benar (Halal/haram, dosa/pahala).
  • Lelaki yang gigih berkerja untuk keluarga adalah baik.
  • Lelaki paling kena jaga hubungan dengan ibu, lelaki harus bijak mengambill hati ibu. Kalau jenis pegang2 tangan dengan isteri, depan ibu tak perlulah begitu. Manjakan ibu apabila kita menziarahinya.
  • Jangan ada sikap suka menafi seperti "Bukan macam itu, macam ini" Sebaliknya gunakan cara diplomasi yang lebih baik seperti: "Abang rasa cadangan ayang tu bagus, abang ada cadangan tambahan.......(insert your opinions). InsyaAllah dengan cara ini pasangan lebih rasa mudah untuk menerima apa jua nasihat.
  • Ajak pasangan berdoa untuk kebaikan bersama.
  • Amalkan "magic words' Please and sorry with your partner.
"Good relationships dont just happen, it's about two people who really want to work together"
Communication skills
  • Apa yang boleh dicakap melalui lisan boleh juga ditegur dengan sentuhan dan intonasi suara.
  • Apabila isteri tidak kongsi masalah dengan suami, maknanya si suami itu bukan pendengar yang baik.
  • Key Communication: APPRECIATE, CRITICS, ENCOURAGE.
  • Kalau rasa nak marah,baca ayat Kursi.
5 LOVE LANGUAGES
  1. Words    2. Gifts    3. Act of Service     4. Physical touch   5. Quality time.
"Marriage is a reality not a fantasy. Don't wait for the right person, BE the right person."




Wardina yang best! Dia balas tweet saya hehe

             Itu sahaja untuk edisi Part 1.Bakal bersambung pada edisi seterusnya. SALAM!


Friday, January 18, 2013

BlogBuster Special Edition: KAUSAR

                                                           KATA PENGANTAR



 KAUSAR ialah sebuah kisah realiti remaja Islam masa kini. Dalam kesibukan mengejar cita-cita dan impian, Kausar juga tidak terlepas dari diburu cinta. Tapi cinta yang bagaimanakah dapat membuka hatinya?Segala yang baik kurniaan dari Allah SWT, yang buruk disandarkan atas kelemahan saya sendiri. Selamat membaca, moga mendapat manfaat daripadanya.


Kausar & Kuliah.
  
*****************************************************************

Pagi itu Kausar bergegas untuk ke kuliah yang bermula seawal jam 8 pagi. Memang sudah jadi lumrah untuk Kausar hadir sedikit lewat dari waktu yang sepatutnya. Ini kerana Kausar lebih mementingkan sarapan pagi dari datang awal ke kuliah. Teman sekuliah Kausar cukup masak dengan perangainya yang tidak pernah makan saman.

Tepat jam 8.10 pagi kelibat Kausar muncul di depan kelas." So what's your reason this time young lady?"  soal Mdm Linda, pensyarah Bahasa Inggeris di tempat Kausar belajar. "Heee, Im very sorry madam,em I woke up late" balas Kausar sambil mengelak dari membuat sebarang eye-contact. Natijahnya, Kausar diasak soalan yang bertubi-tubi oleh Mdm Linda untuk topik yang diajar pada hari itu.

Seusai kuliah, Kausar yang berang diserang sebegitu mula meluahkan perasaan kepada Sofia, teman sebiliknya.

Kausar: AKU STRESS LA KENA ATTACK CAMTU!

Sofia: Hehe padan muka kau, sape suruh datang lambat? Sedap breakfast pagi ni?

Kausar: Amboi, pandai troll sekarang? You know Sofia,I hate you forever. BYE

Sofia: Kejap lagi confirm minah ni cool balik.

Sofia yang sudah 3 tahun sebilik dengan Kausar sudah cukup kenal sifatnya yang cepat emosi itu. Sofia hanya tersenyum melihat gelagat temannya itu.

Selepas 10 saat....

Kausar: So hari ni lunch mana? Secret Recipe jom! Aku belanja, kau bayar.

Sofia: Lawak kau tu tak boleh lame lagi ke?

Kausar: FINE! Weyh Sofia, tengok paper ni! "Irma Hasmie sudah selamat diijabkabul". Fuyoooo hensemla suami dia.

Sofia: Haip Kausar, behave! Jaga pandangan, baguslah dah selamat dah dia jadi isteri orang. Aku suka sangat baca kisah cinta Irma macam mana dia bertemu dengan suami dia. 

Kausar: Eh kau ni budak Usrah takkan layan gossip kot?Aku pun tak tahu tau Hahaha.

Sofia: Hello, aku bukan layan gossip la, aku tengok video pre wedding dorang kat youtube,Irma dan suaminya share pengalaman dia kat situ la.

Kausar: Eleh eleh cover lettew.

Sofia: Tak caya sudeh.

Kausar: So tell me, how did they met each other?

Sofia: Tengoklah sendiri.Yelah, kata ada berukband.

Kausar: Alamak, ada awek merajuklah Okay-okay, kalau kau cerita aku belanja, deal?

Sofia: OK DEAL! :)


******************************************************************
 Di restoran Secret Recipe, Sofia menerangkan satu persatu mengenai pengalaman Irma Hasmie dan suaminya. Kausar yang begitu kagum tidak dapat menyembunyikan perasaan terujanya.

Sofia: So macam tulah kisah dia, Irma pergi wat umrah, lepas tu ditakdirkan Allah, dia jumpa suaminya di sana. Sweet kan? Erk,Kausar, kot ye pun excited, tolong tutup mulut tu boleh?

Kausar: *menutup mulutnya serta-merta* Wahhhh!! Bestnya jumpa kat depan Kaabah. Kau rasa kan, apa pakej umrah yang Irma ambik? Aku nak join lah! Hahaha.

Sofia: Adehla kawan aku ni sorang, betulkan nawaitu kau kalau kau betul nak pergi umrah =_='

Kausar: Ala relaksla Sofia, kau ni serious sangatlah, hehe aku main-main jelah. ;p 

Sofia: Mestilah serious, bla bla bla..... *suara Sofia makin samar kedengaran*

Itulah sifat Kausar, suka berseloroh demi menyembunyikan perasaan sebenar yang terbuku dihatinya. Jauh di sudut hati Kausar, jiwanya bergetar mendengarkan kisah cinta yang dipelihara sebegitu indah dan cantik sekali oleh Allah SWT.Fikirannya terus melayang terhadap Irfan, jejaka yang dipujanya selama ini.
"Aku ni layak ke nak dapat jodoh yang baik macam Irma tu? Irfan dengan aku tu da tahap belangkas da. Nak kata sweet,  sweet ke?Merajuk, okay balik,merajuk,okay balik.Aku asyik emo memanjang. Irfan tu pun satu, dah tahu aku ni emotional takyah lah sakat aku lebih-lebih."

"KAUSAR!" panggilan Sofia yang sangat nyaring mematikan lamunan Kausar.

Kausar: Yo yo! Chill okay? Takyah jerit-jerit.

Sofia: Aku da panggil kau dekat 50 kali dah, pernah dengar stress tak?Rupanya dari tadi aku dok cakap sorang-sorang. 

Kausar: Okay Sofia, Im sorry. Hehe,aku pergi bayar bill kejap eh?Don't forget to smile ;)

Sofia: In your dreams,lady. *showing L sign*

Itulah persahabatan Sofia dan Kausar yang seringkali menimbulkan salah faham bagi rakan-rakan yang baru mengenali mereka. Disangka bergaduh rupanya bercanda.Sewaktu perjalanan pulang ke hostel bersama Sofia, minda Kausar ligat memikirkan arah tuju perhubungannya dengan Irfan. "Betul ke apa yang aku buat dengan Irfan selama ni? Kalau betul, then why did I feel so guilty while listening to that story?"

Dengan itu, bermulalah kembara cinta Kausar dalam mencari erti cinta sweet sebenar.










To be continued......*Erk,perlu ke sambung?*




Friday, January 4, 2013

BlogBuster 85:Mengenal Cinta bersama Muhibbain



             Salam friends!

Kabare?Harap semuanya waras2 ye di bawah lindunganNya insyaAllah.

Sape penah dengar nama "Muhibbain" sebelum ni? haaa, kalau ada yang belum pernah dengar/kenal meh cikgu nak citer skit ni.

"Segalanya bermula disini" Bak kata tv alhijrah.

Kisahnya satu petang tu buka la tv 114 lepas tu terdengar lagu yang sedap menusuk sanubari.
Tajuk lagu tu "Mengenal Cinta". Memang best! Bisa membuat pendengar menitiskan airmata keharuan.
Kaji punya kaji, kumpulan Muhibbain yang nyanyi lagu tu.

Trivia Muhibbain:

* Group ni bernaung di bawah Inteam Records.
*Berasal dari Indonesia.
*Dianggotai oleh 2 orang pemuda. (Tapi kat cover album ada sorg je)
*Mempunyai nada suara "Husky" yang sedap.
*Album ini berkonsepkan selawat dan ada 6 buah lagu pada harga RM19.90.
*Album yang dipasang sepenuhnya dalam kereta kalau pegi jalan2. (eh kena cter ke?)


Apa yang menarik tentang album ni sampai kena review?

Haaaaaa. memang menarik sangat sebab lagu2 dia best. Tak caya cuba dengar album preview kat bawah nun.  Please Press the play button while reading my reviews.HAHA Amboih paksa nampak?







1.Kunci Syurga.

Lagu comel dgn video clip yang comel. :)

Lirik pilihan: "Jalan pulang bukannya mudah, musuh nafsu ajak menyerah, Maha Bijaksana Rabunna, beri bekal dengan Mahabbah"


2.Mengenal Cinta

Lagu yang damai dan "menyejukkan" :) Video clip dia canggih ada meter-meter ;D


Lirik pilihan: "Pada setiap umat manusia, Allah utuskan RasulNya, Rasul pembawa risalah, Ajaran yang Maha Esa. Betapa Beruntungnya kita, Diutus yang teristimewa, Sebaik-baik manusia, rahmat bagi alam semesta."

3.Find My Way Home
The best song ever! The lyrics are superb, Wallahi!

"Where do I begin, to tell you Ya Allah my sins, I dont know where to start, my shame and sadness crumbling in. Find my way home, Ya Allah Im so broken,Find my way back to the place, even if it's not heaven, just don't let me be far from you Ya Allah, I just need to find my way back to you..."

:') cries.


4.Kembali Pada Cinta

Lagu yang santai dengan techno Justin Bieber hehe.

Lirik pilihan: "Sudah cukuplah benci, sudah cukuplah dusta, hati ini bukan dicipta tuk menderita."


5.Little Child (The lullaby)

Lagu ni memang sesuai sangat untuk dodoikan anak kecil, rasa lentok je. betul!

"Little child dont you cry Allah will be, always be by your side never he'll leave, follow Muhammad SAW our prophet must we,to make complete our faith and our beliefs."

6.Taman Syurga

Lagu selawat yang indah dengan gambaran keindahan syurga!

Lirik pilihan: "Gambaran diberi,tuk bisa dibayangi, buah embut dari keju, lebih manis dari madu, sungai mengalirkan susu, yang lihat pasti mahu nikmat dan kurnia Allah di taman-taman syurga, nikmat dan rahmat Allah disini dan disana."








Okay yang ni playlist lagu-lagu muhibbain! Enjoy :) Sila serbu toko-toko jamu musik untuk beli album ni ye. Memang berbaloi-baloi :D

-WASALAM-

                              

Thursday, January 3, 2013

BlogBuster 84: Salam "Happy Jar" 2013!

Salam everyone! So how's 2013 treating you so far? InsyaAllah lets pray for the best!
Okay actually this is a random post coz im tired of all cliche concerts,fireworks,countdown things related to new year's celebration and stuffs. Pfft.
But hey did you realize that Islam has taught us to renew our niat every single day?
"Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam" - hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


Yeah! Cool.

So the fireworks don't indicate anything if you still stuck with the same "i-am-who-i-am"' attitude.

Islam celebrates differences, I mean if you are talkative just stay the way you are :)

It's just that you need to be cautions whether your behaviour will bring you closer to His Jannah or the opposite.
What you need to do is Islami-fy it :)
You can use your talents by spreading the beauty of Islam.


Islam is a peace religion that fits human needs perfectly.

Of course you can be yourself  but in a manner that Allah SWT is pleased with you. :)

Just bear in mind that "........,Surely we are Allah's and to Him we shall return". Al-Baqarah:156

I got something to share with everyone!

Inspired by @farahwaheeda,the well-known Dr.Cinta blogger,
Let's make a "Happy Jar 2013"
and yeah PLEASE try this at home hehe.




WHAT YOU NEED TO DO:
Create a cute note writing all the positive things that happened to you and put it in a jar, you can name it with any names, for instance:
"My Happy Jar 2013"

Later, at the end of the year, you can read all the happy moments that happened to you in 2013.
or should I say all the BLESSINGS that you've received from The Almighty in 2013 :)

"Which then of the bounties of your Lord will you deny?"
-Surah Ar-Rahman: 13

I seriously think that this is a good way to train us to be grateful and thankful for all the blessings from Allah SWT which sometimes we tend to overlook when something occurs that 'does-not-go-with-my-way'

We tend to forget the word "Hikmah"

"He gives wisdom to whom He wills, and whoever has been given wisdom has certainly been given much good. And none will remember except those of understanding."
(2:269)


So what are you waiting for? You are not too late to start and join the crew :)



HAPPY TRYING!