BlogBuster Special Edition: Kausar

Ramadan Al-Mubarak menjelma kembali.

Masih segar di ingatan Kausar tentang peristiwa di bulan Ramadan tahun lalu.

"Akak, saya serabut la. Saya tak tahu apa yang saya patut buat sekarang." Luah Kausar pada rakan sekuliahnya, Ustazah Hanim.

"Kausar, sekarang ni kan bulan Ramadan, doa mustajab tau,doa banyak-banyak pada Allah semoga ditunjukkan jalan yang terbaik untuk awak."

"InsyaAllah akak, saya cuba." balas Kausar bersama keinsafan yang menerpa.

Setiap kali tiba waktu berbuka, Kausar akan membiasakan dirinya untuk berdoa selama beberapa minit dengan sepenuh hati untuk meluahkan segala perasaan yang tersimpan di dada. Kausar juga membuat nota tentang perkara-perkara yang ingin dipohon agar tidak lupa.


Airmata Kausar deras membasahi pipi. Malam-malam Ramadan dihiasi indah dengan ibadah terawih dan qiamulail. Kausar bersyukur kerana hatinya sudah terikat dengan ibadah terawih sedari umurnya 11 tahun. Dia masih ingat pada suatu ketika, ayahnya tidak dapat pergi ke surau bersama-sama kerana ada urusan yang mendesak. Kausar menangis sepenuh hati mengenangkan yang dia akan ketinggalan satu malam terawih di masjid kegemarannya lantaran tiada siapa yang akan menghantarnya. Kini, setelah dewasa Kausar hanya tertawa mengimbas kembali detik usia kecilnya. Di bulan Ramadan juga, sudah menjadi kebiasaan Kausar untuk merenung langit pada waktu malam.

"Sofia, kau perasan tak langit waktu bulan Ramadan cahaya dia luar biasa?" tanya Kausar pada Sofia.

"Yeke, aku tak perasan la pulak." balas Sofia acuh tak acuh.

"Eh, lain tau sebab banyak malaikat turun ke bumi. Langit jadi bercahaya sangat. Aku rasa tenang je tengok atas." kata Kausar sambil kepalanya didongakkan ke langit.

"Cepat Kausar! Terawih dah nak mula tu!". Maka berlarilah dua sahabat baik itu menuju ke rumah Allah.

Banyak kenangan manis Ramadan yang dilalui oleh dua sahabat ini. Selain Sofia, Kausar juga mempunyai ramai kenalan yang sentiasa menceriakan hari-harinya. Pernah suatu ketika Kausar terlupa untuk bangun sahur, maka ramailah rakan-rakannya mengusik melihat wajahnya yang pucat lesi itu.


Masa berlalu dengan pantas, kini fajar Syawal menjelma.

Syawal: Bulan dimana Kausar mendapat petunjuk daripada Allah tentang segala hajat yang pernah dipohonnya. 

Benarlah firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 54 yang bermaksud: 

“Dan Mereka Merancang,Allah juga merancang,Dan ALLAH sebaik-baik Perancang”


Dan kini, Kausar amat bersyukur dengan segala apa yang terjadi dalam hidupnya yang direncana cantik oleh Yang Maha Esa.

Dalam sayup hening malam itu, Kausar berdoa pada Kekasih Yang Maha Agung.

"Ya Allah yang Maha Mendengar,
Dalam lautan umat manusia, Engkau masih sudi Ya Allah mendengar permohonanku, hambaMu yang hina ini.  Sesungguhnya Engkau mengetahui segala sesuatu dan Engkaulah yang Maha Mengasihani.

Ya Allah, aku bersyukur atas segala nikmat yang telah Kau berikan pada ku. Kau ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapa ku, dosa-dosa ku, seluruh muslimin muslimat,mukminin dan mukminat Ya Allah kerana tanpa maghfirahMu tentulah kami akan menderita. Engkau rahmatilah kami di dunia dan akhirat dan kumpulkanlah kami di syurgaMu, rabbana atina fi dunia hasanah, wa fil akhirati hasanah waqeena azabannar."

    ****************************************************************

Kausar : "Sofia, minggu ni aku balik ya, mak aku kata diorang buat open house weekend ni hehe."

Sofia: "Kau memang, ada je alasan nak balik rumah kan? Haha Safe trip!".


Kausar merenung jam tangannya. "Hmm, ada lagi sejam before depart ni. Layan lagu Maher Zain la kejap".
Lagu "Guide Me All The Way" diputarkan berulang kali. Memang Kausar perlukan bimbingan Allah setiap masa. Selepas puas duduk termenung melihat pesawat datang dan pergi sambil membelek telefon pintarnya, Kausar tergerak hati untuk berjalan sebentar ke kedai roti di lapangan terbang itu.

Syawal menggalas beg pack apabila selamat mendarat di lapangan terbang itu. Perjalanan yang mengambil masa sejam itu sudah menjadi rutin buat dirinya yang merantau jauh demi menimba ilmu.Syawal yang baru sahaja tiba dari Pantai Timur ke utara tanah air itu mula mengorak langkah keluar menuju ke pintu utama. Syawal sangat berhati-hati agar dirinya tidak melanggar orang ramai yang sedang berpusu-pusu keluar. Sedang dia berjalan, matanya tertumpu ke arah sebuah kedai roti lalu terlihat kelibat seseorang yang dikenalinya. "Mungkinkah dia atau mungkin tidak?' bisik hati Syawal.

Bersambung.....



Comments

Popular Posts