BlogBuster 73: BFF till Jannah!



Ukhuwah itu indah Pictures, Images and Photos 

Kami geng mengaji ikat tudung uolls.

 Salam Alayk fwenssss! okay gedik detected. BlogBuster kali ni saya nak share pasal kawan/sahabat/taulan.

Saya gerenti mesti semua orang ada komik KAWAN kan? Jadi apa kata kita refleksi diri kita, dengan siapakah selama ini kita bersahabat?

Banyak hadis Rasulullah yang menekankan tentang kepentingan memilih sahabat seperti hadis2 dibawah ini:

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a berkata: "Rasulullah s.a.w telah bersabda, maksudnya: 'Seorang Mukmin itu berada di atas agama (gaya hidup & perilaku) sahabatnya. Maka, salah seorang daripada kamu hendaklah memerhatikan dengan siapakah dia bersahabat." (Riwayat al-Tarmizi & Abu Daud). 

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk. 

 In simple language, your friends are your own self reflection. As simple as that. Islam ni memang cool sebab dia bagi guidelines utk kita memilih sahabat. Bukan apa, sebab Allah ada memberi gambaran yang jelas dalam Al-Quran tentang situasi yang akan berlaku di akhirat kelak. Contohnya dalam 2 surah di bawah:

Surah Al-Furqan ayat 27-29. 'Dan (ingatlah) pada hari (ketika) orang-orang zalim menggigit dua jarinya, (menyesali perbuatanya) seraya berkata, "Wahai! Sekiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama Rasul. Wahai, celaka aku! Sekiranya (dulu) aku tidak menjadikan si fulan itu teman akrab(ku), sungguh dia telah datang kepadaku. Dan setan memang pengkhianat manusia."

Seram & gerun kan? Tapi yang ni lagi dahsyat. Ahli syurga ni sedang berbual2, tetiba dia teringat kat kawan lama dia yang meragui tentng hari kebangkitan, Lalu dia pun pegi la visit kawan dia tu, rupanya kawannya dah dihumbankan ke neraka atas sifatnya yg dulu,Nauzubillahiminzalik...Moga kita semua dijauhkan dari neraka Allah yang dahsyat.

Surah As-Saffat, ayat 50-57. "Lalu mereka berhadap-hadapan satu sama lain sambil bercakap-cakap. Berkatalah salah seorang diantara mereka, "Sesungguhnya aku dahulu (di dunia) pernah mempunyai seorang teman,yang berkata "Apakah sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang membenarkan (hari berbangkit)? Apabila kita telah mati dan menjadi tanah dan tulang-belulang apakah kita benar-benar (akan dibangkitkan) untuk diberi pembalasan?" Dia berkata "Maukah kamu meninjau (temanku itu)?" Maka dia meninjaunya, lalu dia melihat (teman)nya itu di tengah-tengah neraka yang menyala-nyala. Dia berkata, "Demi Allah engkau hampir saja mencelakakanku, dan sekiranya bukan kerana nikmat Tuhanku pastilah aku termasuk orang-orang yang diseret (ke neraka)."

 

 

Jadi, sebagai sahabat, janganlah kita pula menjadi punca kepada sahabat kita yang lain utk terjerumus ke dalam maksiat. Kita pun nanti ada saham tau kalau kita biarkan kawan kite terus-menerus melakukan dosa. Tapi kalau kita da berusaha utk menegur lain ceritanya. At least kita da tegur, selebihnya tanggunggjawab si kawan yang ditegur ni untuk ambil panduan atau tidak.

 Pastu yang nak citer betapa bestnya Islam ni, dalam bersahabat pun kita dapat pahala free camtu jek. Tak caye? Cuba baca panduan kat bawah ni:

Panduan untuk mengukuhkan ukhuwwah:

  1. Menyatakan rasa kasih:
    Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Apabila seseorang mencintai saudaranya, maka hendaknya ia memberitahu kepadanya." (Riwayat Abu Daud & Tirmizi).

  2. Saling mendoakan: Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya: "Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan akan diterima oleh Allah S.W.T." (Riwayat Muslim)
  3. Menampakkan wajah yang ceria : Diriwayatkan daripada Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya: "Janganlah engkau meremehkan apa-apa sahaja kebaikan (yang datang daripada saudaramu, berikan dia senyuman kegembiraan." (Riwayat Muslim)
  4. Bersalaman apabila bertemu : Rasulullah S.A.W menganjurkan umatnya berjabat tangan apabila bertemu dengan saudara mereka. Hal ini sesuai dengan hadis yang bermaksud ;"Tidak ada dua orang Mukmin yang berjumpa kemudian berjabat tangan melainkan kedua-dua akan diampunkan dosa-dosa mereka sebelum berpisah." (Riwayat Abu Daud).
  5. Menziarahi: Rasulullah S.A.W bersabda, Allahh S.W.T berfirman yang bermaksud: "Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku, orang yang saling memebri kerana Aku, orang yang saling berhubungan kerana Aku, mereka semua berhak mendapat kasih sayang-Ku". (Riwayat Ahmad).
  6.  Sebarkan salam : Rasulullah S.A.W bersabda ertinya: "Hak seorang Muslim terhadap Muslim lainnya ada enam; jika kamu bertemu dengannya, ucapkan salam kepadanya..." (Riwayat al-Bukhari,Muslim & Ahmad).
  7. Memberi hadiah: Imam Dailami meriwayatkan daripada Anas, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: "Kerapkan saling memberi hadiah itu dapat meneguhkan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati." (Riwayat al-Tabrani)
  8. Cakna keperluan saudara: Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, ertinya: "Sesiapa yang meringankan beban penderitaan seorang Mukmin di dunia, pasti Allah akan meringankan penderitaannya di akhirat kelak. Sesiapa yang memudahkan orang dalam keadaan susah ,pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup aib seorang Muslim pasti Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Dan Allah akan selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudaranya." (Riwayat Muslim).
Dipetik dari Mjalah Gen-Q (isu 8, vol2)


Point no 4 tu applicable untuk sesama gender saje ye, janganla pulak main redah je salam semua =_='
Point no 7 tu pun, xsemestinya masa birthday je kan? ;D yang ni memang ada orang yang sangat hebat! Tiap kali jumpa mesti dapat hadiah. Untunglaaa.eh? Hahah




Cool kan? Jadi rakan2 ku semua, ayuh hargai sahabatmu yang ada disisi dan sahabat yang baik akan sentiasa mendekatkan diri kita dengan Sang Pencipta. Maaf jika ada terkasar bahasa. :D

-End-


Comments

Popular Posts