BlogBuster 81: The Chosen One.
"Teacher, Rasulullah bunuh orang eh?"
Terkedu saya seketika dengan soalan yang dilontarkan oleh seorang murid Tahun 6 ekoran video penghinaan yang mendapat liputan luas media massa.
Lantas saya menjawab,
"Rasulullah menentang orang-orang kafir demi mempertahankan Islam, Rasulullah tidak membunuh orang tanpa sebab dan orang kafir akan sentiasa memberi gambaran buruk tentang rasul junjungan kita."
Sependek itu sahaja penjelasan yang dapat saya berikan kepada murid tersebut. (atas izinNya juga).Difikirkan kembali, mahu sahaja saya memanjangkan lagi penjelasan tersebut tetapi loceng sudah berbunyi menandakan waktu sekolah sudah tamat.
Fikiran saya pada ketika itu, terkejut dan pilu.MasyaAllah..umat Islam dalam bahaya, jika kanak-kanak sebaya itu sudah boleh mempersoalkan soalan sedemikian rupa, apatah lagi anak-anak muda yang lain? Anak-anak muda yang masih goyah kefahaman aqidah dan sirah tentang Junjungan Mulia, Nabi Muhammad S.A.W.
Hati saya sayu, pilu, sedih, hiba. Begitu tebal kebencian musuh-musuh Islam terhadap Baginda S.A.W.
Kalau diperhatikan, mana pernah orang Islam menghina agama-agama lain dengan lukisan mahupun video murahan seperti mereka? Kebencian yang tiada penghujungnya.
Provokasi yang menjengkelkan.
Objektif mereka tercapai untuk melihat umat Islam merusuh ganas seperti "Terrorist" dan anak-anak muda mula sangsi dengan apa yang mereka percayai selama ini. Jujurnya, saya belum pernah menonton video itu dan saya enggan menontonnya. Dari penceritaan rakan-rakan saya yang sudah menonton video itu, jelas sekali mereka menghina tanpa menghiraukan perasaan umat Islam atas lesen hak kebebasan bersuara.
Seandainya mereka tahu bahawa tiada manusia lain yang dapat memberi syafaat selain Baginda di akhirat kelak, nescaya mereka tidak akan bertindak sedemikian rupa. Moga Allah memberi petunjuk & hidayah kepada mereka.
Sebagai umat Islam, apa yang harus kita lakukan apabila orang yang kita kasihi dihina sebegitu rupa?
Apa buktinya yang kita sayang dan kasihkan Baginda:?
Sekadar memerhati &; berpeluk tubuh? Sekecil-kecil usaha yang dapat kita lakukan ialah dengan memberikan gambaran yang benar kepada anak-anak kecil yang ada disekeliling kita.
Kalau dalam konteks saya, kepada anak didik saya. Saya bertekad mahu membuat slot khas dimana saya akan berkongsi dengan mereka tentang sirah yang Rasulullah SAW untuk menguatkan kefahaman mereka dan lantas menepis anasir-anasir luar yang sentiasa menunggu peluang untuk meracuni minda anak-anak muda.
Daripada anda membaca kan "Fairytales" kepada mereka, tukarlah kepada "Seerah Stories from the holy Quran" kepada si manja anda. Ia bukan kisah dogeng tetapi kisah yang benar-benar terjadi.
Pada pendapat saya , Malaysia sebagai negara Islam yang diiktiraf harus mengambil langkah proaktif dengan menyediakan medium/ liputan yang meluas tentang Sirah Rasulullah yang sebenar2nya melalui media massa. Masyarakat kita sangat dahagakan ilmu pengetahuan tentang Islam. Syabas saya ucapkan kepada TV AL-Hijrah yang menyiarkan rancangan "Law Kana Bainana"
THE CHOSEN ONE :')
Kenalilah Baginda, tak kenal maka tak cinta. :')
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi orang-orang kafir. Dan ampunilah kami, ya Tuhan kami. Sesunggunhnya Engkau Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana." (Surah Al-Mumtahanah:ayat 5)
huhu . uyin pun tak tengok. huhu. semoga cikgu al mampu memupuk semula kepercayaan pada murid2 =)
ReplyDeleteu can do it !