BlogBuster 80: Oh-My-Practicum #2
Teacher Aliah. |
Salam everyone! Tudiaaaaaa,lama kan Cikgu AL tak hapdet? Nak je hapdet tapi disebabkan kekangan masa yang super duper dahsyat, saya hanya mampu simpan dalam kepala je segala perkara2 menarik yang nak dikongsikan bersama pembaca.(BAJET RETIS). Nampak tak gambar gelang kat atas nun? Gelang tu student yang bagi, Danial namanya. Masa mula2 dapat tu terkejut jugak sebab dia datang bagi kat bilik guru. Ingatkan dia nak mintak couple ke hutang ke (NI NAMANYA CIKGU SENGAL), rupanya saja2 nak bagi hadiah. Terima kasih ye Danial, anda telah berjaya membuatkan cikgu anda terharu walaupun cikgu tak tahu awak paham ke idok bila cikgu membebel kat depan kelas tu. =_='
Banyak perkara yang saya dapat sepanjang 8 minggu berpraktikum. Telatah budak2 la yang paling tak tahan sekali. Dialog dorang tu kadang2 boleh angau dibuatnya #Eh.
Praktikum ni bukan sekadar mengajar kelas sendiri, tapi kadang2 perlu juga ganti kelas2 yang cikgunya tak dapat hadir.
Alkisahnya satu hari tu kena ganti kelas Darjah 2 Jaya ni haaa, *budak2 Darjah 1-3 ni lah yang paling mencabar sekali nak kawal kelas depa*
Hasil kreativiti 3 sahabat dibawah |
Ammar, Anas & Fahimi. |
Depa: "Cikgu, kami nak wat orang snow ada bentuk 'love' kat cikgu.
Cikgu AL: "Haaa, buatlah, cikgu nak tengok." *nada menduga*
****Tup2, ada depan meja****
Situasi 2
Cikgu AL: "Ok, semua bangun."
Students: "Assalamualaikum Cikgu".
Budak random: "Cikgu,dia kata muka cikgu macam orang putih".
Cikgu AL: "Okay kamu duduk". *Straightface*
*Tetiba ada 3 budak perempuan berkumpul tepi meja guru*
Cikgu AL: " Ye, ada apa2 yang kamu nak tanya?"
3 girls: " Cikgu nak AUTOGRAF" *sambil pegang kertas & pen*
Cikgu AL: *FACEPALM!* Kenapa awak nak autograf saya?
3 girls: "Nak simpan, kalau boleh nak no telefon sekali & Facebook".
* Berfikir sejenak......Hmm,layankan aje lah budak2 ni.*
Cikgu AL:" Eh, tak payahla no telefon & fb tu.Cikgu sign je ye, okay apa nama kamu?" *sambil wat gaya retis kat fan meeting*
ITU ADALAH MOMENT YANG PALING LUCU SEPANJANG PRAKTIKUM. Adehla budak2.
5 Jaya selepas sehari cuti untuk UPSR.
Girl : "Teacher teacher, look at my hand".
Me: "Let me see".
Girl: "Ta-daaaa!" *showing her left hand*
Me:" Subhanallah, H__sa! Are you serious?! Mak awak tak marah ke ni?"
Girl: "Hehehehehe"
*seriously terkejut sangat2, abihla kalau mak budak ni datang sekolah cari cikgu aliah* =_='
Makcik, sesungguhnya saya tak bersalah o_O'
Inai paling scary |
Antaranya "Why did you leave us like that?" "Teacher, you dont like us?" etc etc... sampai ke sudah xsempat nak jawab.
Memandangkan saya cikgu ENGGERISH, saya melatih mereka dgn cuba bertutur dalam bahasa Inggeris didalam kelas, kalau depa betul2 memerlukan bantuan BM, saya akan suruh mereka "Pls turn on the Malay button" *konon2 remote ASTRO* Suara ala2 dubbing. haha mesti korang menyampahkan? Saya pun menyampah jugak. 8D
Tapi depa ni memang suka menyakat, bila saya cakap BM je dorg akan gelak sbb pelik katanya. Pelik pun sbb saya ckp KL dorg ckp Penang =_='. Ada ke patut dorg gelak bila saya cakap maksud "INTERNATIONAL- AntarEbangsE" Sebutan E dibelakang. HAhAha *satu kelas bantai gelak*
Org utara kan sebutannya baku, mana ade E.E kat hujung cam orang Kay ELL. Everytime terserempak je dorg akan nyakat dgn sebut kuat2, "AntarEbangsE" siap dgn muka2 sekali. Takpelah, nasib baik Teacher ni penyayang #Eh?
That's all for now, till next time. Salam & Tata! :)
Mai pekena nasi kandaq! |
-END-
Comments
Post a Comment