Salam Syaaban everyone! Alhamdulillah kita masih lagi berpeluang
bertemu dengan bulan Syaaban, semoga kita juga sempat bertemu dengan
Ramadhan Al-Mubarak :) So, mari 'warm up' untuk Ramadhan, jom banyakkan
ibadah2 sunat seperti berpuasa, bersedekah dan etc. :)
Maher Zain World Tour
Okay pada mereka yang sedia maklum, khamis lepas (21 Jun) saya ada post di FB tentang
ke-tidakpuashati-an terhadap media Malaysia yang seolah-olah tidak
sensitif langsung dengan apa yang mereka sebarkan. Dari 3 artikel yang
saya baca tentang Konsert Maher Zain, hanya 1 artikel je yang "tak
kutuk" sangat Maher Zain iaitu artikel Kosmo.-->sila klik LINK
untuk baca. Memang niat di hati nak update terus lepas tengok konsert
tu, tapi disebabkan keadaan badan yang kurang sihat dan sibuk buka sem
baru, dibiarkan dahulu niat untuk berkongsi pengalaman konsert tu.
Hinggalah semalam, adik kesayangan mesej,
"U shud read what they wrote bout maher's concert on mega hits.Check out Mzm fb. (Maher Zain Malaysia Fan Club)."
Lepas baca mesej tu, terus cari paper Utusan sebab nak tau apa yang mereka da tulis. Izinkan saya mengambil beberapa point yang saya kurang setuju dalam artikel ni.
Tidak ada bezanya menonton persembahan Maher dahulu dan sekarang. Apa yang membezakan persembahannya di Stadium Merdeka dengan di Stadium Malawati hanyalah himpunan lagu yang lebih banyak berbanding dulu.
Menonton persembahan Maher yang menyajikan 23 buah lagu tanpa henti itu,umpama memasang cakera padat (CD) sambil melakukan kerja-kerja rumah. Bezanya, apabila berada di stadium, penonton sanggup membayar harga tiket bernilai RM298,RM238,RM 138 & RM78perlu mendengar dan tidak boleh berganjak dari tempat duduk masing-masing.
Maher Zain tidak mempunyai masalah vokal, cuma yang membuatkan persembahannya tampak sedikit cacat apabila dia kerap sangat menghulur mikrofon ke arah penonton apabila tiba bahagian korus. Mungkin niatnya ingin mengajak penonton menyanyi bersama tetapi dari segi lain dapat dilihat bahawa dia ingin mencari 'nafas' kerana penat.
Bagi peminat setia Maher, mereka mungkin tidak nampak kekurangan pada persembahan penyanyi tersebut, namun secara dasarnya dia hanyalah seorang penyanyi biasa. Tiada apa yang boleh dibanggakan kerana persembahannya yang diiringi oleh pemuzik dari pelbagai negara itu tu tidak ada kemuncak.
Biarpun namanya dikenali di banyak negara namun dia hanya layak dilabel sebagai seorang penyampai vokal atau penyanyi sahaja.Dia bukanlah seorang penyanyi serba boleh kerana ketika di pentas, Maher dilihat tidak mampu berkomunikasi baik dengan penonton.
Melihat pada corak persembahan sebegitu, tidak dinafikan bukan semua penyanyi boleh menjadi penghibur, sebaliknya penyanyi begitu beruntung kerana lagu-lagu mereka popular.
Hmm, ni bukan beberapa point, sebenarnya anda semua dah baca 2/3 dari artikel sebenar. See? Dimana unsur pujian disitu? Boleh dikatakan point diatas tu semua kritikan berlapik.Berlapik ke?
Maher Zain
Sejurus membaca artikel itu, persoalan yang muncul di fikiran saya ialah sebenarnya wartawan ni rela atau tidak untuk memberi liputan di konsert Maher Zain? Bunyi cam berdendam jek, pelik pulak membacanya. Seorang sahabat saya yang tidak hadir di konsert ini pun boleh nampak gambaran yang kurang profesional dari wartawan ini sedangkan tugasnya adalah menyampaikan maklumat yang BENAR.
Kepada wartawan tersebut, maaf saya tidak dapat bersetuju dengan hasil tulisan anda di akhbar diatas beberapa sebab:
Walaupun saya tiada di konsert pertama Maher Zain, saya yakin yang beliau telah memberikan persembahan yangsehabis baik untuk konsert kali ini, dan tidak berbanggakah anda beliau memilih Malaysia sebagai destinasi pertamanya untuk "World Tour"?.
Apa maksud anda disini? Lagu Maher Zain dimainkan sewaktu membuat kerja2 rumah sahaja ke?Bukankah lagu beliau sudah menembusi carta2 radio di Malaysia? Semestinya lagu yang dinyanyikan adalah dari album beliau sendiri.Lagu Michael Jackson (Man In The Mirror) yang didendangkannya juga membawa tema "CHANGE".
Untuk makluman anda, lagu beliau banyak berunsurkan selawat. Jadi dari pemahaman saya, beliau menghulurkan mikrofon itu tidak lain dan tidak bukan untuk mengajak penonton berselawat bersama. Itulah cara beliau berdakwah melalui bait2 lirik dan melodi indah lagunya,.Bukankah itu amalan yang mulia berbanding menyanyi korus lagu yang tidak memberi apa2 pahala kepada penonton? Anda sendiri sudah memuji mutu vokalnya tapi dipertikaikan pula tentang "tak cukup nafas"? IRONI.
Saya rumuskan point ke-4,5 &6 di ruangan ini. Dari kata2 itu, secara tidak langsung memberi gambaran yang peminat Maher Zain ini seolah2 mengagung-agung kan beliau hingga tidak nampak langsung secebis kelemahannya. Jujurnya, Maher Zain insan biasa. Tidak ada manusia yang sempurna. Cuma ingin saya tekankan disini, setiap kali beliau dan rakan2nya ingin memulakan persembahan, lafaz 'Bismillahirrahmaninrahim" tidak lekang dibibir mereka. Hati mana yang tidak tersentuh mendengar lafaz kalimah suci itu disebut lantas mencerminkan yang hiburan disajikan adalah halal, menepati syariah. Tidak perlu sorakan yang keterlaluan atau tarian yang tidak semena-mena.
Artikel akhbar anda pasti akan dibaca oleh Maher Zain untuk mengetahui "Feedback" konsert beliau disini. Tidak terlalu kejamkah anda dengan kenyataan2 tersebut? Bayangkan perasaan jika artis tempatan kita membuat persembahan di negara orang tapi lantang dikiritik di media massa disana?Pasti terluka bukan?
Saya rasa cukuplah sampai disini saya membidas kenyataan wartawan tersebut. Mungkin dia masih kurang faham muzik islami dengan erti kata yang sebenar.Hiburan yang digariskan Islam adalah hiburan yang mendidik jiwa dan memandu hati mengingati Allah.Bagi saya, konsert beliau dihadiri oleh pelbagai peringkat umur, dari anak2 kecil hinggalah warga emas.Konsert apa yang boleh membuatkan pakcik ini hadir? Justin Bieber? Hmm~ Sepanjang konsert, saya dapat melihat pakcik ini terhibur dengan senyuman yang tidak pernah hilang di wajahnya :)
Pakcik berkopiah yang mencuri perhatian saya.
Konsert ini juga berjaya menemukan saya dengan sahabat lama sewaktu menuntut di Sydney, iaitu cik Aisyah. "Twitter" menjadi medium kami berjanji temu. Turun2 je dari kereta, terdengar suara memanggil. "AL!". Alhamdulillah dapat bertemu disini, apa lagi memang terus snap gambar lah jawapnya.
Lighting merah pasar malam hokhok
Oh teman-teman saya sepanjang di konsert, cik Adilah dan cik Ilani :)
thanks sudi layan kerenah cikgu yang xbrape nak cikgu. hokhok
Antara penonton yang hadir. *ya, saudara baju hijau itu tahu kamera dimana*
kopiah at konsert! cool huh?
Irfan Makki the Mabruk Guy :|D
Tahukah anda dia menyanyikan lagu "Mabruk" dalam Bahasa Malaysia? Lagu ini juga digunakan untuk wedding abang saya :)
Raef the Jumaah Guy mendendangkan lagu untuk bakal isterinya.
Rugi sgt tak rekod time tu =_='
"We calling for freedom" Mesej kedamaian dari Maher Zain.
"All praises to Allah, All praises to Allah" sambil diringi melodi piano.
Tepat jam 11.30 malam, konsert pun tamat. Boleh dikatakan saya amat berpuas hati dengan kualiti persembahan yag ditonjolkan Maher Zain & friends berbanding konsertnya di Sydney pada 2010. Waktu tu beliau masih baru jadi banyak lagi yang perlu diperbaiki dari segi kawalan vokal.
penonton beransur pulang selepas tamat konsert.
TRIVIA RINGKAS.
Saya mula mengenali Maher Zain pada tahun 2009 melalui lagunya "Open Your Eyes".
Lagu-lagunya mula mendapat tempat di hati pada tahun 2010 sepanjang saya berada di perantauan, lirik2 lagunya menjadi penguat semangat untuk terus berubah ke arah yang lebih baik.
Maher Zain pernah hampir menceburi bidang hiburan hollywood sebelum Allah mengetuk pintu hatinya untuk berubah.
InsyaAllah dengan kehadiran beliau, irama nasyid tidak lagi asing di hati masyarakat.
Pesanan saya,hayatilah lirik lagu2 beliau kerana saya percaya lirik2nya mempunyai maksud yang mendalam.
Sebagai penutup,saya sajikan anda dengan persembahan piano dari Maher Zain. Dengar saja dari melodinya, saya pasti lagu menginsafkan bakal menemui kita tak lama lagi ;')
mummy lisa! thanks for dropping by :) hmm, itu yang tak puas hati tu, klu artis luar negara yg lain bukan main lagi promo dan puji melambung.boleh jadi la dia sentap sbb encem >.< btw, enjoy ur stay at Melbourne ^~^
apa apa hal pun saya tetap menyokong maher zain dan untuk pengetahuan orang di luar sana yang suka mengutuk maher zain tu.........ni nak bagitau sikit...maher zain ni bukan penyanyi rock kapak ke...apa ke..dia is MAHER ZAIN WITH ISLAMIC KIND OF MAN...ok??
kalau you all nak high expectations from MAHER ZAIN...you all pegilah beli tiket sendiri .....pegi beli tiket LINKIN PARK ke....KONSERT SEARCH ke...dont do comparison on MAHER ZAIN dengan artis yang lain....MAHER ZAIN is really educated person seorang yang sangat terpelajar..........bukan macam orang biasa...kalau you all nak kutuk.........cerminlah diri tu sikit.....look yourself in the mirror...whether you are as good as Him or better than him....?? So janganlah nak berlagak sangat....You all patut berbangga kerana MAHER ZAIN choosed Malaysia as his favourite country...ok?? FAHAMM??
bukan nak mengagungkan artis luar negara...bagi saya lah kan...MAHER ZAIN ni dia educated singer....tak macam orang lain..bukan sebab dia hensem ke aper....tapi sebab dia terpelajar...kalau ada artis terpelajar kat malaysia saya pun sokong juga...tapi kalau artis malaysia yang jenis macam kutu brahak...tak berpelajaran ...tak reti nak menghormati orang lain...saya pun tak nak sokong....there is no agung agungkan orang luar ke apa...saya sokong sama rata..takder bias bias kat sini..........!!! OK??
Entry ni best! Meh nak ckp. Reporter msia ni (dept hiburan bt not all) kalau concert 'decent' kerohanian ni mmg write up xleh blah! Cube suruh derang cover concert lady gaga. Hah! Tiap ayat melambung puji. Typical. Sbnrnya menyampah sbb bias write up mcm ni dah byk kali jd. Reporter ni sah2 sentap sbb MZ handsome! Ops!
ReplyDeletemummy lisa! thanks for dropping by :) hmm, itu yang tak puas hati tu, klu artis luar negara yg lain bukan main lagi promo dan puji melambung.boleh jadi la dia sentap sbb encem >.< btw, enjoy ur stay at Melbourne ^~^
ReplyDeleteapa apa hal pun saya tetap menyokong maher zain dan untuk pengetahuan orang di luar sana yang suka mengutuk maher zain tu.........ni nak bagitau sikit...maher zain ni bukan penyanyi rock kapak ke...apa ke..dia is MAHER ZAIN WITH ISLAMIC KIND OF MAN...ok??
ReplyDeletekalau you all nak high expectations from MAHER ZAIN...you all pegilah beli tiket sendiri .....pegi beli tiket LINKIN PARK ke....KONSERT SEARCH ke...dont do comparison on MAHER ZAIN dengan artis yang lain....MAHER ZAIN is really educated person seorang yang sangat terpelajar..........bukan macam orang biasa...kalau you all nak kutuk.........cerminlah diri tu sikit.....look yourself in the mirror...whether you are as good as Him or better than him....?? So janganlah nak berlagak sangat....You all patut berbangga kerana MAHER ZAIN choosed Malaysia as his favourite country...ok?? FAHAMM??
ReplyDeletebukan nak mengagungkan artis luar negara...bagi saya lah kan...MAHER ZAIN ni dia educated singer....tak macam orang lain..bukan sebab dia hensem ke aper....tapi sebab dia terpelajar...kalau ada artis terpelajar kat malaysia saya pun sokong juga...tapi kalau artis malaysia yang jenis macam kutu brahak...tak berpelajaran ...tak reti nak menghormati orang lain...saya pun tak nak sokong....there is no agung agungkan orang luar ke apa...saya sokong sama rata..takder bias bias kat sini..........!!! OK??
ReplyDeleteSalam Mummy Lisa / Cikgu Al,
ReplyDeleteBoleh tak link atau emelkan saya apa yang wartawan laser tu cakap? Saya try bukak laman web mengutuk maher zain tu tapi tak der pun? Boleh?
Salam Ukhuwah...
HABIB