BlogBuster 63: Road Show Palestine 2011!

Palestin.

Sebuah negara Islam dan tanah suci yang menempatkan Masjid Al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam.

Tetapi, keamanan Palestin kini diganggu gugat oleh campur tangan Zionis yang rakus akan tanah suci milik umat Islam itu.




32519_399401568532_728123532_4319997_1706336_n

Mungkin kesibukan dalam menjalani rutin harian membuatkan kita kadangkala terlupa akan nasib saudara kita di Palestin. Bagaimanakah keadaan mereka?

Disaat kita menjamu hidangan yang lazat, juadah apa lah agaknya yang mereka nikmati, atau yang paling menyedihkan sekali,,makan kah mereka?



TAHUKAH ANDA FAKTA YANG LEBIH MENGEJUTKAN?

32519_399401613532_728123532_4320004_3790439_n

PALESTINE IS NOW GONE IN THE WORLD MAP!Link

MasyaAllah, saya sendiri terkejut dengan berita ini,anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut dengan meng'klik' tajuk diatas. Atas dasar ingin tahu yang menebal, saya sendiri menerjah Google Map untuk mengetahui kesahihannya dan ya, nama Israel terpampang megah di Masjid Al-Aqsa.







32519_399401588532_728123532_4320000_8004608_n

Wanita yang tidak berdosa ini dijadikan sasaran,

Atas dasar "undang2" apakah yang melayakkan pihak Zionis bebas menghukum & menindas rakyat Palestin?




32519_399401603532_728123532_4320002_6927966_n


Hati siapa yang tidak sedih melihat wajah suci ini ditindas untuk pergi ke sekolah,

dimana hak mereka untuk mendapat perlindungan & pendidikan sebagaimana manusia lain di atas muka bumi ini?

2011126183659337521_20

Lihat sahaja rumah ini, layakkah ia dipanggil 'rumah'?

Entah dimanalah agaknya mereka berteduh di waktu siang,malam,panas,sejuk,ribut petir

sewaktu kita sedang hanyut dibuai arus kesibukan duniawi.



Benarlah iman manusia itu senang untuk turun dan senang pula untuk naik,

jadi bagaiman nak 'charge' iman kita?

tumblr_lqw667KA2K1qiyoe1o1_500


Bak kata IslamSpeaks @ twitter,

cats

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:

"Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga ia menyintai saudaranya seperti mana ia menyintai dirinya sendiri"

(Riwayat Bukhari & Muslim)



Sehubungan dengan itu,
terciptalah program Road Show Palestine 2011 anjuran ISMA & Aman Palestin.

SOS serius 7

Roadshow Palestin merupakan program tahunan anjuran ISMA Australia cawangan NSW, dengan kerjasama Aman Palestin Berhad, Malaysia.

ISMA menyedari kepentingan untuk mengetengahkan isu-isu Palestin di kalangan masyarakat, maka ISMA Australia mengambil inisiatif untuk menganjurkan Roadhshow Palestin setiap tahun, bermula tahun 2009.


Objektif program ini adalah:

- menanam kesedaran dan kepekaan kepada para peserta tentang isu-isu di Palestin.

- meningkatkan kesedaran tentang cara-cara hendak membantu rakyat Palestin.

- mengumpul wang bantuan untuk diberi kepada saudara-saudara kita di Palestin.



Program yang berjalan selama sehari ini melibatkan:

- ceramah dari wakil Aman Palestin, Dr Zainurrasyid & Ustaz Nadzri Musman

- pameran

- persembahan multimedia

- persembahan nasyid

- kutipan wang sumbangan (jualan barangan, lelongan dan sumbangan individu)



sos1

Jadi, apa tunggu lagi?

Inilah masanya kita menyelusuri perjalanan saudara-saudara seagama kita di Palestin
dengan menghadiri Road Show Palestin yang bermatlamat untuk menjadikan kita individu muslim yang "Celik Palestin" dan juga mengumpul sebanyak mungkin sumbangan agar dapat disalurkan kepada saudara-saudara kita di Palestin,

Jika anda masih belum berpeluang ke Redfern, inilah masanya!

Sila hubungi contact person di atas jika anda mempunyai sebarang pertanyaan :)





Seperti mana kata Brother Aiman Azlan & Islam Speaks di laman twitternya,

rt2

BERINFAQLAH JIKA ANDA MAHU 'DUIT YANG LAKU' DI AKHIRAT :)


Ya, secara mata kasarnya kita akan lihat Palestin sedang porak peranda,
tetapi jika kita bersatu untuk mengkaji bagaimana kita boleh selamatkan bumi ini,
InsyaAllah janji Allah itu pasti!



APA YANG MENARIK DI RSP?

Selain dari 'sharing session' oleh seorang saudara Palestin pada hari tersebut,

sesi 'Live Bidding' juga akan diadakan,

pelbagai barang-barang menarik menanti anda.


313465_269330853096117_100000576122566_993992_4062457_n


'Online Bidding' juga sedang berlangsung kini dan akan berakhir pada hari RSP itu sendiri iaitu
pada 24 Sept 11.


Anda boleh mengikuti 'Online Bidding' ini di album FB yang saya sertakan di bawah:


PHOTOS FOR ONLINE BIDDING ROADSHOW PALESTINE SYDNEY 2011


Jika anda tidak dapat menembusi album ini,

anda boleh juga melayari profile FB saya di ruangan tagged photos.




Disini saya sertakan beberapa video menarik untuk ditonton,
cernalah mesej tersurat dan tersirat yang cuba disampaikan dalam video-video ini :)



PALESTINE VIDEOS



TAK KENAL, MAKA TAK CINTA






TEARS OF GAZA
(Filem yang bakal menyentuh hati anda)




PROMO VIDEO MADE BY ZAWA :)




APA TUNGGU LAGI? JOM SERTAI KAMI !

Pendaftaran boleh dibuat secara online (dan ia adalah percuma)

dan jangan lupa untuk respon pada RSVP di FB. :)


PENDAFTARAN ONLINE (sila klik untuk mendaftar)


DAN


RSVP ROADSHOW PALESTINE @ FB.


"Ingatlah sahabat2ku, tanah itu tanah kita. Tanah yang diwakafkan Umar Al Khattab untuk Islam berabad lamanya.
Hari ini, mereka bergalang nyawa merebut kembali tanah barakah ini.
membasahi bumi dengan darah, berjuang bagi pihak kita
Kita sebenarnya berhutang dengan mereka.
Apakah harga yang anda letakkan untuk membayar hutang mereka?"

"Kita niatkan semuanya kerana Alla
h..untuk ibu, ayah, abang, kakak dan adik2 kita di Palestine"


Isu Palestin ini adalah isu kemanusiaan dan isu sejagat.
Saya dengan rendah hati menjemput semua umat Islam dari segala jemaah yang berada di Sydney untuk turut serta menjayakan program RSP ini.


Semoga Allah memilih kalian agar tergolong di kalangan mereka yang berjuang untuk mengembalikan kemulian al-Aqsa dan membebaskan Palestin seumpama generasi Solahuddin al-Ayyubi. Ayuh tunjukkan keprihatinan kita :)



JUMPA ANDA DISANA,inshaALLAH :)

-

Comments

Popular Posts