Blogbuster 54: Q & A about Usrah.

dakwah-usrah


Salam Alayk.

Hari ni adalah hari gotong-royong perdana Zara Airyss sbb esok ade abg agent nama William Marcus nk dtg check umah.

Jadi,sambil dok kemas2 tu ditakdirkan Allah saya terjumpa artikel nukilan senior saya yang da pulang ke Malaysia iaitu


Artikel ini berkisarkan tentang persoalan yang sering kali timbul apabila seseorang mahu join Usrah. Jom kita usha apa yg beliau kongsi kt artikel ni.:D


usrah12


Q1.Apa itu USRAH?


A1.Usrah itu bermaksud keluarga dan aktiviti usrah yg sering dijalankan ialah duduk didalam bulatan dan bertukar2 ilmu dan nasihat.



halaqah_by_muslim_women


Q2.Usrah macam tak best je?

A2.Oh,itu bergantung pada individu sebenarnya. Rasa tak best tu mungkin kerana pengalaman-pengalaman buruk join usrah ketika di sekolah dulu ataupun kerana masih belum mendapat matlamat usrah yang sebenar. Tapi tak bolehla nak pukul rata setiap usrah tu sama kan? Kita sendiri pun bukannya suka kalau kita dibandingkan dengan orang lain.

Lagipun bukan usrah je kita ada,kita ada daurah(gabungan beberapa usrah), jaulah (jalan-jalan), daki gunung ke,bushwalking ke dan banyak lagi program lain.Kiranya macam2 ada lah.:)




alasan tak usrah


Q3.Tapi kalau masuk usrah nanti akan rasa terkongkong,kena buat ini lah buat itu lah,tinggalkan ni,tinggalkan tu,camne?

A3. Pertama,naqib/naqibah tidak akan pernah memaksa kita untuk meninggalkan ini ke itu ke macam tu je. Kata Islam berkait rapat dengan penyerahan diri kepada Allah secara sukarela,bukan secara paksa. Walau bagaimanapun,naqib/naqibah memang bertanggungjawab untuk mengingatkan ahli2 dlm usrahanya dgn ingatan2 daripada al-Quran dan Sunnah. Dan ahli2 usrah pula perlu perlahan2 bersedia menerima bimbingan tersebut.

Kedua,dalam Islam ni,kalau nak kata kongkongan,memang akan ada hal2 yang nampak macam kongkongan atau sekatan pun. Ambil sahaja perintah menutup aurat,kena berlapar dahaga ketika Ramadhan dan tidak boleh makan makanan yg haram.Itu semua boleh dilihat sbg kongkongan ataupun sekatan kan? Tapi kita yg dah faham akan tanggungjawab ni tentunya jelas kenapa kita buat semua ni. Kita buat semua ni tentunya kerana Allah yg suruh buat,betul x?

Dan perlu juga kita faham bahawa setiap perubahan itu mestilah mengambil masa. Ini kita boleh lihat drpd Sirah Rasulullah S.A.W pun. Perintah tak boleh minum arak misalnya,bukannya turun sekaligus.Malah,ianya pun bukannya turun ketika fasa2 awal perkembangan Islam pun. Ha,kalau nak tahu lebih lanjut,kenalah join usrah..:)

InshAllah,naqib2 kita faham semuanya ni. Kalau x faham juga,itu biasalah.Mungkin dia sendiri pun masih belajar dan belum faham hakikat ni lagi kot.



Q4.Hmm,ok. Tapi usrah yang awak cakap ni proksi politik mana2 parti ke?


A4.Oh,tak. Kami bukannya proksi mana2 parti politik di Malaysia ye.Walau bagaimanapun, ini tak bermaksud kami menolaK politik ataupun kepimpinan sebagai sebahagian drpd Islam. Cuma,fokus kami buat masa ini, inshAllah juga sampai bila2,adalah TARBIAH. Tarbiah ni dalam bahasa mudahnya,pendidikan. Pada masa yg sama,kami juga tidak mahu menafikan pilihan mereka secara langsung memilhi politik segagai sarana kebangkitan umat buat masa ini.



Sticker & Badge Istiqamah Usrah-01

Q5.Mengapa Tarbiah?

A5.Kami fokus kpd tarbiah kerana kami percaya kemuliaan dan kebangkitan umat Islam ini cuma dicapai sekiranya masyarakat Islam dididik dgn kefahaman Islam yg baik.Hmm,mungkin ada orang yang cakap proseS ni memakan masa.Ya,tarbiah bukannya proses sehari dua dan ia mungkin memakan masa berpuluh-puluh tahun sekalipun.


Q6.Apa kelebihan usrah ni sebenarnya,berbanding ceramah2 agama yang lain?

A6.Kelebihan usrah ni banyak sebnarnya. Saya bagi contoh ye.Ceramah2 agama yg lain biasanya tiada follow-up yang berlanjutan sedangkan usrah biasanya diadakan seminggu sekali sahaja. Ambil sahaja ceramah Maulid Nabi sebagai contoh. Ceramah ni diadakan setahun sekali je. Tak dinafikan,mungkin ada orang2 yg hadir dalam ceramah tersebut yg terkesan dgn isi2 ceramah yg disampaikan.Namun,kesedaram mereka ini mungkin tak dapat nak di-maintain-kan dalam tempoh yang panjang.Mungkin paling lama pun 2-3 minggu.

Tambahan pula,orang yg dah datang pun ramai.Kesannya,pernceramah bukan sahaja tak dapat nak memeberikan bimbingan kepada setiap orang yg hadir,malah nak kenal semua yg hadir pun belum tentu.Ini jelas berbeza drpd usrah.Usrah ni biasanya ada dlm 3-10 orang ahli je. Jadi,setiap ahli dalam usrah tu boleh kenal satu sama lain dgn baik.Naqib/naqibah pula boleh memberikan bimbingan kepada ahli2 usrah secara lebih dekat dan efektif.

Walaubagaimanapun,ni tak bermaksud kalau dah join usrah nanti tak boleh dengar ceramah2 yg lain.Boleh je dengar tetapi juga terus ber-usrah at the same time.




hadisremaja



Q7.Saya nak tahu tentang naqib/naqibah.Dia ada kelayakan ke?

A7.Hmm,ini yang menarik sekali,Usrah bukannya one-way ilmu event. Ilmu kita boleh dapatkan dari pelbagai sumber termasuklah ceramah2 yang kita bincangkan tadi dan lain2.Usrah bermatlamat menyusun kita untuk bukan sahaja mahu kepada ilmu tetapi juga menyebarkannya kepada orang lain.Misalnya,minggu ni mungkin ada ceramah kat Malaysia Hall.Jadi,kita boleh pergi beramai2.Ilmu dan kesedaran yg mungkin kita dapatkan dalam ceramah tu pun boleh kita kongsikan dalam usrah bila tiba masanya.

Perkara2 yang dibincangkan dalam usrah pula,secara umumnya,bukannya hal yang berat2 pun.Tetapi perkara2 yang mudah je.Jadi naqib/naqibah inshAllah tidak akan punya sebarang masalah untuk memipin usrah tu.Kalau ada masalah pun,inshAllah kita punya ustaz-ustaz yg sentiasa bersedia untuk dihubungi untuk menjawab soalan2 kita.Selain itu,kita juga akan perlahan2 didedahkan kepada ilmu2 seperti ilmu bahasa Arab,tafsir dan fikah dari masa ke masa apabila kita sedia untuk istiqamaha dalam tarbiah.


33



Q8.Tapi saya tak ada banyak ilmu pun,tak baik pun...

A8.Hehe,syaitan ni memang bijak kan?Ada je rasa ragu-ragu yang dibisikkan kepada kita time kita nak buat benda2 baik macam ni.InshAllah,di mana ada kemahuan,di situ ada jalan.:)




Apa tunggu lagi?Jom join Usrah..:)
Best,dapat rasa kemanisan iman & ukhuwah.<3



usrah1



-end-

Comments

Post a Comment

Popular Posts