Blogbuster 70: Jika Aku Jatuh Cinta

Abang Maher Zain nak belajar masak >.<


Salam and morning readers! so how is it going? hehehe. Tajuk blogbuster kali ini agak jiwang ye kerana ia seiring dengan pertambahan usia *errr* ehem maksud saya seiring dengan keadaan semasa. Almaklumlah sekarang ni saya dah melangkah era terima kad kawen dari kawan2, bukannya ikut mak ayah g kenduri kawen yang saya pun xkenal pengantinnya, hahaha. *agak kejam statement ini*.



So, without further delay or 'merapu'ness, ingin saya kongsikan doa yang saya jumpa di belakang kad kawen salah seorang sedaghe saya yang obvioulsy nak kawen da.Hahaha.



Jadi pada rakan2 saya diluar sana yang masih 'jalan-jalan, cari jodoh', marilah kita amalkan doa yang cukup mantap isinya :)




Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan
cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku
untuk mencintai Mu.


Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
izinkanlah aku menyentuh
hati seseorang yang hatinya tertaut pada Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta
selain Mu.


Ya Rabbi, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya
agar aku tidak berpaling dari Mu,


Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid dijalan Mu.


Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai
aku merindukan syurga Mu.

Amin Ya Rabbal Alamin.





Masa saya baca tu rasa cam pergh! mantap sungguh doa ini, so orang kata sharing is caring, jadi saya nak share doa ni dengan member2 semua. Hehe...



Sebenarnya nak letak MV abang Maher Zain "For The Rest of My Life" tp disebabkan saya hanya menumpang wifi maktab, so youtube page telah di'block' dengan jayanya! hahahha *pura2 bahagia*



Itu sahaja bebelan saya untuk kali ini, SALAM dan selamat amalkan doa. Heee :)

Comments

  1. InsyaAllah.. kerahmatan dan ketenangan dalam berpasangan akan hadir buat mereka yang mendambarkan kasih sejati daripada pemilik hati yang hakiki... Allah Rabbul izzati..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts