BlogBuster 95 : Harapan di Petronas.

Pada pagi yang indah, aku dikejutkan dengan bunyi-bunyian yang indah....i am me..i am me..aummm

Sorry I just had to share abe punya menyampuk kat atas tu. Sibuk nak menulis jugak. Haha. OK first of all, All praises to Allah for His endless blessings. Lama sangat da tak menulis ni kesian blog terabai. Tinggi cita-cita nak update itu ini last-last non hado. Post pasal bersalin pun macam krik krik je forever dalam draft. Nasib baik malam ni Kausar nyenyak tido dapatla update. (Amende ni sape tanya).

Ok back to our main topic, Harapan di Petronas. Rabu lepas tanggal 19 Julai 2017,7.25 pagi terjadilah suatu kejadian yang tak akan dilupakan sampai bila- bila. I was on my way to the school. Macam biasa buka radio, berangan jap fefeling dengar lagu lepas tu plan hari ni nak buat apa sekali tengok minyak da menyala. It's time to refuel. Jarak rumah dengan sekolah dalam 15km so amik masa dalam 30 mins nak sampai sekolah. So that day I decided to refuel at Petronas Tunjong. Dekat dgn sekolah da tu. Punya lah relax semacam isi minyak swipe card fuhlamak wanita berkejaya sangat lepas tu masuk keta zrooom pecut.

Naik kereta tu tengok tangan kat stereng, rasa pelik. Aik mana gelang aku? Rasa macam pakai pagi tadi. Teraba-raba la cari kat seat kereta tapi tgh drive. Ok relax Aliah cool, parking keta dlu baru cari. Sampai sekolah Alhamdulilah puji dan syukur kepada Allah, alhamdulillah (Omar Hana) Penangan Kausar betul. bye tak kelakar. Ok sampai-sampai tu sekali GB nampak la apsal kalut sangat cikgu Aliah ni.

GB: Cari apa tu Aliah?
Me: cari gelang saya. saya tak jumpa.
GB: eh tengok molek, awak pakai ke pagi tadi?
Me: saya rasa saya pakai, ke tercicir masa saya isi minyak tadi eh?
GB: aaaah sudah, awak isi kat mana?
Me: Saya isi kat Tunjong tu je. Huhu takpe cikgu saya try cari dulu.


Call Abe, tanya kot-kot ada kat rumah tapi abe kata takde T____T Hati ni memang kuat rasa yang tercicir dkt Petronas ni sebab macam payah semacam nak angkat pam tu tadi. Gelang pulak tak kunci betul-betul. Tapi Ya Allah kalau tercicir tu memang menangis la sebab gelang kahwin kot, diulangi GELANG SAPE JE YANG TAK NAK AMIK OI. Ok memang tekad nak pegi sana balik, kalau ada alhamdulillah masih ada rezki, kalau takde memang REDHO. Huhu


Call GB, mintak izin nak keluar cari kt Petronas tu. Dia kata ok hati-hati. OMG I WAS LIKE I HAVE THE BEST GB IN THE WORLD! Xde nak isi borang bagai. Sbb mmg janji dgn dia pegi sekejap je. Selagi tak pegi check rasa xpuas hati.

On the way pegi tu dok teringat la citer tukang urut, Kak Anum yang dia tercicirkan handphone suami dia kat stesen minyak, pegi balik dah lesap. Handphone kot mmg org suka curi. But my case GELANG HAHAH. Tak membantu betul cerita2 sebegini masa tengah panik. So doa lah banyak2 masa tu. Dahlah cincin merisik da hilang dekat Jogjakarta(wanted to blog about this but again krik krik), pleasa ada rezeki untuk gelang pemberian ibu mertuaku waduuuhhhh...


Sesampai di Petronas, terus pegi tengok balik dekat tempat isi minyak tadi. Tengok kat lantai macam takde. Allah hilang dah ke gelang aku ni.... Angkat la kepala tengok kat bahagian pam and tong sampah... Guess what? My bracelet was on the dustbin. I repeat ON THE DUSTBIN LID!   ada hamba Allah yang baik hati letak kat situ instead of amik. Dia letak elok je kat tepi lid tu sebab dua-dua metallic so macam camouflage la kan. YA ALLAH SUJUD SYUKUR. KETAR BADAN MASA TU XBOLEH NAK DESCRIBE!


THE DUSTBIN


Masuk kereta terus call Abe nak bagitau da jumpa gelang tu tapi abe tak angkat sebab da masuk wad. Terus call GB plak nak bgtau dia. His response was "Alhamdulillah rezeki awak Aliah, esok belanja saya haha". Ok fine I still tak belanja GB lagi (bad employee) SO yeah masuk kelas haritu memang cerita benda yang sama je punya la nak kata bersyukur dengan insiden yang menimpa diri, Huhu. Memang keciciran dan Cikgu AL berpisah tiada.

Moral of the story : Tak payah pakai la kalau da tau gelang tu tak boleh lock and have faith in Allah in any situation.







Comments

Popular Posts