Blogbuster 90: Si Peragut Kebahagiaan

Situasi 1:
"Abang, sudah-sudahlah tu. Anak kita ada kat sini, kalau ye pun, abang pergi kat luar." kata si isteri penuh sabar.

"Hmmm, yelah. Awak ni saya nak h***p pun tak senang." bentak si suami pula.

Asap mula berkepul disegenap ruang halaman rumah bersama lagak hero malaya. Indahnya dunia, terasa hilang segala masalah dan kekusutan jiwa.


Situasi 2:

Menunggang motorsikal atau memandu kereta bersama rokok di tangan. Dihembusnya pulak di depan anaknya yang tidak memakai topi keledar( motor) dan tali pinggang (kereta). Wah! ini contoh terbaik sekali!

Situasi 3:

Merokok di kedai makan. Uish memang layanla, nak-nak lepas da habis makan. Selera betul rasa dapat minum sambil hembus-hembus lepas tu orang yang terdekat merana nak muntah.

*ketahuilah bahawa orang sekitar anda sedang menyumpah-nyumpah anda di dalam hati*

Situasi 4:

Pelajar 1 :"Teacher, kenapa orang dewasa tak boleh rokok depan anak-anak?" soal pelajar Tahun 1 penuh tanda tanya.

Guru : " Oh tak boleh sebab ianya membahayakan kesihatan anak-anak." balas guru dengan penuh rasa kecewa terhadap senario itu.

Pelajar 2: "Eh mana boleh merokok la, saya tengok ustaz tu kata dalam tv HARAM merokok." pintas seorang lagi pelajar yang berada di situ.

Menangis. T___T



ROKOK. 

Entah apa yang sedap, saya pun tak tahu. Yang pasti rokok ialah peragut kebahagiaan, bukan sahaja kebahagiaan keluarga, kebahagiaan diri sendiri pun diragut sedikit demi sedikit. Apatah lagi kebahagiaan beribadat.

Apa yang saya maksudkan dengan kebahagiaan? NIKMAT KESIHATAN.
Wahai perokok, sila tatap wajah anda di cermin,
Bibir mula hitam, gigi dan mata mula kekuningan, batuk makin kerap.
Anda rasa semakin sihat kah?
Itu baru bahagian luaran, bagaimana pula rupa dalaman organ anda yang bekerja keras saban hari membersihkan toksik yang dimasukkan secara 'sengaja' tanpa belas ihsan.

Wahai para suami, ketahuilah isteri anda sedang memendam duka atas tabiat merokok anda itu.
Dimana janjimu untuk berhenti selepas mendirikan rumahtangga?
Setelah diijab kabul, alasan "selepas mendapat anak,barulah saya  berhenti" pula dipakai guna.
Kini anak kian membesar dewasa, dilihat ayahnya merokok penuh gah, si anak ini mula menjinak-jinakkan diri mengikuti jejak langkah yang sama.
Kau marah pula bila anak merokok bukan? Dibilangnya baik kalian boleh merokok tetapi dengan syarat kalian merokok setelah bekerja agar "duit" yang dibelanjakan itu ialah duit kalian sendiri.
Dan kitaran ini akan berterusan hingga ke generasi seterusnya.









Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah.

Sesungguhnya saya sedih melihat majoriti jejaka Malaysia adalah perokok. Apa sudah jadi? Mengapa anda pilih untuk jadi perokok? Bukankah sudah jelas kesan buruknya lebih banyak berbanding kesan baik?



Wahai wanita, Jadilah wanita yang tegas berprinsip!
Jika si dia itu perokok, fikirkanlah nasib keluarga anda pada masa akan datang.
Jangan jadi si 'patuh' yang tabah menghidu asap rokok kekasih anda saban hari.
Mengapa anda perlu bertegas tentang hal itu? saya serahkan kepada mereka yang lebih alim untuk menghuraikan perkara ini.

Ingat, anda ada hak memilih. Usah menjadi "eh takpelah, nanti dia berhentilah tu." If he really loves you and loves his DEEN, he wont even choose to smoke.




Untuk pihak yang berkuasa dan mempunyai kuasa pula,
tolonglah hentikan penjualannya serta merta! Saya amat membantah amalan merokok!

Maaf jika tulisan saya kali ini ada mengguris hati-hati mana pihak. Tujuan ianya ditulis juga ialah atas dasar kasih sayang dan keprihatinan atas sesama Muslim. Sedih apabila saya dapati golongan suami/ bapa terbelenggu didalam tabiat yang membahayakan kesihatan ini.


Akhir kalam.

Hidup kita singkat. Abdikan ia dengan ketaatan kepada Allah SWT. Khuatir jika Syaitan yang menghasut kita mengingkari perintah dan suruhan Allah, mentertawakan kita di akhirat kelak.


Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar, dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.

(Surah Ibrahim, ayat 44)

 Semoga usaha kalian untuk berhenti merokok kerana ALLAH dipermudahkan, Amin Ya rabbal alamin.

Comments

Popular Posts