Sunday, September 23, 2012

BlogBuster 81: The Chosen One.

"Teacher, Rasulullah bunuh orang eh?"

Terkedu saya seketika dengan soalan yang dilontarkan oleh seorang murid Tahun 6 ekoran video penghinaan yang mendapat liputan luas media massa.

Lantas saya menjawab,

"Rasulullah  menentang orang-orang kafir demi mempertahankan Islam, Rasulullah tidak membunuh orang tanpa sebab dan orang kafir akan sentiasa memberi gambaran buruk tentang rasul junjungan kita."

Sependek itu sahaja penjelasan yang dapat saya berikan kepada murid tersebut. (atas izinNya juga).Difikirkan kembali, mahu sahaja saya memanjangkan lagi penjelasan tersebut tetapi loceng sudah berbunyi menandakan waktu sekolah sudah tamat.

Fikiran saya pada ketika itu, terkejut dan pilu.MasyaAllah..umat Islam dalam bahaya, jika kanak-kanak sebaya itu sudah boleh mempersoalkan soalan sedemikian rupa, apatah lagi anak-anak muda yang lain? Anak-anak muda yang masih goyah kefahaman aqidah dan sirah tentang Junjungan Mulia, Nabi Muhammad S.A.W.


Hati saya sayu, pilu, sedih, hiba. Begitu tebal kebencian musuh-musuh Islam terhadap Baginda S.A.W.
Kalau diperhatikan, mana pernah orang Islam menghina agama-agama lain dengan lukisan mahupun video murahan seperti mereka? Kebencian yang tiada penghujungnya.

Provokasi yang menjengkelkan.


Objektif mereka tercapai untuk melihat umat Islam merusuh ganas seperti "Terrorist" dan anak-anak muda mula sangsi dengan apa yang mereka percayai selama ini. Jujurnya, saya belum pernah menonton video itu dan saya enggan menontonnya.  Dari penceritaan rakan-rakan saya yang sudah menonton video itu, jelas sekali mereka menghina tanpa menghiraukan perasaan umat Islam atas lesen hak kebebasan bersuara.

Seandainya mereka tahu bahawa tiada manusia lain yang dapat memberi syafaat selain Baginda di akhirat kelak, nescaya mereka tidak akan bertindak sedemikian rupa. Moga Allah memberi petunjuk & hidayah kepada mereka.

Sebagai umat Islam, apa yang harus kita lakukan apabila orang yang kita kasihi dihina sebegitu rupa?
Apa buktinya yang kita sayang dan kasihkan Baginda:?
 Sekadar memerhati &; berpeluk tubuh? Sekecil-kecil usaha yang dapat kita lakukan ialah dengan memberikan gambaran yang benar kepada anak-anak kecil yang ada disekeliling kita.

Kalau dalam konteks saya, kepada anak didik saya. Saya bertekad mahu membuat slot khas dimana saya akan berkongsi dengan mereka tentang sirah yang Rasulullah SAW untuk menguatkan kefahaman mereka dan lantas menepis anasir-anasir luar yang sentiasa menunggu peluang untuk meracuni minda anak-anak muda.


Daripada anda membaca kan "Fairytales" kepada mereka, tukarlah kepada "Seerah Stories from the holy Quran" kepada si manja anda. Ia bukan kisah dogeng tetapi kisah yang benar-benar terjadi.


Pada pendapat saya , Malaysia sebagai  negara Islam yang diiktiraf harus mengambil langkah proaktif dengan menyediakan medium/ liputan yang meluas tentang Sirah Rasulullah yang sebenar2nya melalui media massa. Masyarakat kita sangat dahagakan ilmu pengetahuan tentang Islam. Syabas saya ucapkan kepada TV AL-Hijrah yang menyiarkan rancangan "Law Kana Bainana"







THE CHOSEN ONE  :')






Kenalilah Baginda, tak kenal maka tak cinta. :')


"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi orang-orang kafir. Dan ampunilah kami, ya Tuhan kami. Sesunggunhnya Engkau Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana." (Surah Al-Mumtahanah:ayat 5)


Monday, September 17, 2012

BlogBuster 80: Oh-My-Practicum #2

Teacher Aliah.






Salam everyone! Tudiaaaaaa,lama kan Cikgu AL tak hapdet? Nak je hapdet tapi disebabkan kekangan masa yang super duper dahsyat, saya hanya mampu simpan dalam kepala je segala perkara2 menarik yang nak dikongsikan bersama pembaca.(BAJET RETIS). Nampak tak gambar gelang kat atas nun? Gelang tu student yang bagi, Danial namanya. Masa mula2 dapat tu terkejut jugak sebab dia datang bagi kat bilik guru. Ingatkan dia nak mintak couple ke hutang ke (NI NAMANYA CIKGU SENGAL), rupanya saja2 nak bagi hadiah. Terima kasih ye Danial, anda telah berjaya membuatkan cikgu anda terharu walaupun cikgu tak tahu awak paham ke idok bila cikgu membebel kat depan kelas tu. =_='




Banyak perkara yang saya dapat sepanjang 8 minggu berpraktikum. Telatah budak2 la yang paling tak tahan sekali. Dialog dorang tu kadang2 boleh angau dibuatnya #Eh. 
Praktikum ni bukan sekadar mengajar kelas sendiri, tapi kadang2 perlu juga ganti kelas2 yang cikgunya tak dapat hadir. 

Alkisahnya satu hari tu kena ganti kelas Darjah 2 Jaya ni haaa, *budak2 Darjah 1-3 ni lah yang paling mencabar sekali nak kawal kelas depa*


Hasil kreativiti 3 sahabat dibawah

Ammar, Anas & Fahimi.
Situasi 1

Depa: "Cikgu, kami nak wat orang snow ada bentuk 'love' kat cikgu.

Cikgu AL: "Haaa, buatlah, cikgu nak tengok." *nada menduga*


****Tup2, ada depan meja****


Situasi 2

Cikgu AL: "Ok, semua bangun."

Students: "Assalamualaikum Cikgu".

Budak random: "Cikgu,dia kata muka cikgu macam orang putih".

Cikgu AL: "Okay kamu duduk". *Straightface*

*Tetiba ada 3 budak perempuan berkumpul tepi meja guru*

Cikgu AL: " Ye, ada apa2 yang kamu nak tanya?"

3 girls: " Cikgu nak AUTOGRAF" *sambil pegang kertas & pen*

Cikgu AL: *FACEPALM!* Kenapa awak nak autograf saya?

3 girls: "Nak simpan, kalau boleh nak no telefon sekali & Facebook".

 * Berfikir sejenak......Hmm,layankan aje lah budak2 ni.*

Cikgu AL:" Eh, tak payahla no telefon & fb tu.Cikgu sign je ye, okay apa nama kamu?" *sambil wat gaya retis kat fan meeting*

ITU ADALAH MOMENT YANG PALING LUCU SEPANJANG PRAKTIKUM. Adehla budak2.




                                         5 Jaya selepas sehari cuti untuk UPSR.


Girl : "Teacher teacher, look at my hand".
Me: "Let me see".
Girl: "Ta-daaaa!" *showing her left hand*
Me:" Subhanallah, H__sa! Are you serious?! Mak awak tak marah ke ni?"
Girl: "Hehehehehe"


*seriously terkejut sangat2, abihla kalau mak budak ni datang sekolah cari cikgu aliah* =_='

Makcik, sesungguhnya saya tak bersalah o_O'



Inai paling scary





Yang ni pulak students 5 Jaya ni tulis lepas saya kembali semula ke sekolah. Masa tu selepas interim seminggu kat maktab, saje tak nak gitau dorg pasal kursus seminggu tu, bajet konon2 da pindah. Tup2 muncul balik kat sekolah. Lepas dorg jumpa balik tu,terus dorg meluahkan perasaan macam hape ntah =_='
Antaranya "Why did you leave us like that?" "Teacher, you dont like us?" etc etc... sampai ke sudah xsempat nak jawab.



Memandangkan saya cikgu ENGGERISH, saya melatih mereka dgn cuba bertutur dalam bahasa Inggeris didalam kelas, kalau depa betul2 memerlukan bantuan BM, saya akan suruh mereka "Pls turn on the Malay button" *konon2 remote ASTRO* Suara ala2 dubbing. haha mesti korang menyampahkan? Saya pun menyampah jugak. 8D

Tapi depa ni memang suka menyakat, bila saya cakap BM je dorg akan gelak sbb pelik katanya. Pelik pun sbb saya ckp KL dorg ckp Penang =_='. Ada ke patut dorg gelak bila saya cakap maksud "INTERNATIONAL- AntarEbangsE" Sebutan E dibelakang. HAhAha *satu kelas bantai gelak*
Org utara kan sebutannya baku, mana ade E.E kat hujung cam orang Kay ELL. Everytime terserempak je dorg akan nyakat dgn sebut kuat2, "AntarEbangsE" siap dgn muka2 sekali. Takpelah, nasib baik Teacher ni penyayang #Eh?

That's all for now, till next time. Salam & Tata! :)

Mai pekena nasi kandaq!
                                                             
                                                                          -END-