Monday, June 25, 2012

BlogBuster 78: Cerpen spontan @twitter

 Salam alayk everybodyyy! Hehe ter'over' excited pulak, sebenarnya nak share sesuatu yang diluar topik kebiasaan *apa ntah topik kebiasaan pun tak taww* iaitu Topik Burung Berkicau Membawa Ceritera (Sila baca dengan nada Doraemon bagitau tajuk cerita). Hari Jumaat lepas, atas kuasa Allah, saya secara tidak sengaja ter'hasil'kan cerpen spontan di laman sosial Twitter.*tudiaaa-skema-habis*. Masa tu tengah trending hashtag(#TandaTandaJatuhCinta) kt twitter, so tangan ni pun mula la gatal2 nak tulis dialog aweks2 yang sepertinya kecewa gitu. Semuanya bertitik tolak dari tweet "Jangan cari saya selagi anda tidak serius"- quoted itu. (Sila rujuk gambar rajah dibawah).



Sila baca dari bawah ke atas. :)



Lepas tweet tu je,saya pun jadi syok la pulak nak memanjangkan "story' tu dengan menambah tweet seterusnya..


Okay, sekali lagi,sila baca dari bawah ke atas. *maaf sekiranya ia memeningkan*=_='  tweet ke-3 tu saya sembang dgn cik Ben10 a.k.a Riang ria raya.



Pastu bila rasa cam da mula syok sendiri tu, rasa nak berhenti merepek tu muncul. Yelah, tweet kul 1 pagi, pehal minah ni  mood jiweengg karat habis  kan. Tak disangka2 dapat reply dari kengkawan yang rupanya baca jugak tweet tu. Terus malu ala2 Najwa Latiff iolss. :p


Y UOLSS NO SLEEP YET?

Lepastu, saya pun sambung la merapu haha....Untunglaa ada orang nak baca, kuang kuang..Tetiba perasaan bestseller muncul  baq hangg*banyaklah cantik hang* eh ingat tau baca dari bawah keatas.Lolololo Please ignore the gaps between the pictures, I've tried to fix it but mission failed.



Box 3

Box 2

Sambungan yang atas tadi hokhok (box 1)




So inilah feedback yang saya dapat. MEMANG MAKCIK JIWANG PUN HAHA.

 So semalam rasa cam seronok pulak kalau sambung citer tu, tapi memang idea kering kot haha. Perenggan bawah ni sambungan citer Irfan & Kausar :)



Irfan: jejaka yang ramah, mudah mesra, kelakar. Siapa sangka pada usia 27 tahun, beliau masih lagi dianggap "awal 20an" oleh org2 awam.Karakter Irfan & Kausar ibarat langit dan bumi. Setiap usikan Irfan akan dibalas dengan pandangan penuh tnda tnya dari Kausar. Tetapi...Perbezaan itulah yang menjadi titik mula perkenalan mereka di IPT.Sedang Kausar beratur membeli makanan,tnpa disedari I.C nya jatuh ke tanah.Irfan yg sedang santai di meja kafe, trlihat kejadian itu."Eh,budak ni xprasan ke brg dia jatuh? Cik, brg awk jatuh". Suara Irfan makin kuat.Kausar yg sinonim dgn sifat "blur"nya itu berlalu pergi tnpa bersalah, hampir satu kafeteria itu gelakkan Irfan yg terpaku dgn tndkn Kausar."Oh nama dia Kausar, siap la kau, malukan aku",desis hati Irfan. "Alamak,hbsla aku,da lmbt da ni".Kausar brlari2 anak ke dwn ppriksaan"Cik, sila tnjuk kn I.C"kata pgws peperiksaan. "Baik,encik" balas Kausar. Peluh mula mbasahi pipi pabila I.C yg digenggamnya lesap dr pndgn.."Budak Kausar ni mst dtg sini blk cr I.C dia".Irfan setia mnunggu disitu hingga kelibat Kausar muncul. Kausar yg panik spt mau melompat...melihat I.Cnya betul2 ditengah laluan utama kafeteria itu, Kausar cuba mengambil ttp gagal, seakan ada sesuatu yg mghalang,..Ditarik sehabis tenaganya tp msih gagal,Kausar yg bingung mula hilg sabar"Sape yg gam I.C sy ni?! Kenapa xleh tanggal?"Ketawa Irfan pecah."Awak pernah dgr gam gajah x?"tnya Irfan pd Kausar, mata Kausar bulat,terkejut. "Awak ni sape?Nak apa haa?"balasnya kasar."Saya Irfan, super senior kt sini, sy nk awak mintak maaf".Kausar yg dr td bingung berlari mningglknnya mnuju ke dwn peperiksaan.


 Itu je tweet semalam. Pardon the short-form-ness and the messiness. Boleh type 140 characters je kot. Me'limit'kan ilham2 ManBai dalam kepala. Btw,one of my seniors join the club yo!.Dia pun tau Kausar tu merujuk kepada wanita hehe.


Itulah sebabnya saya pilih Kausar sebagai nama heroin :)





  So korang rasa perlu sambung ke tak citer ni sebab rasa macam semakin ke arah klise je plot dia =_=' What do you think Kausar? Kausar rasa perlu ke?


" Sorry, are you talking to me?"

Saturday, June 23, 2012

BlogBuster 77: Maher Zain vs Media Malaysia

Salam Syaaban everyone! Alhamdulillah kita masih lagi berpeluang bertemu  dengan bulan Syaaban, semoga kita juga sempat bertemu dengan Ramadhan Al-Mubarak :) So, mari 'warm up' untuk Ramadhan, jom banyakkan ibadah2 sunat seperti berpuasa, bersedekah dan etc. :)
Maher Zain World Tour
 Okay pada mereka yang sedia maklum, khamis lepas (21 Jun) saya ada post di FB tentang ke-tidakpuashati-an terhadap media Malaysia yang seolah-olah tidak sensitif langsung dengan apa yang mereka sebarkan. Dari 3 artikel yang saya baca tentang Konsert Maher Zain, hanya 1 artikel je yang "tak kutuk" sangat Maher Zain iaitu artikel Kosmo.-->sila klik LINK untuk baca. Memang niat di hati nak update terus lepas tengok konsert tu, tapi disebabkan keadaan badan yang kurang sihat dan sibuk buka sem baru, dibiarkan dahulu niat untuk berkongsi pengalaman konsert tu. Hinggalah semalam, adik kesayangan mesej,


 "U shud read what they wrote bout maher's concert on mega hits.Check out Mzm fb. (Maher Zain Malaysia Fan Club)."



Lepas baca mesej tu, terus cari paper Utusan sebab nak tau apa yang mereka da tulis. Izinkan saya mengambil beberapa point yang saya kurang setuju dalam artikel ni.


  1. Tidak ada bezanya menonton persembahan Maher dahulu dan sekarang. Apa yang membezakan persembahannya di Stadium Merdeka dengan di Stadium Malawati  hanyalah himpunan lagu yang lebih banyak berbanding dulu.
  2. Menonton persembahan Maher yang menyajikan 23 buah lagu tanpa henti itu, umpama memasang cakera padat (CD) sambil melakukan kerja-kerja rumah. Bezanya, apabila berada di stadium, penonton sanggup membayar harga tiket bernilai RM298,RM238,RM 138 & RM78 perlu mendengar dan tidak boleh berganjak dari tempat duduk masing-masing.
  3. Maher Zain tidak mempunyai masalah vokal, cuma yang membuatkan persembahannya tampak sedikit cacat apabila dia kerap sangat menghulur mikrofon ke arah penonton apabila tiba bahagian korus. Mungkin niatnya ingin mengajak penonton menyanyi bersama tetapi dari segi lain dapat dilihat bahawa dia ingin mencari 'nafas' kerana penat.
  4. Bagi peminat setia Maher, mereka mungkin tidak nampak kekurangan pada persembahan penyanyi tersebut, namun secara dasarnya dia hanyalah seorang penyanyi biasa. Tiada apa yang boleh dibanggakan kerana persembahannya yang diiringi oleh pemuzik dari pelbagai negara itu tu tidak ada kemuncak.
  5. Biarpun namanya dikenali di banyak negara namun dia hanya layak dilabel sebagai seorang penyampai vokal atau  penyanyi sahaja. Dia bukanlah seorang penyanyi serba boleh kerana ketika di pentas, Maher dilihat tidak mampu berkomunikasi baik dengan penonton.
  6. Melihat pada corak persembahan sebegitu, tidak dinafikan bukan semua penyanyi boleh menjadi penghibur, sebaliknya penyanyi begitu beruntung kerana lagu-lagu mereka popular.  
 Hmm, ni bukan beberapa point, sebenarnya anda semua dah baca 2/3 dari artikel sebenar. See? Dimana unsur pujian disitu? Boleh dikatakan point diatas tu semua kritikan berlapik.Berlapik ke?



Maher Zain

Sejurus membaca artikel itu, persoalan yang muncul di fikiran saya ialah sebenarnya wartawan ni rela atau tidak untuk memberi liputan di konsert Maher Zain? Bunyi cam berdendam jek, pelik pulak membacanya. Seorang sahabat saya yang tidak hadir di konsert ini pun boleh nampak gambaran yang kurang profesional dari wartawan ini sedangkan tugasnya adalah menyampaikan maklumat yang BENAR.


Kepada wartawan tersebut, maaf saya tidak dapat bersetuju dengan hasil tulisan anda di akhbar diatas beberapa sebab:

  1. Walaupun saya tiada di konsert pertama Maher Zain, saya yakin yang beliau telah memberikan persembahan yang sehabis baik untuk konsert kali ini, dan tidak berbanggakah anda beliau memilih Malaysia sebagai destinasi pertamanya untuk "World Tour"?.
  2. Apa maksud anda disini? Lagu Maher Zain dimainkan sewaktu membuat kerja2 rumah sahaja ke?Bukankah lagu beliau sudah menembusi carta2 radio di Malaysia? Semestinya lagu yang dinyanyikan adalah dari album beliau sendiri.Lagu Michael Jackson (Man In The Mirror) yang didendangkannya juga membawa tema "CHANGE".
  3. Untuk makluman anda, lagu beliau banyak berunsurkan selawat. Jadi dari pemahaman saya, beliau menghulurkan mikrofon itu tidak lain dan tidak bukan untuk mengajak penonton berselawat bersama. Itulah cara beliau berdakwah melalui bait2 lirik dan melodi indah lagunya,.Bukankah itu amalan yang mulia berbanding menyanyi korus lagu yang tidak memberi apa2 pahala kepada penonton? Anda sendiri sudah memuji mutu vokalnya tapi dipertikaikan pula tentang "tak cukup nafas"? IRONI.
  4. Saya rumuskan point ke-4,5 &6 di ruangan ini. Dari kata2 itu, secara tidak langsung memberi gambaran yang peminat Maher Zain ini seolah2 mengagung-agung kan beliau hingga tidak nampak langsung secebis kelemahannya. Jujurnya, Maher Zain insan biasa. Tidak ada manusia yang sempurna. Cuma ingin saya tekankan disini, setiap kali beliau dan rakan2nya ingin memulakan persembahan, lafaz 'Bismillahirrahmaninrahim" tidak lekang dibibir mereka. Hati mana yang tidak tersentuh mendengar lafaz kalimah suci itu disebut lantas mencerminkan yang hiburan disajikan adalah halal, menepati syariah. Tidak perlu sorakan yang keterlaluan atau tarian yang tidak semena-mena.
  5. Artikel akhbar anda pasti akan dibaca oleh Maher Zain untuk mengetahui "Feedback" konsert beliau disini. Tidak terlalu kejamkah anda dengan kenyataan2 tersebut? Bayangkan perasaan jika artis tempatan  kita membuat persembahan di negara orang tapi lantang dikiritik di media massa disana?Pasti terluka bukan?

Saya rasa cukuplah sampai disini saya membidas kenyataan wartawan tersebut. Mungkin dia masih kurang faham muzik islami dengan erti kata yang sebenar.Hiburan yang digariskan Islam adalah hiburan yang mendidik jiwa dan memandu hati mengingati Allah.Bagi saya, konsert beliau dihadiri oleh pelbagai peringkat umur, dari anak2 kecil hinggalah warga emas.Konsert apa yang boleh membuatkan pakcik ini hadir? Justin Bieber? Hmm~ Sepanjang konsert, saya dapat melihat pakcik ini terhibur dengan senyuman yang tidak pernah hilang di wajahnya :)

Pakcik berkopiah yang mencuri perhatian saya.


Konsert ini juga berjaya menemukan saya dengan sahabat lama sewaktu menuntut di Sydney, iaitu cik Aisyah. "Twitter" menjadi medium kami berjanji temu. Turun2 je dari kereta, terdengar suara memanggil. "AL!". Alhamdulillah dapat bertemu disini, apa lagi memang terus snap gambar lah jawapnya.

Lighting merah pasar malam hokhok


Oh teman-teman saya sepanjang di konsert, cik Adilah dan cik Ilani :)
thanks sudi layan kerenah cikgu yang xbrape nak cikgu. hokhok



Antara penonton yang hadir. *ya, saudara baju hijau itu tahu kamera dimana*

kopiah at konsert! cool huh?

Irfan Makki the Mabruk Guy :|D
Tahukah anda dia menyanyikan lagu "Mabruk" dalam Bahasa Malaysia? Lagu ini juga digunakan untuk wedding abang saya :)



Raef  the Jumaah Guy mendendangkan lagu untuk bakal isterinya.
Rugi sgt tak rekod time tu =_='



"We calling for freedom" Mesej kedamaian dari Maher Zain.





"All praises to Allah, All praises to Allah" sambil diringi melodi piano.
Tepat jam 11.30 malam, konsert pun tamat. Boleh dikatakan saya amat berpuas hati dengan kualiti persembahan yag ditonjolkan Maher Zain & friends berbanding konsertnya di Sydney pada 2010. Waktu tu beliau masih baru jadi banyak lagi yang perlu diperbaiki dari segi kawalan vokal.
penonton beransur pulang selepas tamat konsert.


TRIVIA RINGKAS.

  • Saya mula mengenali Maher Zain pada tahun 2009 melalui lagunya "Open Your Eyes". 
  • Lagu-lagunya mula mendapat tempat di hati pada tahun 2010 sepanjang saya berada di perantauan, lirik2 lagunya menjadi penguat semangat untuk terus berubah ke arah yang lebih baik.
  • Maher Zain pernah hampir menceburi bidang hiburan hollywood sebelum Allah mengetuk pintu hatinya untuk berubah. 
  • InsyaAllah dengan kehadiran beliau, irama nasyid tidak lagi asing di hati masyarakat.
  • Pesanan saya,hayatilah lirik lagu2 beliau kerana saya percaya lirik2nya mempunyai maksud yang mendalam.

Sebagai penutup,saya sajikan anda dengan persembahan piano dari Maher Zain. Dengar saja dari melodinya, saya pasti lagu menginsafkan bakal menemui kita tak lama lagi ;')