BlogBuster 72: Kepulangan yang dinanti



Sumber Imej: Google Images (eh rhyme lah! haha)


Salam readers, yeay I'm back! Okay takde orang tanya pun. Hahaha Ya, seperti yang anda lihat diatas, pada tarikh berbahagia itu, saya telah pulang ke kampung halaman di Putrajaya Inderapura. Tujuan kepulangan adalah kerana :

  1. Saya nak meraikan kegembiraan adik saya yang baru yang dapat keputusan SPM 21 Mac lepas *take note tarikh, ehem2*
  2. Feeling2 nak wat surprise ala2 Datuk Shah Rukh Khan kita tu dalam Kabhi Kushi Kabhi Gham! Hahaha, yelah sebab saya balik ni family tak tahu-menahu pun.




Err, tapi saya takdelah tahap naik helikopter berhenti depan umah cam Shah Rukh Khan kan?
Tu sesuai utk orang kaya je. =_='



REALITY CHECK




Saya balik dengan menaiki sebuah bas ekspres yang boleh dikatakan agak canggih sebab ada flat screen tv untuk tontonan ramai, diorang pasang movie2 yang terbaru tapi tidur lebih nikmat pada waktu itu. Haha


Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada Miss Presiden kita yang comey iaitu Yazmin, tanpa Wira mu, siapa lah saya di Sungai Nibong :D *ingtkan I pasal janji I nk belanja u* hehe



Ya, inilah Terminal Bas Ekspres Sungai Nibong the bomb! Bas ke KL sentiasa ada, boleh beli tiket on the spot, sangat bersyukur ke hadrat ilahi kerana perjalanan saya banyak dipermudahkan. Sampai2 tu terus ada bas nak ke KL, tak sampai 10 minit trus bas da gerak dan part yang paling best............



Bas tu berhenti kat KL SENTRAL! punyalah risau part nak kena naik train kat Pudu sbb tak familiar sgt dgn area tu, Alhamdulillah Allah permudahkan sekali lagi :) yang tak tahan tu, konfiden je bagitau kat kawan yang da turun kt Pudu, padahal dkt KL SENTRAL. Ya, walaupun saya orang KL tapi em, errr.. em ... _________ (paham2 sendiri sudah) haha




Pengembaraan saya tidak terhenti disitu, destinasi seterusnya ialah Putrajaya. Jadi camne nak ke sana? Anda2 semua kalau nak ke Putrajaya boleh lah naik KLIA EKSPRES atau lebih dikenali juga sebagai ERL. Tren ni akan berhenti ke Bandar Tasik Selatan dulu sblm tiba di Putrajaya dan ia mengambil masa selama 30 minit dari KL SENTRAL- Putrajaya.




Tren ni laju tau, macam laju lah haha tak tau nk explain cmne, tp sedikit malang sbb dlm tempoh naik tren tu saya kena berdiri sbb seat da penuh.=_=' dahla kepala pening yang teramat,
dalam tren tu kakak text, "eh,da ada katne tu?" oohh lupa nk cter yg kakak saya sorg je yg tau saya nk blk, klu dia tak tau, maksudnya patah seribu la projek mega ini. haha Tugas kakak saya mudah iaitu mengelat setiap kali diajukan soalan oleh parents perihal saya balik ke tak minggu tu dan amik saya di Putrajaya Sentral.


Sayang 1000x sayang, plan tak menjadi seperti yang diharapkan, kakak tak dapat nak amik sebab nanti ketara sangat pulak yang tetiba dia kuar, nnt kena tanya "Eh, nak gi mana tu maghrib2 ni?" takkanlah dia jawab "Nak gi beli ayam jap."


Jadi untuk mengelakkan berlaku dialog yang tidak berkesudahan, saya tekad untuk menaiki TEKSI yang telah mengorbankan beberapa keping RM5 T__T .HAHA Gelak tabah disitu.



Dalam teksi tu memang agak nervous jugakla sebab tak tau apa ekpresi mereka setibanya di pintu rumah,haha, adalah jugak sembang2 elak nervous ng driver tu seperti " Harini Putrajaya hujan tak?" soalan klise bebenor.

Dalam kul 8pm camtu, terpacak la saya dihadapan rumah, dengan lafaz "Assalamualaikum!"
Salam berbalas dengan ayahanda dan kakak di muka pintu, yang kakak boleh plak jerit "Surprise!" okay tipu sangat dia surprise kan? Ayah terkedu, pastu gelak pastu peluk. Wahhh! Rasa disayangi sangat, lupa terus penat lelah meneroka bandar semata2 ingin pulang. Hehe.

Begitulah kisah "kepulangan yang dinanti" tak seberapa dari saya*dinanti ke?* Haha. Pesanan ikhlas dari saya: "Express your LOVE before it's too late." Gembirakanlah orang yang tersayang, insyaAllah Allah bersama kita ^~^


24 MAC 2012



Pada tarikh berbahagia itu pula, saya dikejutkan oleh famili tersayang apabila mereka menghidangkan 7 jenis kek yang berbeza dari Secret Recipe!
*Bukan kek besar tau tapi saya happy bangat whee!*


Kegembiraan dihati tak dapat digambarkan, sebagai hambaNya, nikmat apa lagi yang patut saya dustakan? (Surah ke 55, Surah Ar-Rahman) :')



Alhamdulillah, perjalanan saya dipermudahkan, saya pulang ke Penang melalui jalan udara, hehe tapi disini ada skit dugaan dimana flight saya diubah waktunya dari 11pm ke 11.50pm, so jadual tu da lari skit, mmg dlm otak da fikir panjat saja pagar itu, yeyeah! part ending ni tak best sangat parents risau lebih skit so agak rasa terkilan sebab da wat mereka risau =_='

Tepat jam 1.20am saya tiba di maktab, atas bantuan rakan2 sejati :Zeda,Zawa & Farah, saya telah selamat masuk ke blok Pala dengan cara yang paling elegan,even James Bond pun tak berani wat,hahaha.
Okay perasan, itu saja untuk kali ini. Kalau saya rajin lagi, akan muncul lah blogbuster seterusnya. Hehe







P.s: Saya nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada rakan2 yang meraikan hari kelahiran saya tempohari, banyak March wishlist saya yang da tertunai,nampak gayanya tahun depan leh wat lagi hehe. Cuma ada lagi 2 je tak dapat lagi,*hint2* haha so peluang masih terbuka ye takde expiry date, ;D



Thanks sudi baca entri yang panjang ni. Have a good day everyone! ^~^


-End-

Comments

Popular Posts