BlogBuster 68: Mantera Hitam Kuning

harimau
Malaysia kekal Juara Bola Sepak Asia Tenggara.


Izinkan BlogBuster kali saya berkongsi kegembiraan diatas kejayaan Harimau Muda di Sukan Sea tempohari. Saya mula mengikuti perkembangan mereka sewaktu Piala Suzuki yang lalu *sebab jiran lama saya juga turut merupakan pemain Harimau Malaya*. Memang tidak dinafikan permainan malam itu memang rancak. Jantung tak henti-henti berdegup kencang setiap kali bola berada di pihak lawan, walaupun terpaksa stay up hingga jam 2.30pagi (faktor waktu yang berbeza), boleh dikatakan itu adalah penantian yang sangat berbaloi. Syabas diucapkan kepada Harimau Malaya! Kami rakyat Malaysia berasa sungguh bangga!

-FLASHBACK MODE-

Bila tengok perlawanan tu, terus teringat yang saya dan rakan-rakan di Sydney pernah bertemu mata dengan mereka pada 7 Oktober lepas di Stadium Canberra untuk menyaksikan perlawanan persahabatan antara Socceroos dan Harimau Malaya.


317436_271220352911505_100000706282122_932429_590202924_n
kangaroo bertemu harimau

Seorang kenalan ada berkongsi mengapa Malaysia dipilih untuk bermain dengan Australia sebagai pemanas badan
(pemanas badan je?) We are better than that. Hoho.
Ini kerana mereka akan bertemu Thailand untuk kelayakan ke Piala Dunia, jadi mereka ingin mengetahui corak permainan dari pemain Asia . Bangga kan? Dalam banyak2 negara, Malaysia terpilih!



CORAT-CORET PERJALANAN KE STADIUM



IMG_3532
Zara Airyss supports Harimau Malaya!


Alhamdulillah kami 6 sekawan turut menunjukkan sokongan padu di stadium!
Bas kami tiba agak lewat sebab mereka memandu dengan sangat berhemah.huhu
Kami masuk stadium betul-betul masa lagu Negaraku baru sahaja tamat, rasa terkilan sangat tak dapat menyanyikan lagu Negaraku bersama-sama pemain,


dan yang paling sedih sekali,

tempat duduk telah diambil orang. +_+ tapi takpe Allah knows best, bersyukur juga bertukar tempat duduk
*duduk dengan penyokong Aussie* sebab tak terlalu ramai dengan orang lelaki. hoho.


IMG_3555
pemandangan dari tempat duduk cikgu AL.



IMG_3552
Tempat penyokong Malaysia yang tak sebesar mana. Not the very fair maa. Haha



IMG_3557
Stadium Canberra yang cerah secerah-cerahnya.




IMG_3559

Lirik cheer yang membakar semngat pemain :)
Para penyokong Malaysia tak henti-henti cheer sepanjang game.



bola

Harimau Malaya!



bbb

Walaupun kalian tewas, kami tetap menyokongmu! Yeah~


bo

Selepas tamat permainan, Harimau Malaya sangat sporting untuk datang bermesra dengan penyokong Malaysia di stadium.

Rasa macam mimpi. ^~^


bb

^0^


IMG_3514

Terima kasih tak terhingga buat abangku yang tersayang sebab susah payah belikan jersi ni, ABANG MEMANG HENSEM.*err* :D

Itulah pengalaman pertama berkunjung ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola :)
Semangat patriotik membara dalam diri, yelah bila lagi kan rakyat Malaysia dapat bersatu tengok bola sama-sama?

Ingin saya kongsikan kata-kata dari suadara Sham Kamikaze di laman twitternya,

"Jangan taksub sangat dengan bola sampai merosakkan ukhuwah, jaga akhlak sebagai Muslim, InsyaAllah :)
".

Jaga akhlak insyallah :)



KLIP PERLAWANAN FINAL GARUDA VS HARIMAU MALAYA.

382218_10150406215157074_174072662073_8308813_45896513_n
poster cantik :)




Gol minit ke-35



Serius sangat berdebar waktu ni, dalam keadaan yang tak boleh buat bising
*jiran kami tak berapa mesra rakyat* tapi kami #hidupberjiran





Semoga berjaya Harimau Malaya menentang Syria malam ni dan semoga pujian yang menggunung tidak melalaikan mereka.

Majulah sukan untuk negara!

p.s: Lagi suka dengar Dato' Hasbullah Awang yang mengulas sebab dia relax dan cool jer.

-end-

Comments

Popular Posts