Sunday, February 12, 2012

BlogBuster 71: March Wishlist.

Once upon a time at Baitul CS


Salam readers, so whats up? hehe Harap2 baik2 sahaja :). Sedar tak sedar, nak masuk bulan 3 da kan? Haha, So what's the fuss kalau da nak bulan 3 da?

Entah!

Takde apa pun, saja je nak share semenjelangnya *eh perkataan ni wujud ke?* bulan 3 yang bakal tiba nanti, tetiba je ada wishlist yang penuh bermakna. HAHA. okay lame. Yelah, selalu kan orang takde idea nak bagi apa, dengan wishlist ni moga2 dapat memudahkan misi pencarian "Hadiah". Uhuk2.


WISHLIST 1#:DOA DARI SEMUA

Jika dipanjangkan umur, tiada apa yang lebih menggembirakan saya selain dari doa dari kalian semua. ^~^ Senjata orang mukmin adalah doa kan? Jadi sama2 lah kita banyakkan berdoa :D



WISHLIST #2: TUDUNG/SHAWL

Hehe, saya suka semua jenis warna yang ceria, prefer yang labuh ^~^
*kauingatkauturetis?pffft!*



WISHLIST #3: I-phong Casing :D

Part ni memang paling best, gambar di atas telah diambil di Plaza Gurney ye. HAHA apa kejadahnya la siap bagitau lokasi sekali =_=" erm, sebenarnya memang saya suka kumpul casing iphone, so kalau ada orang yang sudi bagi, memang tak tergambar kegembiraan hati. *recommendation: Hello Kitty design* *kauingatkauretis?pfft! kuasa dua*




WISHLIST #4: Beg Kuliah




LALALALA ,please slap me :P



WISHLIST #5: Kamera Polaroid

"HAI NAMA SAYA HELLO KITTY , SAYA ASYIK HELLO JE ORANG, TAK PERNAH BYE2."

Yang ni memang tahap tak tau nak kata apa lah kan, mungkin di bahagian wishlist #1, korang boleh tolong doakan yang saya cepat matang! haha, tapi takpelah at least dgn kamera ni, boleh la nak camwhore ng students skali. HAHA.


Saya rasa itu saja utk blogbuster kali ni, walaupun ada 2 as-sigh-ment nak kena submit next week, time tu lah nak update blog kan? standard la tu kan2?

p.s: Sapa tau wish saya yang ke #6, dia memang legend la! clue ada dalam blogbuster ni, versi gambar. Lalala~
Bye, nak gi baca KSSR ni.

-the end-

Saturday, February 11, 2012

Blogbuster 70: Jika Aku Jatuh Cinta

Abang Maher Zain nak belajar masak >.<


Salam and morning readers! so how is it going? hehehe. Tajuk blogbuster kali ini agak jiwang ye kerana ia seiring dengan pertambahan usia *errr* ehem maksud saya seiring dengan keadaan semasa. Almaklumlah sekarang ni saya dah melangkah era terima kad kawen dari kawan2, bukannya ikut mak ayah g kenduri kawen yang saya pun xkenal pengantinnya, hahaha. *agak kejam statement ini*.



So, without further delay or 'merapu'ness, ingin saya kongsikan doa yang saya jumpa di belakang kad kawen salah seorang sedaghe saya yang obvioulsy nak kawen da.Hahaha.



Jadi pada rakan2 saya diluar sana yang masih 'jalan-jalan, cari jodoh', marilah kita amalkan doa yang cukup mantap isinya :)




Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan
cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku
untuk mencintai Mu.


Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
izinkanlah aku menyentuh
hati seseorang yang hatinya tertaut pada Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta
selain Mu.


Ya Rabbi, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya
agar aku tidak berpaling dari Mu,


Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid dijalan Mu.


Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai
aku merindukan syurga Mu.

Amin Ya Rabbal Alamin.





Masa saya baca tu rasa cam pergh! mantap sungguh doa ini, so orang kata sharing is caring, jadi saya nak share doa ni dengan member2 semua. Hehe...



Sebenarnya nak letak MV abang Maher Zain "For The Rest of My Life" tp disebabkan saya hanya menumpang wifi maktab, so youtube page telah di'block' dengan jayanya! hahahha *pura2 bahagia*



Itu sahaja bebelan saya untuk kali ini, SALAM dan selamat amalkan doa. Heee :)