Thursday, May 16, 2013

BlogBuster 88: Seminar Baitul Muslim 2.0 (Part 3)




Cute goodies from One Heart Creative Solutions &Osm Muslims.

Salam everyone! 

Now this is the final part for Seminar Baitul Muslim 2.0 which I will give my opinions, ideas and a little bit of behind the scenes. Overall, I give 10 out of 10 to the organiser who managed to run the event smoothly :) The venue was superb and the environment is so islamic! I like it so much :D Quran recitation and nasheed songs were being played in between slots. Men and women were being seated separately (except for married couples, they were seated in a specific area), the amazing booths selling islamic stuffs, the great speakers and the funny emcee. Oh yes, thank you for the exclusive performance IMAD! My granny is a big fan of yours :)

Amazing Khat-Singing performance by Imad.









Best Part of the Event!

  1. Meet big stars! (and my long-time-no-see friends).

IMG_2030
Itsy bitsy BM :)



Alhamdulillah I had the chance to meet such big names like Wardina, Heliza, Hilal Asyraf, Amin Idris, Dr.Zaharuddin, Ustaz Ubaidillah and the list goes on.....And I met my Uni friends, my schoolmates, my juniors and  also make new friends :) Subhanallah such an amazing event. Mabruk OneHeartCS!


2. The priceless knowledge!

Allah S.W.T created Men and Women in a very special way to complement each other. All my own 'hypothesis' and 'theories' seem to be redirected to the right way after listening to the lectures. I am the type of person who will easily get frustrated when I don't get what I expected to happen. Especially when it comes to dealing with the opposite sex. By attending this event, I get a clearer picture of the do's and don't's in maintaining a happy relationship. You can also read this book to explore more about the myths and mysterious behaviours of men and women that sometimes we tend to overlook. A great book I must say!



Summary of the inputs from the seminar:
 Allow me to write this in Malay. (hehe, I wanted to be more poetic)

 Kelahiran penyambung generasi anak yang soleh/solehah bermula dari proses pemilihan pasangan. Jika permulaan kita dimulakan dengan cara yang salah, berkemungkinan kita makin jauh dari rahmat dan barakahNya. Allah S.W.T jelas sekali telah berfirman di dalam Al-Quran bahawa "Lelaki yang baik untuk wanita yang baik....". Perhubungan berlandaskan syariat Islam tidak akan berlaku jika ia hanya dijayakan oleh satu pihak sahaja. Ia akan berjaya jika kedua belah pihak mempunyai matlamat yang sama iaitu, menggapai keredhaan ilahi. Bantulah pasangan anda untuk mencari cinta Allah lebih daripada cinta duniawi. Sedarilah, kehidupan rumahtangga yang mawaddah dan bahagia adalah 'syurga dunia' yang telah disegerakan. Jadilah mujahid/mujahidah yang tidak pernah jemu menegakkan Islam di muka bumi.

Buat remaja yang bercinta,

Bercintalah setelah engkau bernikah. Laksanakan dahulu tanggungjawabmu sebagai anak,abang,kakak,atau adik di dalam keluargamu. Redha ALLAH terletak pada redha IBU BAPA.Persiapkan diri dengan ilmu rumahtangga andai kau benar-benar mencintai pasanganmu, terutamanya ilmu agama. Fikirlah setiap masa yang kau bazirkan berduaan: kau hanya mengundang murkaNya disaat waktu itu kau boleh peruntukkan masa berkualiti bersama keluarga tersayang dan juga berjuang demi ummah yang di dalam bahaya. Perkukuhkan ukhuwwah bersama mereka yang lebih berhak mendapat perhatianmu. Apabila kukuh hubunganmu dengan Allah, nescaya apa jua rintangan yang mendatang dapat kau hadapi dengan tenang. Dan benar, janji Allah PASTI. Kembalilah padaNYa kerana DIA tidak pernah memungkiri janji.



"Dan jangan pula kerana cinta, tergadai semua maruah agama"



Saturday, May 4, 2013

BlogBuster 87: Seminar Baitul Muslim 2.0 (PART 2)

KLON PLAPI

Salam everyone! How is it going? Firstly I would like to apologize for the delay. My initial plan was to post the second part as soon as possible after my interview (6th March) but hey Allah knows best. I had a tremendous week (last week,3rd-10th March) with my sisters,double A & Double Z,*Amirah-Aza-Zahida-Zawa*  not to forget Miss Penilaian Khas, Yazmin Zulkhiefley and interview mates, Miss Syamim & Mrs. Akma! Wallahi, I really enjoyed their company :) Jazakillahu khairan kathira for the memories girls.

Okay enough for the intro part. As all of you might know that my pet,Fluffy a.k.a Plapi had a bad injury on his body.This is also one of the factors that contribute to the delay-ness. Huhu, alhamdulillah Plapi is getting better day by day. :)

So here goes :) Happy reading!



PART 2: BERCINTA SAMPAI KE SYURGA

SLOT 1: OH MERTUAKU! (Ust. Pahrol Md Juoi)

Niat menuntut ilmu -- untuk amal, sampaikan pada orang lain.
Fitrah alam--- Dapat sesuatu, hilang sesuatu. Pastikan apa yang kita dapat tu lebih bernilai daripada apa yang kita hilang.
Ilmu menjaga kita, harta? Kita yang jaga dia.
Betulkan mindset kita tentang hubungan mertua & menantu.

Bagaimana kita nak harmonikan hubungan menantu & mentua?
"Terasnya HATI yang merelakan segala tindak tanduk kita."
1.Selesaikan dahulu hubungan kita dengan Allah.

Yang menyatukan kayu? Paku.
Yang menyatukan batu-bata? Simen.
Yang menyatukan hati? Iman &Islam.

Kemungkaran besar : Memutuskan silaturrahim!

Kenapa masih membuat maksiat?

1. Percaya Allah tapi tidak yakin dengan Allah.
Tahu tapi tak rasa, rasa lebih penting (aqidah).

2. Percaya pada hari akhirat tetapi tidak yakin dengannya.
Ada pengetahuan tapi tiada KEMAHUAN beragama.

3. Terlalu cinta pada diri sendiri dan meminggirkan orang lain.
Iman & ukhuwwah sangat berkaitan. Jika kita akrab dengan Allah, kita akan jadi paling intim dengan manusia.Ini kerana Allah sahaja yang mampu menyatukan hati-hati orang lain bertepatan dengan firmanNya didalam Surah Al-Anfal, ayat 63:

"Dan (Dia lah) Yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah Engkau belanjakan segala (harta benda) Yang ada di bumi, nescaya Engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Ibu bapa mertua,ibu susuan dan penjaga setaraf dengan ibu bapa kandung kita. Hormati mereka tanpa mengatakan Ah! Awal perkahwinan kena terus buang prejudge kita kerana Allah akan beri apa yang kita sangka.

HAK MENTUA
1.Berhak mendapat ketaatan dari kita selagi tidak bertentangan dengan hukum Allah.
2.Berhak mendapat  layanan baik dari kita setiap masa.

MERTUA YANG BAIK CARA RASULULLAH
Saidina Ali (Kurang berada) : Rasulullah usap kepalanya,lemah lembut dengannya.
Saidina Uthman (Kaya)       : Rasulullah berwangi-wangian, pakai cantik-cantik.

MENANTU YANG BAIK CARA RASULULLAH

Saidina Abu Bakar : Mencintai Abu Bakar (orang yang dicintai isterinya, Aishah)
Saidina Umar:         : Rasulullah sering memuji Umar.


                               Allah tegur hubungan renggang melalui orang-orang sekeliling kita.


Sebagai mertua/menantu,kita hendaklah mencintai orang yang dicintai oleh pasangan kita. Adakah kita selalu memuji mertua/menantu kita?

TIPS UNTUK MERTUA
Jangan anggap menantu kita sebagai perampas, tetapi anggaplah dia sebagai anak& sahabat baru yang membantu kita dalam membentuk peribadi keluarga muslim.
Kasih sayang anda boleh diberi tanpa sempadan, tak perlu diukur. (Sama seperti frekuensi gelombang radio, semua orang dapat mendengar tanpa sedikit pun kurang walau dipasang di beratus-ratus kereta).
Disebalik menyerah kepada menantu, anggaplah kita serah anak kita kepada Allah.
Dengan menyalakan lilin orang, tidak akan mengurangkan cahaya lilin kita bahkan ia akan menambahkan lagi cahaya sekeliling.
Jika ingin meminta pandangan? Rujuk pada syariat.
Jika ingin memiliki Baiti Jannati? Semua ahli keluarg kna faham Islam.

BAGAIMANA INGIN MENYATUKAN 2 KELUARGA?
  • Harus akui perbezaan yang ada (raikan perbezaan).
  • Suami/isteri kena rai cara masing-masing dibesarkan dalam keluarga. (Mungkin isteri suka tempe jadi suami kena faham, sama juga jika suami suka asam pedas, isteri kena faham.)
  • TAAT: Siti Asiah boleh menjadi isteri solehah kepada Firaun, sejahat-jahat manusia. Arahan baik, suruhan baik, WAJIB TAAT.  Suami pula taat ibu bapa for the sake of Allah. Disebalik kita taat pada ibu bapa, sebenarnyan kita taat pada Allah. Mengekalkan adab dan akhlak sangat penting.
  • "Beribadahlah kamu sehingga kamu berasa letih berbuat keburukan"
  • Jika ada hajat, sebelum bertemu ibu ayah, solat hajat minta dilembutkan hati.


Q: Apa pendapat Ustaz jika menantu duduk serumah dengan mertua?

A: Tidak digalakkan tinggal serumah kerana dalam satu kapal tidak boleh ada 2 nakhoda.

TIPS BERTEMU BAKAL IBU MERTUA

  • Be yourself at the same time jaga akhlak islamiyyah.
  • Kenali betul-betul bakal ibu mertua kita, dari situ kita juga dapat mengetahui kesukaan bakal suami kita, pastinya dia berasa gembira dilayan dengan baik.
  • Hak kita adalah bersanga baik.

SLOT 2: RUMAHKU SYURGAKU (PENGURUSAN RUMAHTANGGA, Dr.Zaharuddin Abd.Rahman)

Kunci kebahagiaan manusia:
  • Rumah yang luas.
  • Kenderaan yang soleh.
  • Isteri yang solehah.
  • Jiran yang baik.
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."   
                                                                                                                           (Surah Ar-Rum: ayat 21)


Komponen utama: 
Spiritual: keilmuan & amalan, halal/haram, zikir &apedoman, redha Allah, takdir &ikhtiyar.
Emosi: belaian, belas, ambil berat,penghargaan,redha dan toleransi, cemburu.
Fizikal: Nafkah zahir,tempat tinggal,perhiasan,kebersihan,kesihatan, haruman.

MENGURUS KONFLIK RUMAHTANGGA

Punca Konflik Rumahtangga.
  • Ego - sukar memberi hanya menerima
  • Cemburu buta
  • Komitmen luar yang terlalu berlebihan
  • Harapan yang terlalu tinggi
  • Campur tangan orang tua/mertua atau pihak ketiga lainnya.
  • Tabiat buruk yang masih dilakukan setelah berkahwin.
  • Kewangan
  • Keyakinan diri.

Strategi Tangani Konflik

  • Kembali menyuntik mtlamat kehidupan.
  • Berwudhu & solat sunat.
  • Berinfaq mendapat kekuatan/istighfar.
  • Ambil masa dan tunggu sejuk.
  • Ikhlaslah dalam meluah,elakkan membebel (intonasi tidak puas hati)
  • Jaga nada & kalimah.
  • Berdoa & munajat kepada Allah serta yakinlah.
  • Ambil peluang positif dalam konflik & musibah.
  • "When you want less, you will feel rich and satisfy"
  • Rumahtangga kita adalah aset pelaburan akhirat,kendalikan dengan serius dan ilmu yang jitu. Jangan berhenti berkenalan dalam rumahtangga,nescaya kamu tetap hangat bercinta. Ketidaksempurnaan adalah aspek drama,konflik & rencah perisa dalam rumahtangga. Jangan bandingkan milikmu dengan milik orang lain, yakinlah dia yang terbaik untukmu.Bagi mereka yang berdosa,kalau tak bertaubat lagi, Allah akan tmbah penyakit lagi. (Couple before marriage) kerana taubat akan memadamkan dosa-dosa.

Tips Mata Hati

  • Jika diambil mudah kiraan keberkatan,nescaya dia akan rugi.
  • Waktu yang cukup.
  • Belaian cukup
  • Asmara cukup.
  • Pendapatan & kerja.
  • Anak.







SLOT 3: TARBIYATUL AULAD
 (Dr.Abdul Basit Hj.Abd.Rahman).

"Tarbiyah yang berkualiti dan mithai menjamin keamanan keluarga".
Tarbiyatul Aulad: Pendidikan awal kanak-kanak.
Belajar &mendidik = two different things.

1ST STEP: Bagaimana memilih calon ibu/bapa untuk anak-anak?

2ND STEP: Doa untuk dapat anak yang sempurna

"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan". (Ali-'Imran 3: 38)

 Ciri-Ciri Usrah Bahagia

1.Ibu bapa yang ceria. (Qudwah hasanah: Contoh terbaik)
2.Anak-anak yang taat.
3.Persekitaran yang harmoni.

Waktu Sesuai Untuk Mendidik Anak

1.Di dalam kenderaan.
2.Waktu berkelah/picnic
3.Waktu sakit.

DIDIK ANAK: Pastikan pakaian anak-anak menepati syariat.Jika anak suka berbohong, kenapa? Find the reason why they are lying. Beri hadiah sebagai ganjaran mereka berkata benar.


Diantara Amalan Harian Seorang Muslim
1.Mendirikan solat 5 waktu.
2.Membaca &mengkaji Al-Quran.
3.Mendirikan solat-solat sunat seperti tahajjud,tasbih,hajat,rawatib,sebelum & selepas solat fardhu, dhuha &witir.
4.Mengingati Allah seperti membaca zikir, al-mathurat,istighfar, tahmid &tahlil.
5.Mengingati mati.
6.Mncari rezeki yang halal.





SLOT 4: BERCINTA SAMPAI KE SYURGA 
(Ust.Muhidin Mokhtar, Ustzh. Isfadiah Mohd Dasuki)

Tips Kekalkan Hubungan Kasih Sayang.

1. Tentukan matlamat perkahwinan.
-Jaga kehormatan.
-Rapatkan silaturrahim.
-Redha Allah.

2.Hargai setiap sumbangan yang pasangan berikan.

3.Jaga hubungan dengan orang yang paling dicintai pasangan.

PASANG SURUT DALAM BERCINTA

5 tahun pertama: taaruf --->tafahum -----> takaful

*lovers are to complete, not to compete...

1.Teruskan berkenalan.
2.Keep on consulting with your partner.
3.Complete vs. Compete.

CABARAN RUMAHTANGGA

1.Diri sendiri! Change yourself first.
2.Sensitive part isteri : kasih sayang
3. Sensitive part suami :duit
 Isteri memainkan peranan yang besar untuk mengurus rumahtangga dan anak-anak.
 Apa tujuan kita kahwin? Kita kahwin untuk fulfill Allah's desire, not out desire.






SLOT 5: Melentur Rebung:Tarbiyatul Aulad, Ibu Wirianingsih (Indonesia)

TRIVIA:Ibu Wirianingsih merupakan seorang aktivits dakwah yang sangat aktif di Indonesia. Di sebalik kesibukan aktiviti dakwah beliau, beliau berjaya mendidik kesemua anaknya untuk menjadi penghafaz Al-Quran.
  • Kenalkan anak-anak dengan sahabat Rasul yang dijanjikan syurga.
  • Generasi terbaik ALQuran & Sunnah (QS 46:15-16,31:13-19)
Anak-anak harus dididik untuk menyembah Allah, mnencintai Al-Quran dan berbuat baik kepada orang tua.

3 Pendekatan Berdasarkan Usia  
  • 7 tahun pertama: Bagaikan "raja" (karakter sedang dibentuk).
  • 7 tahun kedua: bagaikan "tawanan perang" (disiplin tegas, boleh/tak boleh).
  • 7 tahun ketiga: bagaikan "teman/sahabat"
(Saidina Ali bin Abi Thalib r,a)

Method
  • Teladan
  • Pembiasaan
  • Nasihat
  • Cerita/kisah2 teladan
  • "Reward & Punishment

That's all for Part 2, stay tuned for Part 3 :)