Sunday, March 3, 2013

BlogBuster 86: Seminar Baitul Muslim 2.0 (PART 1)

Poster Seminar Baitul Muslim

Assalamualaikum semua, apa khabar? Harap-harap sihat hendaknya. Kali ni cikgu al nak kongsi tentang Seminar Baitul Muslim 2.0 yang dianjurkan oleh One Heart Creative Solutions di PICC pada 17 & 18 Februari yang lalu. Memang dah lama nak menulis tapi kali ini barulah berkesempatan. BlogBuster ini akan terbahagi kepada 3 Bahagian iaitu:

  1. Part 1 : Sebelum Aku Bernikah
  2. Part 2: Bercinta Sampai ke Syurga
  3. Part 3: Behind the Scenes of SBM 2.0





Buku nota. Pen. Button Badge yang diberikan kepada semua peserta SBM 2.0.

Jadi BlogBuster kali ini akan kongsi sebanyak mungkin ilmu-ilmu yang telah diperolehi sepanjang hari pertama seminar. Semua yang ditulis disini ialah hasil tulisan nota saya yang tak seberapa sepanjang seminar tu. Jadi kalau ada yang tak berapa jelas silakan bertanya. :)


Slot 1: Cari Jodoh Langkah 1,2,3...(Ustaz Pahrol Md Juoi)

4 perkara yang ditentukan di alam rahim
  1. Rezeki
  2. Ajal
  3. Umur
  4. Jodoh
1)Rezeki kita perlu cari, wajib berusaha & bertawakkal. Effort: Kita (Tadbir), Effect: Allah S.W.T (Takdir)



Konsep rezeki yang kita perlu faham: Rezeki yang Allah beri pada kita, selaras dengan tanggungjawab yang dipikul.
Apa tanggungjawab kita? 
  1. Menjadi hamba Allah yang muslih.
  2. Menjadi khalifah di muka bumi.
Jika kita lebih memikirkan "main mission" iaitu tanggungjawab kita, insyaAllah jodoh akan datang menyusul. Persoalannya, sudahkah kita meletakkan "ISLAM" sebagai misi utama kita?
Rezeki yang kita cari baik, rezeki yang kita dapat lebih baik. 
Bilakah hukum berkahwin itu jatuh kepada wajib,sunat & haram?

  • Wajib: takut mendekati zina (wajib cari jodoh)
  • Sunat : Mampu menahan diri
  • Haram: Tidak mampu dari segi zahir & batin.
Panduan asas mencari jodoh: Harta, keturunan, rupanya & AGAMANYA.

Prinsip tidak berubah, prinsip hanya 1,tetapi kaedah berubah kerana kaedah hadir dalam pelbagai bentuk.

Cara-caranya:

  1. Jadi baik/soleh/solehah :)
Kita tidak mungkin dapat yang soleh kalau diri tak soleh.JADILAH bukan carilah. Janji Allah dalam Surah An-Nur. Ayat 26:
 “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik…..” 


Persoalannya, bila kita boleh confirm kita jadi baik?
Menjadi baik itu adalah proses yang berterusan (On-going process). Katakan pada diri "Saya sedang berusaha untuk menjadi orang yang baik".

Apakah usaha untuk menjadi orang yang baik? Setiap hari fikirkan bagaimana untuk kita lakukan kebaikan. Baiki diri jadi hamba Allah yang baik. Dunia akan jadi milik orang yang baik. Bila hati baik, wajah akan menjadi cantik.APA tidak penting, bagaimana kita PANDANG itu yang penting ; Akhlak :)

2.Ikut pilihan orang yang baik.
 Ibu bapa, ustaz-ustaz kita, sahabat. Bila anda baik,insyaAllah networking anda baik. Pendidikan awal dalam rumahtangga sangat penting kerana kelak sudut pandang anak2 dan ibu bapa selari dengan AlQuran & Sunnah. 

If you are a pioneer in the family, anda harus berani berdepan dengan sesuatu yang sukar/mencabar.
Masalah masyarakat masa kini ialah: Ruangan perkahwinan disempitkan, tetapi ruangan penzinaan diperluaskan.

3.Ikut kaedah yang baik.
  • Aqidah
  • Syariat
  • Akhlak.
i- Guna orang tengah: -Semasa Merisik,menyelidik
                                  -Kumpul maklumat, istikharah
                                  -Setelah tekad, ambil orang tengah dan teruskan niat.

ii-Ayah bertemu dengan bakal yang dijodohkan. *Cara Saidina Umar Al-Khattab*
Stigma masyarakat yang harus dibuang konon ia memalukan.Mengapa begitu?
Buruk nampak baik sebab ramai yang buat.

iii-Offer diri sendiri dengan tujuan mencari kebaikan: darjat mulia.
Zaman Rasulullah, ada seorang wanita menawarkan diri kepada Rasulullah, ada anak sahabat yang mengutuk perbuatan wanita itu tetapi telah dipertahankan oleh sahabat Rasulullah yang mengatakan wanita itu jauh lebih mulia kerana wanita itu bertujuan mencari kebaikan untuk dirinya dan agamanya.

Bagaimana kita nak tahu si dia jodoh kita?
Bila dah ijab qabul, bersangka baik dengan Allah 100%, yakin dia terbaik untuk kita.
Siapa pasangan kita sebelum berkahwin dengan kita penting, siapa pasangan kita selepas berkahwin dengan kita LEBIH PENTING.
3 things we marry:
  1. Expectations
  2. Who he/she really is?
  3. Who he/she becomes after marriage.
Selepas 5 tahun perkahwinan, semua perangai sebenar akan keluar. Metafora suami isteri: Umpama tangan kiri &kanan. Masing2 saling memperbaiki diri.

Bagaimana nak tahu kita dah ready ke tak?
 Lihat bagaimana persediaan kita.
Dalaman: akal,jiwa,minda
Luaran: fizikal & mental.
Emosi: Kawal emosi (on-going process)
Pemikiran: ilmu agama, fardhu ain lulus, fiqh , ketahui 10 sifat mahmudah & 10 sifat mazmumah.
 Belajar ilmu tentang buat keputusan,perbelanjaan,konflik dan kemahiran berkomunikasi.

Ada sumber pendapatan,Set target: by the end of next year,you should have your own income.

Teliti erti sebenar ibadah sunnah dari kaca mata islam : buat ganjarannya pahala, kalau tinggal tak berdosa, jadi elokla buat :)

Bukan dari kaca mata budaya melayu: Tak buat takpe. Fungsi ibadah sunnah :
  • Tampung ibadah wajib
  • dapat kasih sayang &pertolongan Allah S.W.T
Perigi cari timba? BOLEH :) Islam bukan budaya, malah agama Islam ni user friendly :)
Islam agama mudah, tapi bukan untuk dipermudahkan.
Ciri-ciri wanita berkat :
  1. Cepat nikah
  2. Banyak anak/zuriat
  3. Murah maskahwin
  4. Baik akhlaknya.
Jika mas kahwn/hantaran tinggi? Anggaplah anda seperti Saidina Abu Bakar (suami) yang menebus Bilal (isteri) demi mempertahankan agama Islam.


Lelaki berkat:
  1. Bertanggungjawab
  2. Bijaksana dalam membuat keputusan
  3. Kemampuan untuk menjadi murabbi/pemimpin.
Perkahwinan boleh dimulakan dengan percintaan dan kemudian disempurnakan dengan tanggungjawab.
P/s: cara makan seseorang boleh melambangkan peribadinya.



Slot 2: Pengurusan Hati (Ustaz Mohamad Ridhauddin Salleh).

Lelaki pemimpin /pengawal bertanggungjawab terhadap wanita. 

 "Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka..."

(Surah An-Nisa: ayat 34)

Lelaki: 9 Logik, 1 Emosi.  Wanita: 9 Emosi, 1 Logik.

Matlamat sebuah perkahwinan:

Berkahwinlah untuk memberi
Isteri: Beri ketaatan kepada suami sepenuhnya.
Suami: Beri syurga kepada isteri.



"Kalau cinta itu menenangkan, teruskanlah. tapi jika ia tidak, hindarilah."

HATI & FITRAH

Kenapa kita merasa tenang dengan pantai, melihat alam semulajadi yang menghijau,burung yang berkicau?

Kerana Alam Semulahjadi berzikir pada Allah sebab itu kita tenang.

JODOH: Mintalah dengan Allah. Cari TUHAN. Buka hati untuk Allah, Allah akan buka hati untuk manusia.

Cara Urus Hati.

  1. Jadi orang soleh/solehah (diulang 3x)
  2. Jangan guna akal untuk mencari, tapi guna hati untuk berfatwa.
  3. Apabila sudah tekad/bertunang, buat perjanjian "Kesetiaan".
  4. Jangan mulakan dengan langkah syaitan.


"Men by nature are not loyal."
Apa yang membuatkan kita setia? AGAMA. Mulut lelaki dihatinya, hati wanita dimulutnya.
 Dalam rumahtangga, menegur perlu ada "Sense of touch".

Siapa pun pasangan kita pada waktu dahulu, kita harus bersyukur kerana hebatnya seseorang itu kerana dia BERUBAH. Seperti kisah Saidina Umar Al-Khattab, hebatnya Umar kerana dia BERUBAH, bukan kerana masa lampau/silamnya. Kalau tidak, nescaya dia adalagh makhluk paling jahat di atas muka bumi.


SLOT 3: Fulus Oh Fulus (Tuan Suzardi Maulan)


Slot ini membincangkan bagaimana kita boleh mengadakan majlis perkahwinan bawah dari RM10,000.
Perkara utama yang harus diambil kira ialah jumlah undangan dan perbelanjaan kurang penrting yang boleh diminimakan/dihapuskan. Kita harus membetulkan perspektif kita tentang duit. Duit Allah yang beri, kita diamanahkan untuk digunakan dengan bijak. Jangan buat 'benchmark' tapi tak boleh capai.

Raja sehari tapi hamba bank 10 tahun? Jemputan: Pilih kawan-kawan susah senang kita dan mereka yang betul-betul boleh datang.

Catat duit masuk/keluar setiap hari untuk 3 bulan untuk tahu 'pattern' perbelanjaan kita.

Kurangkan belanja yang tidak perlu seperti minum petang/ snek-snek tambahan.
  Prinsip Kewangan Islam yang telah diajar dalam Surah Yusuf.
Prinsip: 7 ekor lembu gemuk yang dimakan oleh 7 ekor lembu kurus. Menyimpan sebanyak mungkin wang pada 7 tahun pertama kita bekerja sebagai pelaburan untuk kita pada 7 tahun kemudian.

Perkara yang harus dibincang untuk 7 tahun pertama kita berkerja:
  1. Kereta &Rumah (elak beli untuk 7 tahun pertama kita bekerja) Kenapa?
ELAK KUMPUL HUTANG. Apabila pendapatan sudah stabil, barulah dua perkara ini boleh dibeli.


"We buy things we don't need with money. We don't have to impress people that we don't like."


Slot 4: Sebelum Aku Bernikah (Hilal Asyraf)

Hilal Asyraf (pic credit to: One Heart Creative Solution)
  • Definisi cinta: Dunia, Akhirat (Surah At-Tahrim: Ayat 6)
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."

Persiapkan diri untuk rumahtangga ----> Bukti Cinta!

Usaha= CINTA!

*Spiritual-->*Mental---->*Material (Kitaran antara ketiga-tiga komponen).

*Spiritual" Bina hubungan dengan Allah. Allah akan jawab doa pada mereka yang berdoa.
Mantapkan solat,bacaan Al-Quran dan kefahaman agama.

Ketahuilah apabila kita berkahwin:

"Kita akan hidup dengan manusia lain. Dia ada keluarga dia. Dia ada minda. Dia ada jiwa yang lain." 
                                                                      -Hilal Asyraf- 

Material: Kekuatan untuk survival. "Bukan bergantung kepada berapa banyak berapa sikit duit."

Kupasan lanjut, sila dapatkan buku "Sebelum Aku Bernikah" di pasaran sekarang! :)


Slot 5: U drive, I baca peta. (Ustaz Ubaidillah Alias, Pn.Wardina Saffiyah)


Slot ini membincangkan perihal perbezaan antara lelaki dan wanita dengan lebih mendalam. Slot ini sangat menarik kerana ia membuatkan saya lebih faham untuk menerima perbezaan yang sememangnya akan wujud antara dua insan.

Perhatian Para Wanita!

  •  Jika kita hendak beritahu/ minta pertolongan dari lelaki, bagitahu mereka satu persatu, jangan bagitahu sekaligus kerana daya fokus lelaki ialah"1 thing at a time,unlike women."
  • Jangan tegur  lelaki "face to face" sebab lelaki ego, gunakan cara yang berhikmah atau 'indirectly'.
  • Lelaki suka bersaing, jadikan tugas mengemas rumah sebagai cabaran. Pasti mereka suka dan bersemangat untuk melakukannnya. Contoh: "Abang, semalam sayang tengok abang jemur kain 3 minit je, harini kita tengok abang boleh jemur berapa minit."


Moderator slot: Tuan Amin Idris (Personaliti TV Al-Hijrah)


Perhatian Para Lelaki
  • Banyakkan tolong ibu/kakak dalam menyelesaikan kerja rumah. InsyaAllah ia akan memudahkan anda apabila berumahtangga kelak. Teman mereka shopping jugak digalakkan. :)
  • Jangan sindir pasangan. Contoh:"Itulah awak ni, saya dah kata jangan buat benda tu awak nak buat jugak.Awak bukannya kuat mana."
  • Wanita suka rasa selamat/dilindungi. Tolong sama-sama buat keputusan.

Fahami perbezaan : Lelaki lebih agresif, perempuan lebih 'empathy'

Cara Melihat Hubungan
  • Wanita mahukan pendamping hidup, lelaki : Hierarchy system. If you have any expectations or assumptions? ASK.
  • Lelaki perlu banyak memberi dari menerima. Fahami ilmu yang benar (Halal/haram, dosa/pahala).
  • Lelaki yang gigih berkerja untuk keluarga adalah baik.
  • Lelaki paling kena jaga hubungan dengan ibu, lelaki harus bijak mengambill hati ibu. Kalau jenis pegang2 tangan dengan isteri, depan ibu tak perlulah begitu. Manjakan ibu apabila kita menziarahinya.
  • Jangan ada sikap suka menafi seperti "Bukan macam itu, macam ini" Sebaliknya gunakan cara diplomasi yang lebih baik seperti: "Abang rasa cadangan ayang tu bagus, abang ada cadangan tambahan.......(insert your opinions). InsyaAllah dengan cara ini pasangan lebih rasa mudah untuk menerima apa jua nasihat.
  • Ajak pasangan berdoa untuk kebaikan bersama.
  • Amalkan "magic words' Please and sorry with your partner.
"Good relationships dont just happen, it's about two people who really want to work together"
Communication skills
  • Apa yang boleh dicakap melalui lisan boleh juga ditegur dengan sentuhan dan intonasi suara.
  • Apabila isteri tidak kongsi masalah dengan suami, maknanya si suami itu bukan pendengar yang baik.
  • Key Communication: APPRECIATE, CRITICS, ENCOURAGE.
  • Kalau rasa nak marah,baca ayat Kursi.
5 LOVE LANGUAGES
  1. Words    2. Gifts    3. Act of Service     4. Physical touch   5. Quality time.
"Marriage is a reality not a fantasy. Don't wait for the right person, BE the right person."




Wardina yang best! Dia balas tweet saya hehe

             Itu sahaja untuk edisi Part 1.Bakal bersambung pada edisi seterusnya. SALAM!